Jun 8, 2010

Yaasiin

Hari Jumaat (antara tahun 1996-1998, tak dapat dipastikan tarikh sebenar)

Senja itu, ayah bersiap-siap. Dah tau la kalau dia mandi awal tu, nak pergi masjid la. Aku masih lagi menggohet basikal pusing-pusing di laman. 

"Dik!!", seruan daripada wanita yang paling aku gerun (sayang). 

Begegas aku meletakkan basikal ke dalam kawasan parkir. Kemudian terus berlari masuk ke rumah sambil berselisihan dengan ayah yang dah nak bergerak ke masjid. Dia biasanya pergi ke masjid menunggang motosikalnya, Boon Siew Honda C70. Bebalik pada seruan wanita tadi, aku amat menggeruninya kerana tatkala seruan kedua berkumandang, kehidupan riang seorang kanak-kanak pasti seperti kiamat.

"Masukkan baju dalam bakul, jangan dilesir je.", wanita itu terus memberi arahan.

"Mandi tu jangan sekejap je, sabun sampai wangi badan", tanpa henti arahan terus bersambung.

Aku hanya diam je. Kalau menjawab bakal ada siaran WWF di kala senja. 

Aku pun mandi. Ayah sudah pergi masjid. 

Selalunya kalau ayah pergi masjid, kelas mengaji aku pun cuti. Saat-saat yang ditunggu. Aku memang pemalas mengaji. Macam-macam skill aku gunakan untuk tak mengaji. Tapi kali ini aku tak perlu berlakon atau apa. Kerana nikmat sudah tersedia di depan mata.

Selesai mandi, aku salin pakaian. Aku pakai t-shirt ada gambar Mickey Mouse yang dibeli pada tahun lepas rasanya. Masih muat. Seluar juga ada gambar Mickey Mouse. Duduk sekejap dia ruang tamu menunggu azan maghrib. Jika ayah tiada di rumah maka aku dapat menonton televisyen yang tiada remote control sebentar sebelum masuk waktu maghrib. Jika beliau ada, jangan harap. 

Azan berkumandang. Sampai habis.

Wanita yang paling aku gerun itu pun menunaikan solatnya bersendirian. Takkan aku pula nak jadi imam.  Selepas beliau bersolat, aku pula bersolat. Tapi seperti biasa, solat aku tak khusyuk pun. Otak aku dah terfikir macam-macam aktiviti yang bakal aku lakukan selepas solat. Tak perlu mengaji tu dah satu. Selain itu dapat menonton televisyen yang tiada remote control. Keseronokannya sungguh menggilakan.

Selesai solat, aku lihat wanita yang paling aku gerun itu sedang mengaji Quran. Aku terus je ke ruang tamu dengan niat yang sudah dipasang ketika solat tadi.

Tiba-tiba.
"Dik, ko da baca Quran?", soalan yang sengaja diajukan oleh wanita itu kepada aku sedangkan nyata memang aku belum membaca Quran pun. Untuk menyindir rasanya.

"Ayah takde, tak nak baca la...",  sememangnya aku gemar memberikan jawapan demikian. Orang tanya lain, aku terus jawab kesimpulan.  Habit. Namun habit itu juga la yang memakan diri pada malam ini.

"Apa?!!!", tengkingan itu sudah boleh buat seekor singa jantan menjadi tikus betina. Apa lagi jika telinga aku yang menerima gelombang bunyi demikian.

"Pegi amik Quran tu sekarang, ayah takde pun takkan tak boleh baca?!!" nampaknya aku sudah mengidupkan suis yang bakal menjadikan malam ini malam yang huru-hara.

"Adik dah kentut", aku masih menjawab kerana nak memperjuangkan duniawi yang sungguh nikmat ini.

"Apa tak boleh amik air semayang?!! Bangun sekarang!! Pegi amik air semayang!!!", tengkingan wanita itu pasti dapat didengari di kawasan kejiranan. Alangkan sekumpulan kanak-kanak liar di Zimbabwe dapat mendengarinya dengan jelas, apatah lagi kawasan kejiranan aku.

Aku masih buat-buat mengantuk, kentut dan sebagainya, di atas sofa. 

"Bangun kau mat!! sebelum aku pijak", apabila aku mendengar perkataan 'Mat', bemakna wanita itu sedang serius. Dan jika beliau didatangi Iblis pada waktu itu, nescaya Iblis itu akan dilanyak sehingga lumat walaupun tidak maut.

