Sep 25, 2012

Sila berikan ulasan anda

Berikan pandangan anda mengenai peranan jurutera dalam hal pembangunan teknologi serta ulasan mengenai jurutera dan rasuah.




Gua jawab.







Akhirnya gua dapat C.




Babi.








p/s: Pukimak apa buat soalan berkaitan pendapat, lepas gua bagi pendapat engkau salahkan. Jenis tak boleh terima pendapat tak payah bukak soalan pendapat la bongok.

Hal-hal pendapat ini meluas. Tiada skim jawapan yang menentukan kebenaran sesuatu pendapat. Ini bukanlah konsep hafalan teori atau menjawap mengguna rumus. Penerimaan mengenai pendapat ini adalah berkaitan hati. Bongok! Bongok! Bongok!
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Sep 23, 2012

Wawasan Liverpool ke UCL 2014

Liverpool perlu berniaga untuk menambah dana untuk membayar wang perlindungan referee. Hal ini bukan hal main-main. Perlawanan bola sepak pada abad ke-21 ini sama seperti perlawanan gusti WWE. Ia adalah hiburan semata-mata. Jadi penentu kehidupan hiburan bola sepak ini tak lain tak bukan penanung majlis bola sepak dunia. Dan downline-downlinenya tak suah cakap, semua bersangkut paut. Dari pengadil, pengurus, pemilik, pemain, penggilap bola, kontraktor membina stadium dan juga pemilik syarikat membuat jersi. Semua berkait dalam membentuk Liverpool ke tangga teratas. Dan bila difikir secara berakal, benda-benda ni berkait dengan kewangan. Jika penaung majlis bola sepak dunia mendapat habuan besar dari Liverpool, peluang untuk Liverpool memenangi liga semakin cerah.

Untuk mencapai Wawasan Liverpool ke UCL 2014, Liverpool perlu membeli syarikat membuat dadah. Paling tidak pun Liverpool perlu membuat pertanian popi secara besar-besaran. Jangan menggunakan tanah jajahan England untuk bertani popi, tapi gunakan negara bekas jajahan Soviet. Memandangkan Liverpool bertemakan merah, dan komunis juga berasaskan warna merah, perkaitan itu adalah real. Selepas berjaya menjadi pengeluar bahan asas dadah, Liverpool akan mempunyai dana yang besar untuk membeli seluruh emas di muka bumi. Dan ketika itu, Liverpool adalah kelab bola sepak yang paling kaya mempunyai nilai kewangan yang infiniti. Untuk memberikan pulangan yang lebih unsur kapitalis, Liverpool juga perlu menceburi bidang pengeluaran senjata api dan juga pembuatan peluru secara besar-besaran. Seluruh hooligan-hooligan Liverpool diberikan sejata secara percuma, dan penjajahan ke atas tanah negeri Manchester juga adalah real. Keadaan akan menjadi gila babi, dan ia akan diingati dalam buku sejarah sebagai 'Best Holocaust of the century'. Negeri Manchester akan menjadi padang jarak padang tekukur. Sama ada kelab Manchester United mahupun kelab-kelab Majlis daerah di negeri Manchester akan luput semuanya.

Banyak lagi sebenarnya teknik-teknik untuk menjadikan tontonan bola sepak hiburan ini menjadi lebih dari hiburan yang menjerit-jerit. Contohnya, Liverpool juga boleh mendominasi perniagaan Vuvuzela di Malaysia memandangkan orang-orang Malaysia bebal suka meniup vuvuzela ketika perlawanan sukan tak mengira bolasepak, badminton, takraw, snuker, mahupun sukan menembak tanah liat. Perniagaan vuvuzela di Malaysia juga adalah real.





p/s: ini bukan gua tulis
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Sep 22, 2012

Kencing dan Punk

"Eh, kat mana tandas?", tanya ada satu brader.

Gua tunjuk la. "Sana tu, kena turun tangga".

"Kencing belakang ni je la", katanya pada seorang lagi kawannya yang pakai baju kuning sambil menunjukkan arah belakang pentas tempat kami duduk. Pentas itu tinggi juga. jadi bila di belakang pentas ada can orang tak nampak. Nak kencing ke, nak bersandar sahaja-sahaja, nak apa benda la, orang yang dari depan pentas tak nampak.

"Tak payah nak bawak perangai kampung kau kat sini la", kata brader yang baju kuning sampi sengih yang kalau biasa tengok muka dia memang dia akan sengih macam tu. Sengih taring sikit. Gua nak ceritakan dalam tulisan pun macam mana entah.

"Selamba ah kencing sini, baru punk", kata brader tadi tu.

Laju terus gua libas dahi brader tu guna serban. Tepat. Macam Sheriff Buford Pusser gua punya gaya.

Brader tu melenting ke belakang dan terduduk atas lantai. Kawan dia yang baju kuning tu dah lesap ke mana entah. Hairan. Masing-masing hairan. Tapi gua peduli apa dengan hairan.

"Punk punk juga, kau ugama apa?!", gua gertak. Dengan gua, hal-hal adab jangan buat main.

