Aug 17, 2011

Puasa

Konon ada kesinambungan kalau bulan ramadhan gua cerita pasal puasa. Ceh. Pergi mati la. Pembaca gua kebanyakan Islam, bebal apa gua nk cerita benda sama je.

Baik gua cerita pasal Archy, Sorter, Bob Wilton, Lyn Cassady dan Project Jedi.

Tapi itu semua tidak penting.

Ada benda lagi penting dari semua tu.
*      *      *

"Minum apa?", tanya Kamal sambil buat gaya orang minum dan memegang kertas order.

"Milo ais", laju gua jawab.

Kamal buat isyarat makan pulak. Gua buat isyarat tidak mahu. Terus gua tunjuk ke arah Basri, Abun dan Cicok yang duduk di kawasan meja ke dua. Biasa kalau kat kedai makan kan boleh sambung-sambung meja lipat tu. Kami datng kemudian, dah ada orang duduk jadi gua duduk belah kiri, Basri, Abun dan Cicok duduk belah lagi satu. (Tak faham pergi mati lah!)

Kamal ke sana.

*      *      *

Gua kalau tengok game City ni, gua tengok Silva je. Sebab ada iras gua.

WUNG! WUNG! WUNG!

KUNG!  KUNG! KUNG!

WOOF! WOOF! WOOF! WOOF!

"Woof! Woof! Woof!", tak pasal-pasal mulut gua pun ikut bunyik. Gua pandang tempat parking, ada 3 ekor anjing sedang main polis sentri barangkali.

Satu daripadanya mungkin perompak betina yang terpaksa menghadapi polis-polis korup yang menginginkan tubuh mengiurkan. Yang betina itu cuba melawan sambil mempamerkan barisan gigi ganas sambil mengeluarkan air liur. Boleh jadi cuba berbuat-buat menjadi betina gila supaya, polis-polis itu tidak mengmbil kesempatan ke atasnya.

Gua cepat terus berdiri kejar ke kawasan anjing-anjing yang sedang berpesta seks itu. (PEMBERITAHUAN: Kedudukan gua paling jauh dari anjing-anjing itu)

Gua buat bunyi serigala.

Mentetel semua. (part ni malas nak cerit sangat.. lu boleh bayangkan 'mentetel' tu macam mana)

Gua pandang belakang, gua tengok Cicok yang tadi paling dekat dengan anjing tu dah masuk seat Pocan. Senang cerita, Cicok duduk atas peha Pocan. Gua geleng kepala.

Sebab anjing, manusia boleh berubah jantina. Gua geleng kepala lagi.

p/s: Makin gua nak balik rumah, makin banyak pulak kerja. (Gua dah tak balik rumah 4 bulan, boleh cas anak derhaka ke tidak?)

Ini Sorter, dan dia adalah macho.
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Aug 13, 2011

Filem pendek: RAHSIA

RAHSIA from Pert Doherty on Vimeo.
Filem pendek tanpa aksi dan mebosankan.

Bukakan aku buku itu,
Biar tahu rahsia yang haru,
yang memang macam hempedu,
Baru mahu tahu malu.

TRIVIA:
Video dibuat oleh dua orang tenaga kerja (pelakon merangkap cameraman). Dan rakaman menggunakan iPod yang dicilok ketika tuannya tidur. Kah kah kah.

p/s: tak perlu p/s hari ni
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

TRAILER: RAHSIA








p/s: gua seronok sangat Apek datang rumah gua sampai gua bikin filem.. kah kah kah
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Aug 8, 2011

Ritual dan kepercayaan

Kalau gua batuk, gua makan ubat batuk. Kerana gua percaya kalau minum ubat batuk kesannya akan membunuh kuman dekat tekak gua. Tapi kalau gua tak percaya, gua minum la ubat batuk mana pun. Tak baik jugek. Ye dok? Kalau la gua percaya yang kalau gua genggam batu boleh baik batuk. Boleh jadi menjadi jugek, ye dok?

Hal amalan meminum ubat batuk ketika batuk ni boleh jugak dikaitkan denan ritual. Tapi ritual yang dah dikaji secara saintifik la. Macam sembahyang la. Kalau lu tak memahami perkara-perkara yang dilakukan dalam sembahyang, boleh jadi rukuk lu tu cumalah ritual semata-mata.

Contoh lain, lu berdoa dengan menadah tangan. Kalau tak tadah apa jadi dengan doa lu? Tak ke benda tu kalau lu tak paham cuma jadi ritual.

"pert, lu berbual apa ni?", Hamid Karzai tepuk bahu gua sambil menanya.

"eh???", gua toleh.

"lu ni dari tadi telinga letak mana?!!", gua menaik nada.

Gua terus sepak telinga Hamid.

*     *     *

Benda ni bermula dari kecil lagi. Gua dah buat macam-macam ritual. Dan sampai hari ni gua masih berfikir tentang 'Ritual Kapal Terbang Kertas'.

