Aug 31, 2010

31 Ogos 2010: Gua berjaya mendapatkan..

2 minggu lepas rasanya,

Aku, Lim dan Ijat Bonggo 2.. Duduk berbual mnegenai kehidupan. Kami bual gaya mafia lama, tanpa ada keluarkan sepucuk pistol pun. Duduk dengan otak yang sarat dengan masalah. Bermula dari kisah 'Samad si penjual burger', hinggalah ke soal keimanan.

"Ko ada tau tak pasal 'The Secret'?", Lim tiba-tiba mengajukan soalan yang kurang masuk akal ketika 3 pagi bulan ramadhan.

"Ntah, pebenda 'The Secret'?", aku bertanya semula.

"Laa.. Korang tak tau ke?", sambil buat muka ye-ye terhadap aku dan Ijat Bonggo 2.

Suasana pagi itu tiba-tiba seakan-akan berubah dek kerana sifat ingin tahu aku serta Ijat Bonggo 2.

Si Lim pun menerangkan secara simpel dan mudah difahami. Aku pun pergi kencing.

(cerita yang ni nanti aku sambung lain kali.. Insya Allah)

*      *      *


Hari ni pula, aku pergi Bandar Penggaram. Cari bahan buka. Aku mundar-mandir di bazar.Last-last sangkut kat satu kedai. Dia ada tulis 'Beryani Kambing'.

Aku berhenti kat situ,

"Cik, kambing", aku memberitahu kemahuan aku kepada pak cik yang jual itu.

Beliau ushar aku macam aku pernah rogol kambing beliau.

"Beryani kambing", aku mengubah susunan kata-kata. Mungkin kata-kata tadi membuat hati beliau panas. Mungkin beliau berfikir aku mngatakan dirinya kambing. Tapi takkan dia tak tahu susunan ayat aku punyai tanda koma??

Beliau masih pandang paiseh lagi kat aku.

"Mungkin memang muka pak cik ni macam ni, atau muka aku macam Raul Albiol??", detik hatiku.

"Berapa? Satu??", tiba-tiba satu pertanyaan terpacul keluar dari mulut beliau.

"Haa..", itu je yang dapat keluar dari mulut aku setelah meneliti kelakuan pak cik ni.

Gua pun amik bungkus nasik tu, bayar RM6 dan mundar-mandir kembali.

*      *      *

Tiba waktu berbuka, aku landing dekat mapley yang ada kat Carrefour. (Time kat sini ada macam-macam cerita sebenarnya, tapi aku malas nak cerita, meresap)

6 ringgit pun 6 ringgit la.. Janji best. huhu
Aku buka je macam orang Islam normal yang lain. Tapi aku buka delay la dalam 5 minit, gara-gara kisah yang aku tak nak ceritakan tadi.

Habis makan, aku rehatkan minda bersama Si Harum, Si Gurih dan Si Nikmat. Mereka ni sangat paham kehendak aku. Mereka ini sayang pada aku. Mereka ini..... best.

Sambil Si Harum, Si Gurih dan Si Nikmat melayan kerenah aku. Fikiranku melayang-layang memikirkan kata-kata Lim dua minggu lepas. Mengenai 'The Secret'. Sebenarnya aku dah semakin mempraktikkan ajaran Lim ni dalam hidup aku dan banyak yang menjadi. huhu.. Terima kasih Lim. Terima kasih Tuhan kerana menghantar Lim untuk mengajarkan sesuatu kepada Pert.

"Aku mesti dapatkannya, minggu lepas aku datang takde, minggu ni mesti ada, kalau takde pun takpe, sekurang-kurangnya aku dah cuba", detik hati kecilku (lagi skali dalam entri ini).
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Aug 30, 2010

31 Ogos 1957: Tanah Melayu dijajah

31 Ogos 1957 itu tarikh untuk duduk dalam sangkar.

Cuba fikir, sebelum kita menandatangani kemerdekaan.. adakah kita tertakluk kepada peraturan-peraturan mengarut, undang-undang durjana inggeris? 

Selepas menandatangani Kemerdekaan itu, apa yang kita dapat?

Kononnya ini negara kita Malaysia. Tapi dari mana datangnya Malaysia itu? dan kemana hilangnya Tanah Melayu?

Gua bukan siapa-siapa, tak pernah lulus subjek sejarah. Tapi bila gua pikir-pikir, adakah benar 31 Ogos itu tarikh sebenar-benarnya kemerdekaan itu?
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Aug 29, 2010

Akhirnya 666




666
Nombor makhluk ganas aneh lagi gerun (The Number of Beast) adalah konsep dari Kitab Wahyu (Book of Revelation) dari Perjanjian Baru dari Alkitab Kristian, yang berkaitan dengan ciri-ciri "The Beast". Nombornya adalah 666 dalam kebanyakan manuskrip Perjanjian Baru, dan dalam terjemahan moden dan edisi penuh kritikan dari teks Greek.

Cerita di atas mungkin berkaitan dengan kisah yang aku ingin sampaikan. Ceritanya bermula dari Eddie..

Eddie: Aku jumpa "The Beast" dan aku lagi beast dari "The Beast"


 
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...