Pada pagi tadi.. Aku terkejut dari tidor setelah terdengar suara Pete Doherty, "
Did you see the styslish..."... Aku pun bangun dengan relax-relax. Amik tuala pegi ke bilik mandi.. Lalalala menyanyi.. Sambil lihat kawan-kawan aku masih terbongkang.. kerana subuh pon belum masuk lagi waktu tu.. ada la dalam kol 5.30 lebih kurang..
Macam biasa la bangun pagi, kencing dulu. Pastu aku gosok gigi.. Lalalala sambung nyanyi lagi... Amik syampu Pantene, aku pon syampu rambut.. Lalalala... erk.. aku ternampak sesuatu yang bergerak-gerak di hujung dinding.. Dalam mata masih kabur-kabur di pagi hari.. aku cuba mgamati apekah entiti yang sedang bermain-main di hujung sana... Oh wat der fuk..
LIPAN!!..
Rajah 1: Lipan
Aku sememangnya seorang yang fobia terhadap binatang bernama lipan ni. Kerana ada pengalaman ngeri (lain kali akan diceritakan) bersama lipan ni. Dengan segera, aku mencapai tuala dan keluar dr bilik mandi. Aku mencapai pisau, sambil tu aku teringat yang pisau aku tumpul. Segera aku capai pula lesung batu.. Yeah!! Senjata yang menakjubkan untuk membunuh lipan.. Haha..
Rajah 2: pelan tandas ketika kejadian berlaku
Ape lagi aku pun...
SERANG!!!!
Haha.. Mula-mula, aku potong guna pisau.. Tapi jangkaan aku tepat yang pisau tu memang tumpul.. Masa aku tekan mata pisau tu kat badan lipan ni, dia sempat nak melilit kat pisau tu.. Celaka.. Nasib la pisau ni panjang gak.. Aku tenyeh gak.. kepala dah agak penyek di situ.. Haha.. (Gelak gaya Joker).
Tengok dia dah slow mengeliat, aku pon lepas la pisau.. Peh wa cakap lu, mentetel beb lari.. Ha. Ha. Ha.. Beliau belum sempat berlari jauh.. Tiba-tiba datang satu objek keras dan berat.. Yeah.. Sebahagian badannya sudah leper dan melakat di atas lantai bilik air aku.. Kemudian letusan kedua.. bertambah penyek dan kemudian aku bagi lagi hentaman lesung tu.. hamik kau jajan.. jadilah kau sambal belachan.. Sekian terima kasih...
Cerita Lipan lain di
Blog @hatitupai
haha.. silakan baca..