Oct 10, 2018

Sujud

"kau ok?"

"Tak ok"

"Takpe, kalau ko tak ok hari ni, esok mungkin ok"

"Aku pun fikir macam tu"

"Kau kena ingat satu, jangan bersangka buruk pada Tuhan"

"Betul, aku akan jaga pemikiran selagi boleh"

"Aku faham, ko bersedih, jadi banyakkan berzikir"

"Aku cuba, sambil sambil tu dengar lagu. hahaha"

"Takpe la, buat la cara mana pun, yang penting ko ingat pada Tuhan. Jika ko sentiasa ingat Tuhan, hati ko akan tenang, percayalah"

"Betul, bersyukur betul diberi peluang ingat di kala masih sihat"

"Takpe, rendahkan ego. Tak ke mananya dunia ni, kalau memang ada bahagian ko, Tuhan tu adil, akan sampailah bahagian ko"

"Takpe, aku dah ready untuk buangkan rasa cinta dunia. Apa yang ada di dunia ini hanya pelengkap untuk aku kembali kepadaNya"

"Kalau kau betul boleh buat macam tu, baguslah. Kalau belum sanggup, buat sikit sikit. Ingat jangan tinggal solat"

"InsyaAllah, selagi ada upaya kewajipan akan aku tunaikan, kau pula macam mana?"

"Aku? Kewujudan aku hanya bila Tuhan kehendaki untuk berbual dengan engkau, jadi kewajipan aku mungkin lain dengan engko."

"Hmm. hehe. takpe, yang penting kita sama-sama makhluk Allah, kita sama sama sujud kepadaNya"

"InsyaAllah."


Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Ekonomi

"Jadi ini adalah isu siapa betul atau salah?"

"Tak, ini isu memperbaiki bahagian-bahagian yang perlu dibaiki"

"Tapi semua baik sahaja, jadi apa masalahnya?"

"Masalahnya ialah ekonomi"

"Jadi siapa salah di sini?"

"Tiada siapa salah, cuma ada yang terasa"

"Kerana apa?"

"Kerana dunia dan ekonomi dan kewangan"
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Pilihan

Kalau mahu dunia ini ikut cara aku, nescaya tunggang langgang. Bila aku mengikut cara mereka pun tunggang langgang. Jadi mana dia jalan yang benar itu? Tunjukkan.

Lihatlah betapa egonya manusia. Mahu dia saja yang betul. Tuhan itu tidak pernah meninggalkannya walau sesaat. Mahukan hidayah juga masih berasa megah. Walhal hari hari kamu perlu tunduk. Jika hidayah itu tiba atau tidak, ingat kamu kena tunduk. Tunduk. Kerana kamu tiada hak sebenarnya untuk mengambil sifat sombong. Sombong itu hanya ada pada Tuhan. 

Tadi kau bertanya, mana jalan yang benar itu. Jalan itu sudah diterangkan sebanyaknya kepada kamu sejak kamu dilahirkan. Antara kamu mahu dengar atau tidak, itu pilihan. Hendak menetapkan dunia ikut kamu juga pilihan. Antara kamu mahu pilih jalan yang mana.

Kalau sedih pun kerana pilih untuk sedih. Cuma label dikemudiannya yang menentukan pilihan itu. Kalau marah pun kau boleh kerana itu pilihan. Segala yang namanya sikap dan kawalan akal, itu adalah pilihan. Yang kau tak boleh kawal adalah situasi. Itu sudah ditentukan.

Aku pilih untuk bersedih, dan mengadu pada Tuhanku. Betul atau salah aku serah pada Tuhanku. Kamu boleh saja menghukum aku mengikut pandangan kamu. Namu akhirnya Tuhan saja yang menentukan. Kalaupun dunia tidak mahu sama aku, aku mohon pada Tuhan supaya Dia menerima aku. Kerana aku tak perlukan dunia untuk menilai aku. Walaupun selama ini aku pilih untuk dinilai dunia. Maafkan aku Tuhan kerana melupakanMu. Jika ego itu membahayakan, buangkanlah jauh jauh. Jika dunia ini merosakkan, buangkanpah jauh jauh. Aku hanya mahu redhoMu. Ampunkan aku Ya Rohman.
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Lari

Kalau semuanya siap jika lari. Aku mahu terus lari. Tapi ilmu itu takkan sampai jika terus lari. Kena berhenti barulah jumpa. Apapun masalah yang diciptakan oleh Tuhanmu, segalanya adalah yang dipenuhi dengan intipati Yang Maha Penyayang. Jangan kau fikir jika diberikan masalah itu kerana tuhan mahu kau susah. Kasih dan sayang itu harus kau lihat. Betapa besarnya zikrullah jika mahu kau bandingkan dengn masalah yang menimpa. Kau fikir semua manusia dapat peluang mengingat Allah? Siapa siapa yang mencari dan disentuh sahaja dapat peluang ini. Tak kiralah cara mana, lihatlah pada akibtnya. Kalaupun susah, kau dipilih Tuhan untuk terus ingat padanya. Sebab itulah jangan lari. Jika lari itu menyelesaikan, maka ramailah yang lari dari neraka. Tapi kerana lari itu juga makhluk, apasaja makhluk boleh buat?


Jadi berhenti berlari.
Kuatkan iman.
Ingat masalah itu dari Dia.
Maka Dia juga penyelesainya.
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Sabar

Sabar. Tuhan ada dengan aku. Sabar.

Ada tempatnya orang sabar di dunia hanya untuk terima ujian kerana dirinya semakin kebal dan kebal setiap hari untuk mengharungi perlbagai jenis ujian. Adakalanya orang sabar itu hilang sabarnya dan mengadu pada yang bukan tempatnya. Walhal selama ini aduannya pada Yang Maha Tahu. Silapnya pilihan itu membuatkan hidupnya lagi teruk. Sepatutnya dari awal, dia tak perlu hilang sabar pun kerana Tuhan sudah memberikan padanya sabar itu. Jika mula hilang sabar itu, hanya perlu minta lagi sabar itu dari Tuhan. Semunya sangat senang sampai suatu ketika, dia terlupa meletak pengharapan pada makhluk. Jadi, tuhan pun tarik semula segalanya. Walhal, kalau dari awal dia terus berzikir mengingat Tuhan kan segalanya senang. Sekarang dia hilang arah. Jika tidak diperbetul apa silapnya dia pada makhluk, bagaimana makhluk tahu dia silap. Jika tidak pula diperbetul apa silapnyanpada Tuhan, bagaimana mahukan redha. Asalnya dunia ini tempatnya senang untuk dihadapai, tadi hati itu mudah terjatuh ke tempat yang bukan tempatnya. Jadi dia pun ambil jalan Tuhan kerana dia tahu makhluk tadi itu pun milik Tuhan. Di hanya perlu minta sabar itu semula diletakkan semula dalam jantungnya. Dia hanya perlu minta semula pada Tuhan supaya makhluk itu faham nilai aduannya tadi itu. Tidak semua makhluk diberi telinga untuk mendengar. Jadi apa yang boleh, mintalah pada Penguasa makhluk untuk memberi kebolehan mendengar itu. 

Tuhan, kembalikan sabar itu dalam jantungku.
Tuhan, kembalikan iman itu dalam jantungku.


Ni iklan datang dari mana ni? Cis!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...