Nov 30, 2011

Nani 'topless'

Nani mengeliat. Puas. Hari ini dia tidur 12 jam. Sejak lepas Maghrib semalam.

Dengan tidur tak berbaju. Topless. Nani terus bangun menuju ke pintu sliding. Pintu sliding ni merupakan pintu kedua bagi rumah Nani, tapi Nani lebih selesa mengguna pintu ini berbanding pintu hadapan sebab kalau di sini buka buka terus nampak laman.

Sambil menuju ke pintu, mata Nani sempat juga menjeling ke cermin.

"Cantik juga aku tak berbaju", sempat Nani melemparkan senyuman kepada kembarnya yang baru sahaja dipujinya tadi.

Terus sahaja Nani membuka pintu sliding. Nani masih lagi topless.

Namun itu tidak membatalkan niatnya untuk terus keluar menghirup udara pagi.

Nani terus ke laman. dan terus ke reban arnab.

Tanpa menghirau kenderaan lalu lalang melintasi tepi pagar rumahnya. Tanpa segan silu terhadap ramai, Nani terus menggomol arnabnya.

*      *      *

"Ni kalau aku makan lagi sebiji epok-epok ni bagus. Daripada aku menengok Nani. Takde pekdah.", getus Gary. Tangan dari tadi dah capai plastik epok-epok. Memang tinggal sebiji pun.

Semalam baru je Gary menonton video parti orang kerajaan. Chaos. Pilihan raya nanti Gary ingat nak bikin undi rosak. Itu saja ubatnya.

"Kalau ada 24 juta orang macam aku.. Lingkup Amerika ni. keh keh keh", Gary ketawa kecil.

p/s: ni apa benda dah tua sibuk nak main mafia war la mob war la. kah kah kah.
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Nov 27, 2011

Komen gua yang 'tak pandai main bola' kepada game Malaysia vs Bahrain selepas tamat perlawanan

Gua hari ni tak rasa perlu perkara humor. Hari ini serius akibat gua bangun-bangun dah tengah hari. Dah la gua tidur rumah orang. Gua keluar dan dan hujan. Itu satu dah cantik. Gua tunggu reda. Menyesal jugek gua pillow talk semalam sampai 5 jam. Dari hal bolasepak Malaysia yang 'gua malas nak cerita' berterusan kepada hal Liverpool yang 'power betul bila melawan pendahulu Liga' kepada hal 'How can you survive without any cents in your pocket while you are in Penang?' membawak sampai hal Suruhanjaya Pilihan Raya dan lagi topik-topik yang gua tak rasa bernas langsung untuk dibincang pada pukul 3-4 pagi. Perbualan yang menggunakan otak. Selalu orang pillow talk meluahkan perasaan yang ada nilai romantisme, putus cinta, dapat makwe, dan segala cerita-cerita ringan lain yang menyudahkan tubuh kepada idle state. Ini tidak, gua jadi berbual panjang; sama ada mendengar atau bercerita.

Berbalik kepada hal hujan.

Hakim sama Hanip dah mula nyala rokok. Gua makan maruku.

Masing-masing tunggu hujan reda.

Hujan reda. masing-masing bergerak ke haluan masing-masing.

Ok habis cerita tunggu hujan.



*       *      *



Kau tahu buku ni?

kau tahu berapa harga dia?

gua genggam dengan geram,

Lu boleh bayang ensiklopedia yang harga capai beratus, pada hari sabtu itu cuma jadi 5 ringgit? Ini apa benda la. Macam mana hal penjualan buku baru dengan harga murah boleh terjadi?

Tak adil bagi orang macam gua.


Cis.




p/s: kepada yang true betul support Malaysia semalam. Gua ucap tahniah.


Komen gua yang 'tak pandai main bola' kepada game Malaysia Vs Bahrain selepas tamat perlawanan:

Malaysia memang tak power game semalam dan kebanyakan game sebelum ni. Kebanyakan kemenangan adalah atas kelebihan luck. Pada hemat gua, mereka masih muda. Jadi tak mengapa kalau berharap pada luck sahaja. Lucas Leiva dulu pun penah rasa zaman dicaci.

