Dec 30, 2012

Tanyalah Ustat

Gua balik rumah malam lalu jirat cina. Masa nak masuk kawasan jirat cina tu henfon gua berdering. Bunyi Nokia asli. Klasik. Oleh sebab hendak melalui jirat cina, gua ambil tindakan tidak angkat telefon, lebih-lebih lagi gua sedang menunggang motosikal. Tidak manis menyambut telefon ketika menunggang. Tambahan gua beranggapan syaitan-syaitan di jirat cina ini cuba memesongkan akidah dengan menggunakan deringan telefon.

Jadi gua terus menunggang membelah kegelapan sawit.

Selekoh-selekoh merbahaya gua ambil dengan tidak gopoh. Gua tidaklah terlalu bebal untuk menunggang secara bahaya ketika keadaan gelap betul macam ini. Mata gua bukan awas sangat dengan keadaan keliling waktu-waktu macam begini. Dekat kawasan sawit ini selalunya gua tak dapat bezakan antara syaitan dengan paku pakis. Jadi tiada masalah untuk gua bawa perlahan.

Sampai ke pekan sebelum sampai ke rumah gua, gua berhenti sekejap melihat henfon. Hati gua runsing kalau-kalau panggilan tadi adalah panggilan dari Perbadanan Tabung Pengajian Tinggi Nasional. Boleh jadi gua tak dapat menunaikan umrah dalam masa terdekat kalau Perbadanan ini campur tangan.

2 Missed Call.

Gua papar. Ayob.

Ada satu SMS.

Gua papar.

"Woi tido ke? Gua tengok lu talipon tanyalah ustat tadi. Kah kah kah power power."

Gua sengih. Ayob ni kalau hal menaip SMS ini dikuatkuasakan peraturan menaip SMS dengan betul, dia ni boleh dihukum tidak menaip dengan ringkas. Dia memang menaip SMS dengan 95 peratus ejaan penuh. Gua tak fikir lain, orang macam ni gua terus cas ada susuk dekat ibu jari.

Gua balas SMS, "Bila setan? kakakaka. Gua tas mtn." macam babi gua taip sambil motor bergerak. Niat gua nak tulis "Bila setan? kakakaka. Gua atas mtr." tapi entah apa benda entah merasuk sampai gua taip macam jin. Adakala niat kalau betul pun, af'al belum tentu betul. Contoh macam gua kata nak ke pusat judi, tapi kaki gua ke masjid. Itu pun dah lari niat tu. Jadi niat gua sekarang nak balik rumah, gua terus tunggang motor ke rumah dalam keadaan perlahan sebab tangan kiri gua masih pegang henfon.

TUNG TUNG!.... TUNG TUNG!

"Cilakee nama ahmad lutfi dari pontian. Suara sebijik nak mampus. Takkan bukan lu? Ni siaran ulangan nii", Ayob balas meset.

Gua ambil selekoh laju kali ini sambil membalas meset. "Hangguk kau. Gua ustat. Gila apa gua nk tanyalah ustat. Tanya pasal apa?"

Gua pulas throttle habis sambil tangan kiri selit henfon dalam kocek. Kau tahu jelah, kocek seluar dungaree kalau masa bawa motor ketat bukan main lagi. Jadi usaha yang paling tepat hanya dengan menyelit sahaja dan membawa motor dengan laju untuk mengelakkan henfon jatuh entah ke mana-mana. Malam-malam macam ni memang banyank syaitan nak memesong akidah. Salah satu dengan membuat kita leka mencari henfon yang jatuh entah mana-mana.

Sampai rumah gua sadai motor.

Gua papar meset.

"Ni cerita pasal taubat. Ahmad lutfi tanya kalau sy cium tangan makcik2 kawan mak sy tu perlu tak sy taubat? Peh suara sebijik babi! Tapi tanya bunyi serius nak mampus. Gua siap cemas takut2 ahmad lutfi dari pontian tu cuba bergurau di kaca tv melalui talian.". Gua mendengus-dengus tahan ketawa, takut-takut ibu bapa gua tersadar dari tidur lalu melempang muka gua akibat membuat bising dengan hilai tawa yang tidak memikir jiran tetangga. Dalam hati gua, "Dah babi apa benda gua nak bahasakan diri Sy (bunyi: SHI). Macam bodoh kata ganti nama, malahan nama gua tiada huruf macam itu". Lebih-lebih lagi soalan gua kalau nak bertanya pada ustat gua lebih bertanya hal-hal berkaitan duit.