Itu paling membingungkan gua. Gua buat dalam dua tiga kali. Namun sebab gua tak faham, gua tak teruskan. Tapi kawan-kawan gua, sampai hari ni gua ingat masih kekalkan ritual tu. Barangkali sebab keprcayaan mereka kuat. Gua kalau gua tak faham gua tak percaya sangat. Dan bila gua tak percaya, gua tak buat.

Lu pernah tengok budak-budak tiup bontot kapal terbang kertas sebelum lempar?


p/s: Gua punya batuk dah reda juga lepas makan makanan mahal. Boleh jadi tekak gua ni mengandung. Itu pasal mengidam bukan-bukan.
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Aug 6, 2011

Izrael

Minum bersembang memang best. Lebih-lebih dengan kawan baik.

Lebih-lebih kawan baik belanja minum masa tengah miskin macam ni.


"Eh, jom balik", Ufi cakap kat gua.

"Eh, kau punya kerja macam mana sebenanrnya Ufi?", gua tak semena-mena mencelah sebelum bangun dari kerusi.

Minum nes buat gua tak berapa senang malam ni. Nak kena kopi jugak. Sial betul kedai Man U tu takde jual kopi. Bagang.

"Ala kerja aku ni macam jaga dari dalam la, sebelum masuk api kat site", Ufi ternagkan.

"Kalau macam kat lab kita ada pernah buat?", gua tanya penuh mendalam.

"Eh takde, ni besar lagi", Ufi macam nak terang lagi mendalam.

"Dia ada breaker dia, dia punya apa tah lagi", Ufi masih terangkan.

Gua dah mula bangun capai kunci sama rokok. Memang niat nak blah. Gila apa nak dengar kisah kerja orang secara mendalam. Macam bangang.

"Eh cibai tadi tanya!!", Ufi dah mula naik darah. Gua terus bual sama Ayob pasal hal puasa.

*      *      *


Kereta nak buat pusingan U dekat depan Green Point. Depan Welward dekat pekan. Dekat situ kalau motor gua berani buat pusinga U, kalau kereta proton boleh jadi baik gua masuk depan KFC sana. Pusing lalu dalam.

Tapi kali ni Ufi yang bawak kereta. Dia buat juga pusingan U. Gua duduk sebelah pemandu.

Depan dah ada lori.

Dia buat jugak. Sangkut. Kereta panjang.

Lepas beberapa detik, Ufi pergi masuk gear gostan.

Lori dah dekat.

"TOOOOOONNNNNNNNN!!!!"

Semua senyap dalam kereta.


*      *     *

"Babi lu!!", gua jerit.


p/s: Izrael kalau dah betul sampai turn, tak payah cakap banyak. Tapi gua ingat Ayob dekat belakang dah mula mengucap tadi.




Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Aug 5, 2011

Gua dan animasi (part 0.3)



Lu orang tahu tak kenapa gua sampai jadi nak buat animasi bangang ni? Pasal gua belum gaji. Syaitan betul. Dah gua belum gaji, gua tak boleh nak keluar suka-suka hati macam orang banyak duit. Gua makan sekarang pun bercatu lu tahu.

Paling jahat gua pernah makan biskut kering cecah dalam baki kuah mi segera. Tapi itu zaman betul punya miskin la. Sekarang dalam kocek gua ada lagi RM7. Ok la sampai minggu depan.

Sekarang gua malas berbicang pasal animasi.

Gua nak suruh lu orang tonton. Dan siapa berani join gua buat. Baru best. Baru lu tahu erti kartun, baru lu reti nak hargai kartun yang macam cibai kat tv kadang-kadang pasang. Lu orang fikir dia orang bikin kartun 15 minit makan masa sehari je ke? Kepala bana. Gua nak bikin kartun 10 saat pun makan masa berhari-hari. Setiap movement lu nak kena detail. Gua hairan macam mana Otomo Katsuhiro boleh bikin Akira sama Steamboy. Kalau lu tonton lu mesti kagum. Bukan main-main punya kagum. Lu boleh jadi sawan tak tentu hala.

Ok masa menonton.


Taman Bunga di Hati (Part 0.3) from Pert Doherty on Vimeo.
Merupakan siri ke berapa entah dari siri "Taman Bunga di Hati". Kalau rajin tengok yang lain-lain. Kali ini menakjubkan. Percaya lah.. Sangat menakjubkan. Macam animasi Disney.

Kah kah kah

TRIVIA:
Pembikin dah ada mouse yang macam celaka punya bodoh (gua jumpa kat meja kawan gua), pembikin lebih guna touchpad. Bangang tak bangang la buat animasi pakai touchpad. Babi betul


p/s: lu orang perasan tak ada penulis lain dalam blog gua? Jangan fikir gua jiwang sangat la. keh keh.. Tq Engineer On Site! ",
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Aug 3, 2011

Gua dan animasi (part 0.2)

Memandangkan gua hari makin senja, gua dah mula anggapkan sekarang ini besok. Dan lu orang tak payah kecoh-kecoh. Karang kalau dalam paru-paru ada spanar jangan tanya kenapa.

Dan berbalik kepada entri sebelum ini Gua dan animasi (part 0), ada gua mengisahkan pasal mengadap komputer. Lu tahu kesannya bila menghadap komputer lama-lama? Gua sampai reti main minesweeper. Itu pun  berkat gua tergerak nak baca Help dia.