Berbalik kepada game Malaysia vs Bahrain

Dari awal game tak boleh nak tebuk defen Bahrain. Harapkan Nazmi punya gol jauh pun dah bersuka ria. Yang Thamil buat apa. Main forward apa benda macam tu. Ok tak mengapa, lu masih muda. 1st half, berapa kali striker Bahrain boleh sampai depan pintu gol Malaysia? Kira sendiri.

Ok lepas tu nak dapat gol kedua macam mana? Nak harap luck kiper Bahrain buat silap sampai 10 kali? Cantik boleh pergi makan tahi.

Ok gol pertama Bahrain. Defen buat apa? Tengok show orang main takraw dalam kotak penalti?

Gol-gol seterusnya macam mana? cantik kan Bahrain guna peluang? Comeback yang cantik dengan hanya 10 orang bermain dalam tempoh 6 minit (orang kata).

Ada yang cakap dekat gua sebab Nazmi injured dan keluar. Jadi tengah main macam sial. "Ok", gua cakap. Yang lagi 10 orang buat apa? Lagi-lagi Bahrain siap dapat kad merah.

Tapi tak mengapa, mereka masih muda.

Dan lu orang yang baca jangan pula ambil serius, ini hanya komen dari penyokong Malaysia yang cuma duduk mamak. Sambil berbual hal-hal yang bukan bolasepak. Dan juga diganggu orang gila ketika menonton. Jadi ada anasir luar mengganggu tontonan membuat komen gua lebih tertumpu kepada orang gila. Kepada geng Ultras dan Team Malaysia ke hapa benda semua tu. Teruskan. Gua kalau ada dekat stadium pun sama sahaja macam lu orang. Gua akan sokong selagi pengadil belum tiup wisel penamat.

Tapi lu rasa bagus ka kalau gua menyokong membabi buta tanpa ada kritikan? Dan kalau tak bagus kita kena kata bagus? Pergi mati dan sumbat tahi dalam mulut kalau macam tu. Sekurang-kurangnya 70 peratus dari pendapat gua ni ada betulnya. 30 peratus tu cuma gua lebih-lebih provok. Kah kah kah.

Dan gua ada dapat tahu Kosmo ada tulis "Harimau Muda malukan negara".



Dan gua tak bantah. Itu hak penulis. Itu karya dia. Dan gol dua biji malam semalam adalah karya pemain.

Ada yang tak puas hati, apa sumbangan penulis akhbar dan blog dan apa jenis penulisan yang 'mengkritik kebolehan sukan negara' kepada negara berbanding pemain bolasepak yang dah menang sukan SEA?

Kalau pertandingan penulisan ini macam menonton bolasepak di stadium, sudah pasti penulisan ini duduknya dalam acara sukan SEA, Olimpik dan segala sukan.

Penulis pun ada sumbangan, cuma cara mereka mendekati pembaca berlainan. Ada yang baik ada yang buruk. Dan gua rasa Kosmo adalah power bila berani tulis demikian. Tolak tepi apa kata orang.

Konon kata susah senang bersama Harimau Muda ke Harimau Malaya ke hapa benda. Ada ke orang susah senang bersama P. Ramlee, Usman Awang, A. Samad Said ke hapa benda semua seniman? Go to hell. Kita semua adalah hipokrit.

"Woi Pert!!!", gua pandang belakang. Suara panggil gua dari belakang.

SUUUPPPPP!!

Gua tiba-tiba dah terduduk sambil tangan gua lekap pada perut gua. Boleh tahan juga jurus budak ini.

Gua macam rasa pening. Gua fikir mesti serangan budak ini dilengkapi pisau racun yang tersisip pada pergelangan tangannya.

Penglihatan gua makin kabur. Dari tadi sebenarnya gua tak dapat pastikan macam mana rupa sebenar budak ini. Yang gua nampak macam dia pakai jersi Bahrain.



p/s 2: cantik gol Nazmi tu.gua harap ada la player malaysia baca 'artikel' ni




Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Tatabahasa

"Nombor empat, cukur takde", gua cakap pada lelaki india kurus itu. Dia dengan memakai kemeja, nampak stabil dalam segala urusan.


*      *      *

Siapa perlukan tatabahasa kalau cakap tak tentu hala pun orang boleh faham.

Nak becakap ni pun bukan hal main-main.