Aku bingkas ketakutan. Dan tiba-tiba aku rasa nak menangis. Aku terus ke bilik air. Amik air sembahyang.

Wanita itu masih lagi meneruskan amarahnya. Silap aku juga memetik suis amukan itu. Aku menangis konon-konon mintak simpati. Namun, tiada apa.

"Pegi amik Yaasin tu kalau tak nak baca Quran!!", wanita itu menengking lagi.

"Aku tau habis Yaasin tu kau baca, kalau tak duduk situ sampai ayah balik", wanita itu menyambung lagi.

Aku pergi mengambil kitab Yaasin ambil tersedu-sedu menangis. Ni balasan orang yang degil dalam hati aku.

"Bunyik lagi!! kalau nangis bunyik lagi kena!", amaran pertama daripada wanita itu terhadap cara aku menangis. Aku segera mengatur nafas supaya tangisan aku tidak berbunyi.

Menitis-mitis air mata aku. Padahal belum dibelasah lagi. 

"Bismillah hirrahman nirrahim....", aku memulakan bacaan. Agak lancar.

"Yaaa Siiiiinn", masih agak lancar.

Sampai ayat keberapa ntah, aku semakin melalut. Dengan keadaan hati yang tak tenang. Wanita itu pula sedang memasak di dapur. Aku pula makin merangkak-rangkak baca tulisan arab ini. Quran pun aku belum lancar. Surah Yaasin pun tak tiba lagi. Sambil usyar-usyar dapur. Aku fikir ini line clear untuk aku mengular. Aku baring sekejap. Jam sudah pukul 8.20. Dah masuk Isyak ni rasanya.

Wanita itu naik dari dapur. Mungkin melihatkan aku keletihan, beliau meyuruh aku simpan kitab Yaasin tu.

Aku pun terasa bebas dari belenggu. Buat-buat lemah berjalan ke rak kitab-kitab. Meyimpan kembali kitab Yaasin tu.

Kedengaran bunyi motosikal ayah di luar rumah. Mata aku sudahpun mengantuk.

p/s: Mula-mula kena paksa baca ayat suci, memang memberontak. Kerana kehendak cinta dunia tak dapat dipenuhi jika berdamping dengan Quran. Tapi Alhamdulillah. Atas sebab peristiwa ini, aku jadi lancar baca Quran. Terima Kasih Mama!!

Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

14 comments:

bayang hitam said...

siapa lagi nak nak bacakan yasin utk mereka?kita la anak-anak... :)

Pert Doherty said...

To ah cai.. btol tu.. hehe.. cara didikan orang lama memang berkesan..

Anonymous said...

hehe...
watak umi kau memang gerun abis..

Anonymous said...

haha...bdk gembeng...bru kne tengking dh menangis...
klu kne hambat ntah camne plak...

Luv,
Nancy

Tupai Karan said...

"Adik dah kentut",

halahai cumelnyee..

yeah aku pun nak garang ngan anak aku nanti :)

Pert Doherty said...

to budak kilang.. gua amat takot pada mak aku ketika kecil.. hahaha.. gua sayang dia sangat..

Pert Doherty said...

To Nancy aka Awek Gua..

kena hambat gua nagis sambil berlari.. hahaha

Pert Doherty said...

To Tupai... haha.. gua pon nak join jadi paret yg garang.. keh2..

Anonymous said...

hahaha....
sambil belari dan berteriakan
'mama...jgn libas adik!!adik xnk wat lg..'

haha...adik..adik..



....me....

Pert Doherty said...

siot je.. kaw2 gua kne.. hehe..

Aly said...

abg gua lak buat2 amek air semayang dok dalam blik tutup pintu ngahaha cam ne gua tau? sebab gua pun dulu join sama dia
biase la tu kecik2 jahil lagi kan >,<"

Pert Doherty said...

haha.. kejahilan kita ni seronok diceritakan.. adakala terlalu bongok.. hahhaa... pdahal bkn susah pon arahan yg diterima.. sboleh2 nak mengelak.. hahaha.. macam2 hal.. haha

Aly said...

bkn stakat sronok diceritakan, tp utk jadik pengalaman kat kite gak..esok2 kite tau la bakal anak2 kite tu camne kan ngahahaha

Anonymous said...

hagagagaga...
lu cimet..wat wa tringat zaman kanak2 wa la.

-masta g-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...