Gua terus balas meset itu jam, "Tp sbnrnya memang aku dah mula nk bertaubat.. Kau ni betul2 buat aku tak kering gusi.. Dan kucing aku ni apa benda tah cakar perut aku". Gua betindak mengalihkan tumpuan perbualan ke arah perkara lain selain tanyalah ustat.

Tak lama Ayob balas. "Peh gua dah jumpa ahmad lutfi satu lagi berasal dari pontian suara sebiji. Dan gua syak dagu dia pun panjang combo dengan lidah pendek. Maknanya gua pun dah kena taubat ni. By the way, lu tak tengok libepul ke? Tgh power ni". Kau tengok tu sampai 'By the way' pun dia tulis macam itu. Dan tindakan gua mengumpan cerita kucing tidak berkesan untuk menamatkan sesi tanyalah ustat.

Babi! dalam hati gua. Tapi tergelak kecil juga sebenarnya.

Gua balas. "Aku capek. 3hari dkt jb. Besok pg lg. By the way, 'by the way' kau macam pepek".

Kemudian gua masuk rumah.

Kemudiannya, SMS berlarutan sehingga dua tiga butir lagi dan gua tamatkan dengan tidak membalas SMS terakhir daripada Ayob. Daripada hal tanyalah ustat boleh membawa kepada gosip artis tempatan atau fine-art kalau gua terus membalas. Gua tak mahu campur adukkan perkara sebegitu.






p/s: tapi kalau difikir-fikir balik, gua adakala teringin juga hendak menanyalah ustat ni. Tapi bila difikir-fikir balik juga, boleh mendatangkan fitnah juga kalau gua buat macam tu. Adalah baik gua bertanyalah ustat nanti-nanti saja lah.


Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Dec 24, 2012

Saint Nicholas is not coming to town

Cuaca panas terik. Dahaga dia tak usah cakap.

Gua membersihkan muncung senapang yang agak berpasir. Semalam trup kami ke sempadan. Tiada tembak menembak pun, jadi barrel tu lebih terdedah untuk disumbati pasir. Tak jauh dari gua ada seorang lelaki kaukas berpakaian kemas. Berkemeja siap kot tanpa tali leher. Dari corak gayanya, boleh diagak dia ini tak lain tak bukan salah seorang yang terlibat dengan agensi penyiasatan antarabangsa.

"Assalam alaikom", tiba-tiba lelaki inggeris itu memberi salam.

"Waalaikum salam", gua menjawab salam dengan perasaan yang bercampur baur. Hal bercampur baur ini disebabkan pernah gua dengar pasal kalau yang beri salam itu orang bukan Islam, kita kena jawab "Waalaikum" sahaja, tapi gua memang akan menjawab salam secara penuh macam itu. Dan lagi satu gua tidak prejudis. Dan gua memang dengar biji butir sebutan dia "Assalam Alaikom", dia mendoakan kesejahteraan gua. Dan apa masalah gua tak mendoakan dia. Gua ambil sebagai manusia dengan manusia.

"Awak ada mancis?", lelaki itu tanya gua. Tangan kirinya memegang sebatang rokok.

Gua pandang dia dan menggelengkan kepala.

"Saya pun cari mancis dari tadi", terang gua sambil mengeluarkan rokok dari poket nak menunjukkan gua hendak merokok tapi lighter gua hilang. Lighter gua ghaib sejak pagi tadi. Gua sama Lenin, Manan dan Theodore hisap rokok sama-sama pagi tadi. Lepas itu dia orang pergi balik ke markas. Tak lama lepas tu gua nak merokok baru gua perasan lighter gua tak ada. Dan sekarang lelaki inggeris ini pula nak mengajak merokok.