Brader itu terpinga-pinga.

Tiba-tiba satu awan ajaib muncul berdekatan pentas belakang. Gua terus berlalu meninggalkan brader itu dengan menaiki awan ajaib itu.


Waktu kau membaca sekarang, gua di atas Statue of Liberty.



p/s: Bukan-bukan je budak-budak ni




Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Sep 20, 2012

Bau

"Peh Pert, kain kau punya bau", seraya kawan gua berkata habis dia beri salam.

Gua senyum sampai pipi sebelah kanan naik.

"dia punya wangi macam rasa nak sembahyang lagi lama", sambung kawan gua.

Gua tergelak kecil.

"Aku rasa macam dekat syurga", sambungnya lagi sambil melipat kain dan meletakkan semula dalam gerobok.

Gua tersengih. Gua tahu kawan gua bukan ekzegeret.




p/s: Naga kata, "Kau nak dana tak?". Gua laju angkat tangan kata, "Nak!!!"



Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Sep 19, 2012

Meniru Amalan Terpuji, Satu Kajian Semula


Meniru adalah agenda biasa. Anak anjing kalau tak pernah meniru. Pergi mati kalau orang kata tak true kalau kita mengamalkan kehidupan meniru. Konsep meniru itu sendiri ditekankan secara menyeluruh dalam perjudian hidup. "Kalau kau nak 'macam ni', kau kena buat 'macam ni'". Benda asas ini disogok awal lagi supaya tiada terjadi perlencongan. 

Konsep meniru ini wujud sejak Adam. Tapi pembahasan ini cuma idea-idea yang agak menyeruntul, bukan dari bacaan atau kajian secara terperinci. Ini cuma logik akal. Kita ambil contoh lagi dekat, bahasa. Kenapa saya becakap bahasa Melayu? Kenapa? Kerana saya meniru ibu bapa saya yang tidak sehati sejiwa. Ibu saya orang banjar, bapa saya orang jawa, mereka tidak mahu berlaku pertembungan budaya dan bahasa akhirnya mengambil jalan tengah menggunakan bahasa Melayu untuk memudahkan komunikasi. Dan saya yang menjadi penonton setia ibu bapa saya sejak dari lahir pun meniru-niru percakapan mereka sehingga saya berjaya menjadi pengguna bahasa melayu tegar.

Hal ini bukan bergerak dalam kehidupan tatabahasa sahaja, perkara peniruan ini juga wujud dalam elemen kehidupan lain. Pembelajaran, perkataan ini boleh sahaja ditukar kepada peniruan secara globalnya. Tapi tidak ditukar kerana peniruan ini konsepnya meluas. Senang cerita, peniruan ini adalah kepala bapak kepada elemen-elemen lain. Banyak lagi kalau cerita pasal peniruan ini bila dikembangkan. Apa yang ada sebagai downline kepada peniruan. 

Masyarakat mengambil perkataan peniruan itu sebagai sesuatu yang agak busuk. Dan kepala buto.

Menganggap konsep peniruan ini satu benda yang poseur secara total adalah masalah. Masalah dengan otak.  Peniruan ini adalah konsep asas untuk hidup.



Dan babi mende gua tulis ni?




p/s: lama juga saya tak menulis macam ini. Rasa macam dapat biasiswa pula. Ini tak lain tak bukan kerja korin aku la ni.


Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Doktor Cinta

Hisap rokok boleh jadi rutin juga. Gua kalau ada kerja kosong hisap rokok gua apply.

TIT! TIT!

1 Message Received

"Pert.. gua asyik teringatkan cikgu tersebut.....adakah ini cinta?", meset dari Cikgu Zabidi.

Gua senyum baca. Sambung sengih sikit.

"Itu crush", gua riplai.

Gua sedut lagi rokok.

TIT! TIT! "tak sempat gua luahkan balik asap dah masuk meset?", getus gua.

"aduhh..habis tu, apakah itu cinta?", Cikgu Zabidi rilai kepada gua. Gua delay time sikit. Malas nak jawap laju. 

"Entah. Kau suka dia kot. Cinta ni wujud slalunya antara dua pihak (botol dan tudung botol misalnya). Kakaka", gua rilai dengan ambil mood doktor cinta. Pasal kurungan itu serius memang gua taip dalam henfon.


Lama juga gua tunggu kali ni.








sampai sudah Cikgu Zabidi tak riplai.


Cari botol barangkali.





p/s: Hari ni gua sebenarnya ada shooting dengan Cikgu Kepala Manchiss. Tapi gua buat rilek







Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Sep 17, 2012

Tajuk pasal JB Writers + Readers Fest

Ada kala menulis ni kena pakai akal juga rupanya.




kawan gua dah setat melukis balik, jaga-jaga Malaysia. jaga-jaga.







p/s: bayar yuran woi. Gua memang takde cover cerita #JBWRF.

Akibat merusuh di atas pentas, Pyanhabib sakit kaki. kekekekekekeke

Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Sep 10, 2012

Kuki



Saya berasa sangat lucu bila membaca kuki.