Tak lama lepas gua taiko main minesweeper, gua beralih kepada Macromedia Flash MX (Zaman tu gua dah rasa kagum kat software ni). Dekat situ gua teruja mengenai frame dan layer. Gua jadi teruja sebab benda tu boleh bikin kartun. Frame ke-2 boleh melapisi frame pertama, dalam erti kata mcm kau menekap guna kertas minyak (tak paham sudah, kat dalam tu tulis onion skin agaknya). Kemudian bab layer ni lagi satu best pasal kau boleh buat tangan dia layer lain, manakala mata di layer lain. Seronok kan? Yela, nak buat kartun pun biar la real sikit, pergerakan mata dan tangan bukan sinkro pun. Ok perbualan pengalaman mengenai ilmu adalah tidak sedap, gua tahu lu semua bosan baca benda macam ni. Benda gua tulis ni macam bendi.

Nanti kalau betul gua dah boleh maju tentang hal perkartunan, gua baru berani tunjuk masterpiece zaman gua agas. Sekarang tak boleh, sekarang gua pungguk.

Ape-apehal tonton dulu

Taman Bunga di Hati (Part 0.2) from Pert Doherty on Vimeo.
Sambungan "Taman Bunga di Hati". Sesungguhnya animasi gua dah semakin memberangsangkan. Kah kah kah.

Walhal macam sudip. Sial. Tidak seperti jangkaan.

Takpe. Besok.. Ye Besok...


p/s: Lu jangan bising-bising. Tengok je. Gua pun tengah menyirap dengan kebolehan komputer gua.
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Aug 2, 2011

Gua dan animasi (part 0)

Gua dan animasi semacam jambangan bunga dengan pasu. Tak boleh dipisahkan.

Lu tahu tak hal ini sangat berlainan dengan aur dengan tebing. Hal aur dengan tebing memang rapat tapi bukan erti kata melengkapi, kerana itu fitrahnya. Hal gua adalah bukan fitrah, manusia bukanlah fitrahnya bersama animasi tetapi lebih kepada nasi. Gua bukan sebarangan cakap, gua cakap kerana gua ada hal nak cakap. Lu orang fikir gua jenis menyeruntul tak tentu hala? 

Berbalik kepada animasi, gua teringin nak buat animasi sejak kecil sebab waktu kecil gua disogok dengan ensiklopedia 'Tree Of Knowledge', dan gua banyak belek pasal lukisan dan juga pasal Nazisme dalam ensiklopedia itu. Hal tentang lukisan, dekat dalam tu ada banyak juga lukisan zaman yunani, yakni lukisan yang mempamerkan manusia telanjang. Tetapi gua tak into hal telanjang, gua lebih tertarik kepada kartun dan sejarah-sejarah perang. Dalam bab animasi yang paling gua ingat ada satu gambar scene dalam film Lord Of The Rings yang versi kartun. Dibuat pada tahun 1978 seingat gua. Yang menarik pada gambar tu, adalah gambar manusia menunggang kuda dengan helmet besi dan mata merah. Macam silhouette la lebih kurang. Ada empat orang. Lepas beberapa tahun dari gua belek-belek ensiklopedia, muncullah filem Lord Of The Rings versi manusia betul. Dan gua teruja. Sambung nanti la cerita. Malas betul gua.

Masuk tahun 2005, gua habis sekolah hujung tahun tu. Gua jadi menghadap komputer. Hari-hari hadap, tak on pun hadap. Kadang kala gua rasa tak sedap hati sampai gua pergi ke kedai beli rokok. Itu pun kalau ada motor. Tak dapat gua suruh Lok datang rumah je belikan rokok. Gua upah la dia bagi air.

Bab menghadap komputer ni, pun gua ingat-ingat nak sambung kemudian la.

Tonton dulu video gua bikin ni


Taman Bunga di Hati from Pert Doherty on Vimeo.
Intro kepada animasi yang bakal menggegar Malaya. Dengar cerita boleh celen Upin & Ipin. Tak tahu benar atau tidak. Kalau setakat Usop Sontorian dah lama kitai dah. Keh keh keh
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Hari Akhir Seorang Pengawal Keselamatan

Hari Akhir Seorang Pengawal Keselamatan from Pert Doherty on Vimeo.
Video dibuat untuk mengenang 31 Julai 2011, hari terakhir gua berkhidmat sebagai seorang pengawal keselamatan di sebuah sekolah di Air Hitam.

p/s: video adalah macam bodoh, jangan komen apa-apa, gua dah tahu awal.
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Aug 1, 2011

Back to 99'

Satu scene yang gua tak boleh lupa.

Stiker.

Stiker Alien Workshop.

Pada hemat gua, siapa ada tampal Alien Workshop di kotak pensil adalah seorang yang sangat cool. Lebih lebih lagi kotak pensil geometri set.

dah besar baru gua tahu benda ni brand skate
itu pun sebab ada Google
p/s: mood puasa... tibe-tibe rindu kat Engineer On Site!
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...