"Eh, kau pergi kedai hujung sana, 4 blok dari sini.. Tolong beli lighter", gua menghulurkan dua ringgit ke pada lelaki inggeris tadi sambil menuding jari ke arah kawasan kedai.

"Ok, ok", lelaki inggeris tadi sambil terus berpaling laju dengan hasrat nak beli lighter.

"Eh kejap-kejap, ni lagi tiga ringgit, belikan air sekali", gua mengarah.

"Alright", jawab lelaki itu sambil senyum. Dia terus memecut laju.

Gua pun bersandar. Gua tengok jam. 12.45.

Cuaca menjadi makin terik. Bayang-bayang dinding tempat gua bersandar tak membantu. Panas dia apa kira bawah bayang ke tidak.

Gua cuma berharap agar ada liputan awan mengepul atas kawasan gua bersandar.

Yang gua hairan, celaka ni gua suruh beli lighter sama air pun bukan main lama. Dah la haus, lighter kena sebat dek kawan. Gua berisghfar.

Tidak lama kemudian gua dengar bunyi loceng. Macam loceng aiskrim. Sebiji macam loceng Pak Cik aiskrim. Sayup-sayup. Putus-putus. Berselang seli dengan bunyi angin padang pasir.

BOOOOMMM!!!!!

Letupan di empat blok dari kawasan gua. Kawasan kedai itu. Kedai tempat gua suruh lelaki kaukas itu beli lighter sama air. Gua terus bingkas berdiri dan capai senapang dan terus cari dinding yang menghadap kawasan kedai itu sebagai perlindungan kalau apa-apa terjadi.

Letupan tadi senyap terus. Pekan menjadi sunyi.

Gua memerhati terus menerus ke arah kedai. Tiada sebarang gerakan yang membahayakan kecuali plastik kresek yang diterbangkan angin.

KLING!! KLING!!! KLINGGGG!!

WOOOOSSSHHHHHH!!!!

Tiba-tiba muncul rusa-rusa yang berlari keluar dari kedai itu dan terus berlari hingga kaki mereka tidak menjejak tanah.

HO! HO! HO!

TRETTTTT!! TRETTTTT!!! TRETTTTTTTTTTTT!!!!!!!!!

Gua melepaskan tembakan rambang ke arah rusa-rusa yang terbang serta pemandunya. Gua terlalu terkejut dan menjadi isim sebentar menembak tidak tentu hala. Rusa-rusa tadi sempat terapung melebihi ketinggian gua sebelum semuanya jatuh menghempas bumi. Seorang lelaki inggeris berjanggut putih yang merupakan pemandu rusa-rusa tadi juga menyembah bumi. Bajunya yang berwarna putih tadi dibasahi darah.

"Maaf, maaf", gua berlari ke arah pakcik itu.

Pakcik itu sudah meninggal dunia.

Rusa-rusanya pun sudah meninggal dunia.

Gua berjalan ke belakang selangkah demi selangkah sambil bersiul. Sampai langkah ke lima gua terus berpaling dan lari ke arah kawasan tempat mula-mula gua duduk tadi.

"Awak pergi mana?", tiba-tiba satu suara muncul dari sebelah kiri gua. Gua bau asap rokok.

"Takda kemana-mana, air aku mana? air aku mana?", gua kelam kabut mendapatkan air.

"Lighter bak sini", gua menyalakan rokok dan menghisap rokok bersama lelaki kaukas itu.

Gua tengok jam pukul 1. Gua sambung merokok sambil bersiul.


p/s: babi apa entah cerita gua. 

Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Dec 18, 2012

Cerita Perang (Masih lagi konsep tak sudah-sudah)

Jadi saya pun menyambung kerja modeling yang ala kadar. Sebab komputer saya tidak laju. Saya menyambung membuat rim yang saya jangka besok saya akan tukar lagi, sebab bukan main tak lawa lagi rim motor hero. Tapi apa-apa pun saya tetap dengan pendirian saya, rim lidi. Sport rim tak cukup kelas. Tapi belakang mungkin saya akan guna sport rim sebab saya malas. Handle motor pun belum. Silap-silap hari bulan pedal gear pun malas nak buat. Yang paling saya dambakan hendak buat ialah beg pengembaraan. Kerana apa, kerana beg pengembaraan adalah beg kain guni. Tambahan kemasan kulit. Kau ingat senang nak buat beg yang berasaskan kain dalam sistem 3d ni. Lagi senang buat benda besi pada gua. ataupun plastik.