Karang bekicap.

p/s: mimpi seronok.. ihiks
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Nov 25, 2011

Johnny Punk Beroleh.. Lu tahu Beroleh di mana? (part 9)

Melati Swatzosksi

p/s: gua sampai dah tak tahu mana hujung, mana pangkal cerita ni.
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Nov 23, 2011

Nani

Dekat taman perumahan gua ada gua perasan satu merpati sejoli.

Nani dan Sodik.

Baru tadi gua tengok Sodik ngantor si Nani balik dari mana tah. Naik "harley".

Helmet?

Handal, mana nak pakai helmet.

Nani turun dari "harley". Terus cepat-cepat panjat pagar dawai tepi rumah. Berlari terus ke pintu kedua rumah. Pintu sliding. Sodik masih menunggu depan pagar. Enjin tidak dimatikan.

Nani yang sudah ada depan pintu memaling muka ke arah Sodik. Sayu wajahnya untuk meninggalkan Sodik sendirian.

Sodik pun masih menunggu lagi depan pagar.


*       *       *

Nani baru 7 tahun.










Gua rasa la.



p/s: zaman gua dulu mana pakai harley, gua pakai Norton

Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Nov 22, 2011

Penulis

Celik mata pagi-pagi ni memang macam banyak iblis betul.

Tak usah cakap pasal tahi mata la. Kita cakap pasal daun terup la. Bersepah betul dekat atas lantai. Ini la akibatnya kalau ada dek terup dekat rumah. Main solitaire pun jadi.

Gua tak bingkas macam selalu. Gua pandang siling senyum-senyum sendiri. Seronok betul semalam.

Gua pandang kanan ada satu sosok lelaki yang menghairankan gua. Hairan kerana setahu gua gua tinggal seorang. Tubuh yang agak tua. Rambut sudah keputihan sedikit. Raut mukanya yang lusuh. Matanya sedikit sepet dengan cermin mata model lama. Dengan baju batik ala hawaii. Mukanya persis kuat dengan muka Allahyarham Usman Awang. Walau gua samar-samar pagi itu.

"Kau nak menulis?", tiba-tiba si tua itu mengejut kebilan gua.

Gua terkebil-kebil lagi.

Tiba-tiba si tua itu bangun terus memberi satu tumbukan secara jatuhan dengan kekauatan graviti tepat dekat telinga gua.

"ARGGGGHHHHH!!!", gua tak pasti gua meraung kerana apa. Kerana sakit atau kerana takut.

"Kau nak menulis?", si tua itu bertanya lagi dalam jarak dekat. Mukanya betul-betul depan muka gua. Jaraknya hanya satu jari kelingking dari hidung gua ke hidungnya.

Gua diam.

Lama juga.

Gua buka mulut dan menghembus nafas pagi.

tepat pada hidung si tua.

Si tua terus ghaib.

p/s: kalau gua baru bangun tidur jangan tanya soalan bukan bukan. Gua boleh jadi wolverine tak pasal-pasal.

Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Handalan

Adam
Noah
Enoch
Eber
Saleh
Abraham
Lot
Ishmael
Issac
Jacob
Joseph
Job
Jethro
Moses
Aaron
David
Solomon
Elijah
Elisha
Jonah
Ezekiel
Zechariah
John the Baptist
Jesus
Muhammad

p/s: patut la ritu ada satu kawan saun aku pasal suke sangat.




Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Nov 21, 2011

Asra

"Mana Asra... Asra dah keluar la", komentator malaysia memang celake dalam hal buat kelakar..


kah kah.
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Nov 20, 2011

Pakai otak la sikit










Dah 5 post gua draftkan.

Takkan post ke 6 gua nak draft jugek.

*      *      *

"Aduh!!", pedih kepala gua.

Pantas betul pergerakan ninja itu. Berjaya menjentik ubun-ubun gua 100 kali tanpa sempat gua mengeleipkan mata.

Gua dah terhuyung hayang.

Kaki kanan gua segera mencari tempat berpijak yang stabil.

Hujung jari kaki gua mencuit sedikit lantai yang gua pun tak pasti kukuh atau tidak. Gua pijak saja. Ngam. Tak pecah.

Biasalah perlawanan ninja memang bukan tempat biasa-biasa. Paling biasa atas bumbung. Atap genting. Sekarang gua kat tempat paling biasa.

Ninja tadi gua tengok kejap hilang-hilang. Sekejap di kanan sekejap di kiri. Gua pasti ninja itu bukan tipu-tipu boleh hilang. Gua nampak sendiri. Bukan kata gua menipu. Tapi dah memang gua nampak.