Kukikikiikukukuiikikikiki





p/s: okbai
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Sep 9, 2012

Penyakit

Malam tadi.

Mat Lipi cerita pada saya perihal seorang pencuri di kalangan pelajar di universitinya.


Mal Lipi kata budak pencuri itu mencuri barangan-barangan yang entah bukan bukan. Ada satu kes dapat tahu dia curi selipar. Sebelah sahaja. Lagi sebelah dia tinggal.


Nak dijadikan cerita, pencuri ni pecah juga tembelangnya.

Ditangkap dan dibicara oleh rakan-rakan seuniversiti.


Jadi hal ini membawa kepada felo. Felo pun masuk campur.

Felo pun memberitahu pada abahnya.

"Encik, anak encik ini didapati mencuri"

"Oh anak saya, anak saya memang dari kecil ada penyakit suka mengambil barang orang"


Suasana sunyi kejap.


Gua yang entah datang dari mana berlari sangat pantas.


Gua lompat kemudian buat putaran di udara dan menghabiskan hayunan kaki gua tepat pada ubun-ubun bapa pencuri.

DUBBBBB!!!

Bapa pencuri jatuh bebas.

"Dah kenapa hentak kepala saya", bapa dia tanya gua.


"Saya ada penyakit summer-sault dan terajang kepala orang secara tak pasal-pasal"




p/s: penyudahnya Mat Lipi tidur lambat. Dan tak pergi kelas sebab gua.. Kakakakakaka
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Sep 8, 2012

Duha

Hari ini hari pertama Farid bang di masjid. Farid punya seronok bukan kepalang. Yalah, manakan tidaknya tidak seronok pula, suara boleh didengari seluruh kampung. Boleh jadi pula akan dipanggil untuk mewakili kampung untuk peraduan bang peringkat negeri.

Farid pun ke bilik muazin bersebelah mimbar. Mimbar kayu jati, zaman Farid kecil lagi mimbar ni dah dipakai. Dari bilal zaman bilal yang dah mati tu pun pakai mimbar ni. Power tak power lah mimbar ni. Salah salah hemat orang boleh jadi menurun dekat mimbar ni.

Farid dalam bilik muazin terus seting-seting jack mikrofon ke amp.

DUB! DUB! DUB! Farid menepuk nepuk kepala mikrofon.

Farid kemudiannya berselawat dan bertasbih. Tapi stail bisik yang orang boleh dengar. Lebih-lebih lagi berbisik di mikrofon. Seluruh kampung dengar.

"Eh farid!", suara tiba-tiba muncul dari arah kanan Farid, di muka pintu bilik muazin.

Farid toleh.

"Oh, Imam Husin", Farid menyapa serta merta menyalam.

Imam Husin menyambut salam.

"Imam dah apahal tak pakai jubah dengan serban?", Farid tengok Imam Husin atas bawah.

Imam ikut tengok dirinya atas bawah.

"Kau ni nak bang sembahyang apa?", Imam Husin tanya kepada Farid.

"Duha", Farid jawab pendek.


BOKKKKK!!


Farid terduduk. Kepala terus terlentok di meja dalam bilik muazin itu. Farid memegang perutnya. Kemudian mendongak melihat Imam Husin.

Imam Husin berdiri siap tangan berpenumbuk masih terhunus dan berasap.

"Peh power jugak jurus orang tua ni", getus gua. Gua yang sedari awal ada atas loteng masjid sebenarnya.



p/s: Hari semalam sungguh seronok..
cc: Suhail Hadri, Ahmad Firdaus dan Siti Alina.










Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Sep 6, 2012

Saya seorang ustaz

Saya seorang ustaz. Saya tampan. Saya menjaga tutur kata saya ketika bertemu dengan segala makhluk. Saya menjaga amalan saya. Saya baik. Saya juga harum semerbak.

Saya pun pergi berkelana.

Dalam sedang berkelana, saya terjumpa sebuah gua.

Gua itu gua ais. Hairan juga saya. Saya berkelana di kawasan Brickfields tadi. Tiba-tiba sahaja ada gua ais. Jadi saya pun masuk.

Wap keluar dari mulut. Saya terketawa sendiri.

"Macam filem mat salleh pula cakap siap keluar asap", getus hati saya.

Saya senyum sambil meneruskan perjalanan jauh lebih dalam. Gua itu sangat sejuk. Saya yang hanya memakai jubah dan serban rasa sejuk pula.

Dihadapan saya ada jalan gua yang lebih dalam. Tiba-tiba muncul seekor penguin raja.

Saya kaget.

Saya menelan air liur.

"Slide....", kata penguin raja itu.

Dan penguin raja itu terus menggelongsor melalui jalan gua yang rekabentuknya seperti gelongsor.

Penguin raja itu hilang dari pandangan.

Saya pula tiba-tiba berada di Mesir. Berpeluh peluh saya.


p/s: dah nak abis woi. besok abis woi. ahaks.


Ni iklan datang dari mana ni? Cis!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...