Saya terfikir juga apa benda lagi hendak diletak pada motor pengembara.

Tapi besoklah. besok.




Ya gua pemalas nak buat tayar elok-elok. Gua pemalas nak buat sistem elektrik enjin. Wiring semua entah kemana. Lampu depan pun tiada. Handle apa tah lagi. Brake. Spoket. Tongkat. Banyak lagi. Tapi mampus ah. Gua punya pengembara, suka hati gua la. Yang ada latar belakang tu saja je. Konon-konon macam dah siap.


p/s: "Apa guna kau buat benda ni?", "Entah".


Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Dec 17, 2012

Cerita perang yang power (KONSEP)

Pada suatu hari, saya sedang bersiar-siar dia sebuah pasar yang sangat aneh. Orang di sekeliling semuanya terapung-apung. Saya tidak terapung-apung. Saya berasa sangat hairan mengapa mereka terapung-apung sedangkan mereka semua memakai kain sahaja bukan berseluar. Bagaimana mereka boleh tidak berfikir apa akan terjadi bila ada orang yang tidak terapung-apung mendongak ke atas. Tiba-tiba sahaja saya mendapat ilham untuk membuat suatu kisah adventur yang sangat klise. Ya, sangat klise. Macam Indiana Jones, orang jahat ada program, orang baik datang bantai semua sekali. Happy Ending. Dan happy ending ialah impian setiap manusia. Jadi tidak salah kalau saya membuat kisah pengembaraan yang berakhir dengan happy ending. Tak usah pura-pura la wahai manusia, kau konon-konon mahu melihat cerita yang ada twist di penghujung, tadi dalam hati sebenarnya mahu yang baik-baik sahaja. Dan sekarang aku dah kembali mendongak langit melihat perempuan-perempuan dan juga lelaki-lelaki yang terapung-apung. Mereka hebat.


Ini adalah permulaan ilham gua untuk cerita pengembaraan perang bunuh-bunuh ini. Konsepnya hero pakai motor.






Ya. Gua tahu gua tak ada bakat. Gua tak paham mekanisme enjin motor secara total. Jadi gua bedal. Gua buat motor konsep yang mengambil motosikal klasik+chopper sebagai rujukan. Memang aneh sistem motor ni. Tapi tayar belum siap. Beg pengembaraan belum siap. Enjin stim belum siap. Malahan hero cerita ni pun belum siap. Jadi. Jadi gua nak sambung buat. 



p/s: Kucing gua ni dari semalam tengok gua buat benda ni. 

Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Dec 14, 2012

TNB TNB TNT

Tenaga Nasional Berhad (TENA, MYX: 5347) adalah syarikat utiliti elektrik terbesar di Malaysia dan juga syarikat kuasa yang terbesar di Asia Tenggara dengan nilai MYR 69800000000 aset. Ia berfungsi lebih tujuh juta pelanggan di seluruh Semenanjung Malaysia dan juga negeri timur Sabah melalui aktiviti teras Sabah Electricity Sdn Bhd TNB dalam penjanaan, penghantaran dan pengagihan elektrik. Aktiviti-aktiviti lain termasuk membaiki, menguji dan mengekalkan loji kuasa, menyediakan perkhidmatan kejuruteraan, pemerolehan dan pembinaan bagi loji janakuasa produk berkaitan, pemasangan dan pembuatan perkakasuis voltan tinggi, perlombongan arang batu dan perdagangan. Operasi dijalankan di Malaysia, Mauritius, Pakistan, India dan Indonesia. 


Persen kemahuan graduan yang belajar mengenai keelektrikan untuk menyertai Tenaga Nasional Berhad ini sangat tinggi. Atau boleh dikata terlalu tinggi. Ini bukan cerita main-main, ini dah melibatkan kepercayaan, kalau teruk sangat boleh membawa kepada hal akidah. Tapi hal mengenai akidah atau ketuhanan ini gua tak ambil sebagai unjuran topik kali ini. Kali ini gua cuma memikirkan hal monopoli.