Gua dari tadi kuda-kuda dah cantik.

Tinggal nak atur serangan.

Dari tadi gua tengok ninja tu asik kiri kanan kiri kanan sampai gua naik hapal pergerakannya.

Sakit dekat ubun-ubun gua dah pun hilang.

Tiba-tiba dekat celah jari-jari gua keluar besi yang kalau orang biasa tengok macam pisau ada macam pedang pun ada. Gua pun tak tahu dari mana besi tu boleh ada. Bila masa gua tanam susuk.

Di tangan kanan ada tiga pedang keluar celah jari, yang dekat tangan kiri ada lagi tiga pedang jugak. Gua yang dari tadi berdiri terus menjerit tiba-tiba.

AAAAAARRRGGGGHHHHHH!! macam Hugh Jackman.

"Woi bodoh!", ninja depan gua menjerit juga. berhenti juga dia main hilang-hilang.

Gua macam terkebil-kebil kejap.

PANGGG!!

"diam boleh tak?", ninja tadi suruh gua diam lepas lempang gua.

Muka ninja tu macam kawan gua pun ada.

Ninja tu terus berjalan menembusi dinding.

p/s: bende tah lu ni




Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Nov 18, 2011

50 jam

ini kawan gua dari Azerbaijan

Kalau ada 50 jam 8 minit.

Daripada gua cari 'reset' baik gua cari 'accelerator'.

Sibuk sangat nak 'kalau 50 jam' lu.

24 jam punya hal pun tak boleh hendel.

Sibuk nak cari 26 jam 8 minit lu.


*      *       *



Segar betul hari ni.

Gua ke halaman rumah.

Pagi-pagi dah pemandangan indah.

Jarang gua dapat tengok pemandangan macam ni.

Gua senyum stail macam Jason Statham kalau berlakon. Paling mirip macam dalam Lock, Stock & Two Smoking Barrels.

Gua kepal penumbuk ke udara melepasi aras kepala dengan jemari genggam menghadap ke muka. Gua hayun ke bawah sambil melipat siku dengan berakhirnya penumbuk separas pinggang gua. Kalau dilihat dari tepi boleh nampak seperti huruf L. Gua ulang tiga kali rentak hayunan. Kemudian diakhiri dengan satu knee-slide di atas tar hadapan rumah. Lu orang dengat memang macam sakit. Terai dulu. Sedap.

Gua pandang muka kawan gua. Dahinya berkerut.




p/s: kalau boleh gua nak bawak lu jalan dalam keadaan yang lebih seronok. Thank you and sorry
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Yes!











yes!





p/s: yes!
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Nov 14, 2011

Johnny Punk Beroleh.. Lu tahu Beroleh di mana? (part 8)

Johnny lantas sorong basikal. Makin dilayan si Melati ni makin macam punai. Ada baik kalau Johnny pergi menjerat burung. Untung kalau dapat Phoenix, boleh dijual ke funfair. Satu Phoenix boleh cecah 223 jongkong emas. Kalau nak dibela pun tiada guna. Phoenix ni makannya mahal. Susah nak dicari. Daripada dibela setakat untuk mati, baik la Johnny hantar ke funfair. Boleh juga budak-budak tengok binatang apa benda Phoenix ni.

Johnny sorong terus lalu depan Esso. Tak cukup sampai lalu ke depan Maktab guru. Jalan nak ke Maktab guru tu menaik bukit. Johhny sedikit ambil nafas. Letih juga rupanya Johnny ni. Ingat rebel-rebel tak nak naik motor dah cukup handal. Johnny tekad nak sorong terus ke bandor. Boleh tahan jugak la kalau berjalan kaki nak ke bandor kalau menyorong basikal dari depan Maktab. Jenis jalan kejap berbukit, kejap merata.

Yang si Melati tak sempat Johnny menyorong basikal sampai ke Esso, dia dah keluar henfon. Talifon siapa entah. Bukan jauh mana Esso dengan depan kilang tu. Kira kalau Johnny toleh tadi boleh nampak la Melati picit punat apa dekat henfon.

Melati terus galak berbual dalam talifon.


