Aug 17, 2011

Puasa

Konon ada kesinambungan kalau bulan ramadhan gua cerita pasal puasa. Ceh. Pergi mati la. Pembaca gua kebanyakan Islam, bebal apa gua nk cerita benda sama je.

Baik gua cerita pasal Archy, Sorter, Bob Wilton, Lyn Cassady dan Project Jedi.

Tapi itu semua tidak penting.

Ada benda lagi penting dari semua tu.
*      *      *

"Minum apa?", tanya Kamal sambil buat gaya orang minum dan memegang kertas order.

"Milo ais", laju gua jawab.

Kamal buat isyarat makan pulak. Gua buat isyarat tidak mahu. Terus gua tunjuk ke arah Basri, Abun dan Cicok yang duduk di kawasan meja ke dua. Biasa kalau kat kedai makan kan boleh sambung-sambung meja lipat tu. Kami datng kemudian, dah ada orang duduk jadi gua duduk belah kiri, Basri, Abun dan Cicok duduk belah lagi satu. (Tak faham pergi mati lah!)

Kamal ke sana.

*      *      *

Gua kalau tengok game City ni, gua tengok Silva je. Sebab ada iras gua.

WUNG! WUNG! WUNG!

KUNG!  KUNG! KUNG!

WOOF! WOOF! WOOF! WOOF!

"Woof! Woof! Woof!", tak pasal-pasal mulut gua pun ikut bunyik. Gua pandang tempat parking, ada 3 ekor anjing sedang main polis sentri barangkali.

Satu daripadanya mungkin perompak betina yang terpaksa menghadapi polis-polis korup yang menginginkan tubuh mengiurkan. Yang betina itu cuba melawan sambil mempamerkan barisan gigi ganas sambil mengeluarkan air liur. Boleh jadi cuba berbuat-buat menjadi betina gila supaya, polis-polis itu tidak mengmbil kesempatan ke atasnya.

Gua cepat terus berdiri kejar ke kawasan anjing-anjing yang sedang berpesta seks itu. (PEMBERITAHUAN: Kedudukan gua paling jauh dari anjing-anjing itu)

Gua buat bunyi serigala.

Mentetel semua. (part ni malas nak cerit sangat.. lu boleh bayangkan 'mentetel' tu macam mana)

Gua pandang belakang, gua tengok Cicok yang tadi paling dekat dengan anjing tu dah masuk seat Pocan. Senang cerita, Cicok duduk atas peha Pocan. Gua geleng kepala.

Sebab anjing, manusia boleh berubah jantina. Gua geleng kepala lagi.

p/s: Makin gua nak balik rumah, makin banyak pulak kerja. (Gua dah tak balik rumah 4 bulan, boleh cas anak derhaka ke tidak?)

Ini Sorter, dan dia adalah macho.
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

1 comment:

cryclown said...

lu tunggu panahan petir jer la..hahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...