Tenaga Nasional Berhad pada gua merupakan satu syarikat tunggal yang menyemarakkan nafsu belia masa kini. Syarikat ini membina platform untuk anak muda berkarya pada waktu malam. Mencerahkan suasana I-City. Belia-belia boleh berkinja-kinja pada waktu malam, berkaraoke, berpanggung wayang, beryahudiah dan sebagainya. Tapi itu bukan isu utama. Sekarang isunya ialah kenapa kegilaan graduan yang belajar keelektrikan ke arah Tenaga Nasional Berhad? Satu sebab utama ialah kestabilan ekonomi. Wang. Ya, wang. Mereka bukan mahu masuk ke Tenaga Nasional Berhad atas sebab memerangi yahudi, mereka mahu kerana itu adalah trend masakini. Trend masakini ialah kepoweran engkau menjawab soalan bakal mertua atau makcik-makcik, atau orang mesjid: "Kau kerja mana?", "Aku kerja TNB". Dan bakal mertua atau makcik-makcik atau orang mesjid akan membalas dengan senyuman tanpa tanya banyak. Hal sekarang bepusing semula kepada hal awal iaitu kestabilan ekonomi. Kerana Tenaga Nasional Berhad ini bukannya swasta sepenuhnya, jadi bila kau bekerja di kelompok yang dikelaskan sebagai 'orang kerajaan', mata-mata keliling akan mengangkat kau secara tak langsung. Orang bank pun tidak banyak hal dengan engkau.

Sekarang cuba negara ini menswastakan sepenuhnya Tenaga Nasional Berhad dan membenarkan kewujudan syarikat utiliti elektrik lain contohnya Kamsani Sumber Elektrik Anda Tiada Had, atau God Speed You BLIP BLIP Berhad. Dan mereka juga "memasarkan elektrik". Agak tidak mungkin juga untuk negara ini membenarkan sebenarnya, tapi boleh sahaja kalau hendak. Pengguna berhak memilih syarikat mana yang patut mensalurkan elektrik ke rumah mereka. Setiap syarikat pasti berlumba-lumba mengiklan produk mereka. Merekalah yang paling murah, barangkali siap ada pakej. Boleh jadi mereka membuat jualan langsung atau multilevel marketing. Bergantung. Tetapi bila jadi macam ini kejadian monopoli akan lesap sedikit demi sedikit. Dan ini berkait semula dengan hal 'hendak bekerja dengan TNB'. 



"Woi!!!"

"Apa?"

"Lu pandai cakap ja, cuba lu bikin syarikat elektrik lain"

"Errrr... errrrrr... eh.. esok adik lu tunang kan?"

"Aah."

"Ada makan-makan kan?"

"Ada.. datang la rumah"

*Senyum

p/s: realistik ke tidak tu pergi mampus. Tapi kalau gua sabotaj Tenaga Nasional Berhad ni sedap jugek. Hentam empangan, letupkan generator dan sebagainya. Tapi gua bukan bangang nak sabotaj  sorang-sorang, gerila la. Gerila. Pakai baju askar siap pengang senapang. Peh. Macam dalam filem.

Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Dec 11, 2012

12/12/12




p/s: mampus ah.. malas tulis
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Johnny Punk Beroleh.. Lu tahu Beroleh di mana? (part 13)

FUHHH!!

"Letih juga rupanya mengayuh sampai ke gereja", keluh Johnny sekejap-sekejap termengah-mengah.

Gereja hari itu lengang. Hari selasa bukan hari keramaian. Kecualilah ada majlis perkahwinan atau lawatan tadika. Pintu gereja terbuka luas. Mengalu-alukan kedatangan Johnny dan juga sesiapa. Tidak mengira agama, bangsa atau negara. Johnny baringkan basikalnya dekat tangga gereja dan terus melangkah perlahan-lahan masuk ke dalam tempat ibadat itu.

"Woi Gary!!!", pekik si Johnny. "Garyy!!!"