*      *      *


Suasana sunyi betul dalam hutan tu. Yang ada cuma pokok-pokok tuanya lebih kurang 1000 tahun semuanya. Besar belaka. Pokok-pokok renek melata tak dapat banyak. Yang ada cuma lumut-lumut melekat pada banir-banir pokok.

Effendi Mahmud jadi macam sasau. Tadi dia ada di kawasan kampung. Jenis belari dari Limah stail tak menengok belakang langsung. Tiba-tiba termasuk kawasan hutan. Macam hutan zaman jurasik.

Setahu Effendi Mahmud tak pernah wujud hutan sebegini di pinggir kampungnya. Paling besar pokok yang ada di bukit belakang kampungnya cuma sebesar 3 pemeluk kanak-kanak macam dia. Tapi memandangkan Effendi Mahmud baru sembilan ke 10 tahun macam tu barangkali dia tak pernah masuk jauh ke dalam hutan belakang tu.

Effendi Memandang sekeliling. Ada satu laluan yang nampak baru. Effendi tahu betul itu jejak gajah.

Effendi menyusur perlahan di kawasan laluan gajah itu tetapi masih menyorok di banir pokok. Takut-takut ada gajah yang menyerbu keluar dari lubang ke terjun dari atas pokok.

Effendi berjaga-jaga.

p/s: kamon pendi, kamon.
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Tulis la woi!

Dah dekat seminggu gua bukak tutup blogger ni.

Asal nak tulis je jadi macam iblis tu banyak je kat keliling.

cilake iblis

p/s: Syaitan musuh kita
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Nov 11, 2011

Subuh Sunyi

Shaari bangun pagi. Subuh. Taik mata macam melekat-lekat.

Shaari dengar azan jauh bunyiknya. Sayup-sayup. Shaari ke pintu yang tak berapa jauh. Dalam 3 kaki sahaja sambil Shaari melintasi Zabidi yang masih belum tidur. Zabidi sedang melayari internet, mencari bahan untuk projek akademiknya.

Shaari terus menghirup udara pagi. Kemudia menoleh ke Zabidi. Zabidi dari tadi rupanya memerhati kelaku Shaari. Lama juga mereka bertenung.

Shaari masih mengebil-ngebil dek kerana taik mata masih banyak. Nak dicungkil guna jari macam malas saja. Shaari biarkan Nanti ambil wuduk sambil la bersihkan niat hatinya.

Zabidi masih memandang Shaari terus.

"Kulit kau macam pokok", Zabidi sekonyong-konyong melepaskan kata. Wajah Zabidi serius.

p/s: Babi Zabidi
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Nov 8, 2011

Dari Mata Jonah

Bergegar dinding tempat Jonah bersandar membuatkan Jonah tersedar dari lena. Satu dengusan yang sangat kuat menggoncang gegendang telinga.

Kelilingnya gelap.

Jonah cuba berdiri. Tidak boleh. Lantai tempat Jonah berdiri turut bergoyang. Beralun. Tidak seperti tempat-tempat biasa di dunia.

Jonah sudah pergi ke bermacam-macam tempat di Eropah. Tiada yang seperti ini. Jonah sudah pergi bermacam-macam tempat di Timur Tengah, tiada juga seperti ini. Malah Jonah pernah ke Asia. Langsung tidak sama. Tanah ini agak berselut, semacam lendir, lembik.

Jonah terduduk semula.

Dengusan tadi reda.

Jonah tertunduk sendiri.


bersambung

p/s: kalau boleh gua nak belajar cepat-cepat bagi habis. Lepas tu, gua nak pergi berkelana ke negara orang.

Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Nov 4, 2011

Alih Bahasa



Baik bagi tau siapa punya kerja?

p/s: cis.. tak market langsung jadi Ayob bila translate..
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

MacGyver

Perhatian: Perbualan sudah dialih bahasa.

1980, Michigan.

Bahar merupakan satu-satunya pelajar Malaysia yang belajar di sana pada ketika itu.

Bahar dah masuk tahun akhir belajar di sana.

"Hernando, agak-agak dah habis belajar nanti kau nak buat apa?", Stevo bertanya kepada Bahar. Bahar dipanggil Hernando di Michigan oleh sebab rupanya yang seakan-akan orang Mexico.

