Aug 3, 2011

Gua dan animasi (part 0.2)

Memandangkan gua hari makin senja, gua dah mula anggapkan sekarang ini besok. Dan lu orang tak payah kecoh-kecoh. Karang kalau dalam paru-paru ada spanar jangan tanya kenapa.

Dan berbalik kepada entri sebelum ini Gua dan animasi (part 0), ada gua mengisahkan pasal mengadap komputer. Lu tahu kesannya bila menghadap komputer lama-lama? Gua sampai reti main minesweeper. Itu pun  berkat gua tergerak nak baca Help dia.

Tak lama lepas gua taiko main minesweeper, gua beralih kepada Macromedia Flash MX (Zaman tu gua dah rasa kagum kat software ni). Dekat situ gua teruja mengenai frame dan layer. Gua jadi teruja sebab benda tu boleh bikin kartun. Frame ke-2 boleh melapisi frame pertama, dalam erti kata mcm kau menekap guna kertas minyak (tak paham sudah, kat dalam tu tulis onion skin agaknya). Kemudian bab layer ni lagi satu best pasal kau boleh buat tangan dia layer lain, manakala mata di layer lain. Seronok kan? Yela, nak buat kartun pun biar la real sikit, pergerakan mata dan tangan bukan sinkro pun. Ok perbualan pengalaman mengenai ilmu adalah tidak sedap, gua tahu lu semua bosan baca benda macam ni. Benda gua tulis ni macam bendi.

Nanti kalau betul gua dah boleh maju tentang hal perkartunan, gua baru berani tunjuk masterpiece zaman gua agas. Sekarang tak boleh, sekarang gua pungguk.

Ape-apehal tonton dulu

Taman Bunga di Hati (Part 0.2) from Pert Doherty on Vimeo.
Sambungan "Taman Bunga di Hati". Sesungguhnya animasi gua dah semakin memberangsangkan. Kah kah kah.

Walhal macam sudip. Sial. Tidak seperti jangkaan.

Takpe. Besok.. Ye Besok...


p/s: Lu jangan bising-bising. Tengok je. Gua pun tengah menyirap dengan kebolehan komputer gua.
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

4 comments:

Kepala Manchiss said...

ahaks la awak..punggung.




o.1 mana sial?

Pert Doherty said...

nanti remake tahun 2030

cryclown said...

haha.. dah dpt nm watak lum?

Pert Doherty said...

cryclown.. keh keh.. awl2 lg dah letak nama..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...