"Haaaa!!! ada apa pemuda budiman", sahut Gary yang duduk di pew yang paling depan. Barangkali tadi sedang khusyuk berdoa.


*      *       *


"Woi bangun woi.. bangun woi"

"WOI!!!!!!"

Melenting Effendi seperti orang kerasukan. Kemudian terus bingkas berdiri dan memekik mekik tanpa tahu butiran percakapannya. Tidak selesai dengan itu Effendi kemudian berlari setempat dengan mulutnya masih memekik-mekik seperti orang isim.

BUOKKKK!! BUOOOKKK!!! BUOOOKKKK!!!

Aneh betul bunyi yang dikeluarkan Effendi sampaikan Pakcik yang pakai sarung baju yang diperbuat dari jalinan rantai halus itu menjadi kaget. Risau juga raut wajah Pakcik yang pakai sarung baju yang diperbuat dari jalinan rantai halus itu melihatkan keadaan Effendi yang tiba-tiba berperangai seperti binatang. Terlintas juga dalam kepala Pakcik yang pakai sarung baju yang diperbuat dari jalinan rantai halus, boleh jadi kesan dari dia menampar Effendi atau pun pekikannya yang betul-betul pada lubang telinga Effendi.

"WOI!!!!"

Effendi tidak ambil endah pekikan Pakcik yang pakai sarung baju yang diperbuat dari jalinan rantai halus itu.

BUOKKKK!! BUOOOKKK!!! BUOOOKKKK!!!

Effendi masih memekik-mekik tidak tentu hala seperti tadi.

"Tak boleh jadi kalau macam ni seharian, ini bakal mendatangkan bala.. Boleh jadi tentera-tentera Sauron boleh mengesan kedudukan aku serta budak ini", Pakcik yang pakai sarung baju yang diperbuat dari jalinan rantai halus bercakap kepada pokok hutan yang besar benar itu.

Perlahan-lahan Pakcik yang pakai sarung baju yang diperbuat dari jalinan rantai halus itu menyelinap di sebalik Effendi. Effendi leka betul memekik-mekik dari tadi. Pakcik yang pakai sarung baju yang diperbuat dari jalinan rantai halus dengan sangat pantas seperti citah menyambar bibir bawah Effendi mengguna tangan kanannya dan tangan kirinya memain peranan menyumbat daun-daun kering ke dalam mulut Effendi. Tersembur-sembur jadinya daun-daun kering itu berhamburan ke serata tubuh Pakcik yang pakai sarung baju yang diperbuat dari jalinan rantai halus itu. Effendi terpejam celik mata kemudian tunduk menggeleng-geleng kepala. Ada alamat yang Effendi sudah pulih. Pakcik yang pakai sarung baju yang diperbuat dari jalinan rantai halus itu tersenyum dengan sedikit muncung angkuh kerana berjaya meredakan keadaan.

BUOKKKK!! BUOOOKKK!!! BUOOOKKKK!!!

Pakcik yang pakai sarung baju yang diperbuat dari jalinan rantai halus tidak ambil langkah bebal seperti tadi lagi segera terus melipat siku Effendi ke atas dan merapatkan ke dada Effendi. Kemudian, Pakcik yang pakai sarung baju yang diperbuat dari jalinan rantai halus dari belakang memeluk Effendi dengan cara menghenjut. Effendi terus longlai terjelopok ke tanah.

"Dulu waktu zaman pengakap, kawan-kawan aku panggil mainan ni Total recall", bentak Pakcik yang pakai sarung baju yang diperbuat dari jalinan rantai halus sendiri.



p/s: kepala gua berdenyut betul la.
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Dec 2, 2012

COMEL

PELAJARAN DIIKTIRAF OLEH EROPAH

"Bodoh orang malaysia ni, baru diiktiraf eropah dah jakun", Boya marah-marah.

"dah bangga-bangga", Boya sambung lagi.

"lain la pelajaran diiktiraf Tuhan", Boya menghabiskan marahnya.








p/s: comel betul
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Dec 1, 2012

Timnas

Pasal menang aku tulis la sikit.





p/s: tapi celsi memang bangang.. kakakakakaka
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...