Stevo pula merupakan sahabat setia Bahar di sana. Sering mengingatkan Bahar tentang keluarga di Malaysia. Dan Stevo merupakan seorang Yahudi. Tapi dalam persahabatan ini, Bahar tidak dapat lihat kisah-kisah kejahatan Yahudi yang sering diperbesar-besarkan oleh orang-orang Islam di Malaysia. Stevo tidak minum arak, tidak makan babi, tidak berjudi, tidak berzina. Yang membezakan Stevo dengan Bahar hanyalah Stevo tidak ada menunaikan solat 5 waktu. Namun Stevo ada juga bertafakur.

"Emm, entahlah, aku mungkin nak jadi guru sekembalinya aku ke tanah air", Bahar menerangkan. Hanya itulah pekerjaan yang boleh untuknya sementara mencari-cari kerja kontrak yang membayar gaji lumayan.

"Wahhhh!!, hebat betul!", Stevo bersorak. Sangat teruja.

"Kau pula Stevo? Habis belajar nanti kau nak kerja jadi apa?", Bahar pula bertanya.

"Aku bila habis belajar, aku nak balik kampung jaga ladang bapak aku!!", jawab Stevo penuh semangat. Penuh kebanggaan.

"Aik? kau belajar penat-penat 5 tahun sebab nak kerja dekat ladang je?", Bahar mula sangsi. Dia sudah menganggap Stevo manusia tidak normal.

"Laa? kami di sini memang biasa macam tu la Hernando.. Jangan kau berasa pelik.. Kami di sini belajar di universiti untuk ambil ilmu dan aplikasi.. ", Stevo menenangkan Bahar. Sambil memberikan senyuman.

Bahar masih tergaru-garu.

Sangat berbeza pemikiran orang-orang di Amerika.

"Kau jangan risau, kerja sebagai guru pun bagus, everyone has a role to play", senang Stevo menjawab.

Bahar cuma diam. Berfikir tentang bangsanya di tanah airnya yang masih berminat kepada hal kerja makan gaji. Kepada hal duduk di ofis. Banyak lagi bangsanya perlu lihat.

Stevo hanya senyum. Antara sinis atau persahabatan. Hanya Stevo yang tahu.


p/s: baru sekarang aku tahu apasal banyak filem-filem orang putih ni kalau kita tengok hero dia macam sangat serba boleh.
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Nov 2, 2011

Kalau aku jadi raja!!

Aku nak duduk istana bersama gundik-gundik.

Aku mintak rakyat bayar cukai. Siapa taknak bayar kena jadi buruh piramid.

Lepas tu aku nak beli kereta yang aku minat pakai duit rakyat. Duit tu semua aku tak buat berniaga langsung. Nanti habis mintak lagi kat rakyat. Kereta bukan yang murah-murah. Kereta yang mahal-mahal. Yang direka khas untuk aku sorang.

Lepas tu kalau ada majlis-majlis rasmi kena panggil, aku malas nak pergi. Aku nak pergi tempat-tempat yang aku suka je. Baik aku melancong daripada pergi meeting ke pergi merasmikan pondok wakaf.

Lepas dah membazir duit, aku nak suruh nak buat rakyat aku sakit hati. Biar tak puas hati. Lepas tu aku cakap padan muka. Dah aku raja. Suka hati aku la nak buat apa.

Lepas tu aku nak makan makanan enak-enak yang aku suka. Lepas tu karoke lagu yang aku suka. Kah kah kah.

Pergi mati sama rakyat. Kah kah kah.

*      *      *

Selalu kita bising pasal pemerintah.

Makan duit rakyat la hapa la.

Cuba kau yang kat atas. Tengok apa kau buat. Tak usah bising-bising la.

Silap-silap hari bulan kau suruh rakyat menari bogel.

Aku walaupun tak puas hati pasal pemerintah ke hapa ni, selagi dia tak cari masalah secara terang-terangan dengan aku, apa aku nak kisah. Bukan jadi kudis. Kalau aku bising-bising sekarang apa dia nak dengar?

Baik aku pergi makan, berak, tidur sendiri, lagi bagus.

Tapi, ikut masing-masing la nak fikir macam mana.

Pada aku, selagi orang tu ada title raja atau sultan, maknanya dia telah dipilih tuhan untuk mengawal sesuatu tempat.

Selagi dia tak murtad atau jadi penentang tauhid secara terang-terangan, aku terima dia sebagai pemerintah.

Bukan wujud aku untuk cari salah pemerintah.

Banyak lagi hal lain aku nak fikir.

p/s: mari sepak telur rusa. bende sial gua tulis hari ni? ni bukan gua ni
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Nov 1, 2011

Rock

Gua tengah duduk seorang diri dekat satu stesen bas. Dekat sebelah gua ada seorang perempuan. Sebelah dia lagi ada satu orang tua.

Perempuan itu tak berapa menarik perhatian gua walaupun hanya berpakaian seluar pendek kecut parat atas peha dan hanya pakai baju yang semacam coli. Gua tak hairan. Dunia dah nak kiamat. Gua harus tenang.

Manakala pakcik itu lagi tidak menarik perhatian gua. Gua tak ingat betul dia pakai baju apa. Seluar dungaree.

Gua macam biasa. Kalau dekat kawasan ramai orang gua takkan tak tentu hala bakar rokok.

Gua pergi ke satu sudut berdekatan tempat gua duduk. Di situ ada satu tong sampah yang dilengkapi dengan tempat ketis rokok. Gua perlahan seluk saku keluarkan kotak rokok Surya 16.

"tinggal lagi 2 batang. cis.. gua mesti hati-hati ni", gua cakap dalam hati. Sebatang gua bakar.

Gua perhati keliling. Cuaca hangat-hangat pagi. Seronok. Rasa hidup.

Perlahan gua hembus asap agar nampak alunan angin sekitar. Silau-silau pagi itu menyegarkan.

"Dik", satu tangan menyentuh bahu gua.

Gua toleh.

"Ada rokok lagi?", pakcik tadi yang duduk selang satu perempuan dengan gua tu rupanya.

Gua angguk. Macam dipukau.

Gua tahu gua tinggal sebatang je.

Tapi gua seolah-olah macam kena jampi selepas ditepuk bahu tadi.

Gua hulur kotak rokok.

"Pakcik dulu main muzik...", sambil mulutnya mengemam rokok. Kemudian tangannya pula membuat isyarat 'lighter, gua nak lighter'. Gua sambung kena pukau. Gua hulur lighter.

Gua terangguk-angguk.

"Pakcik dulu main muzik blues, kemudian pakcik main progressive rock.", pakcik itu terus bercerita. Mulutnya penuh asap, terhembus-hembus di kala bercerita.

Gua diam saja sambil sedut-sedut sikit rokok. Gua dengar dengan teliti.

"Masa main rock, pakcik bukan main rock lagi. Pakcik pakai seluar leather. Jangan cakap pakcik main-main", sambil mengeluarkan dompetnya. Dikeluarkan satu persatu gambar-gambar yang disisip kemas dalam dompet.

Betul. Memang rock. Pakcik ni memang rock. Gua perhati gambar-gambar lamanya.

Sekarang. Gua perhati pakcik ni atas bawah. Sangat tak rock. Setakat pakai seluar dungaree baju kemeja Arrow. Tak rock. Rambut pun sikat tepi leper. Rock kebende.

"Memang la sekarang kamu tengok gaya pakcik tak rock, tapi hati pakcik rock lagi", sambil menepuk-nepuk dadanya.

"Cilake, tahu-tahu je gua nak sound", detik hati gua.

"Rock ni bukan dari gaya je dik, attitude, hati semua tu ada nilai rock sendiri, kau jangan ingat imam kampung tak rock, rock jugek diorang tu.", panjang betul pakcik ni berbual. Gebang apa entah. Gua merewang sekejap.

"Macam kamu ni, pakcik perhati dari tadi. Memang rock. Tapi dari gaya je. Entah rock entah idok dalam tu", makin babi jugek pakcik ni dibiar. Gua diamkan.

"Cik..", gua panggil pakcik tu.

"Apa dia?"

PANGGG!

Gua lempangkan aja orang tua tu. Panjang naa bebel. Gua tahu la rock tu apa.

Stail nak mintak rokok bual pasal rock. celaka betul.

Gua terus jalan. Pakcik tu terus menggelupur tepi tong sampah.

Semua buat tak endah.

Pakcik terus menggelupur.


*      *      *



Gua buka almari pakaian gua.

'Rock' betul bau dia.


p/s: "rock betul bau seluar kau", ada satu kawan cakap.

Ni iklan datang dari mana ni? Cis!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...