Oct 10, 2018

Pilihan

Kalau mahu dunia ini ikut cara aku, nescaya tunggang langgang. Bila aku mengikut cara mereka pun tunggang langgang. Jadi mana dia jalan yang benar itu? Tunjukkan.

Lihatlah betapa egonya manusia. Mahu dia saja yang betul. Tuhan itu tidak pernah meninggalkannya walau sesaat. Mahukan hidayah juga masih berasa megah. Walhal hari hari kamu perlu tunduk. Jika hidayah itu tiba atau tidak, ingat kamu kena tunduk. Tunduk. Kerana kamu tiada hak sebenarnya untuk mengambil sifat sombong. Sombong itu hanya ada pada Tuhan. 

Tadi kau bertanya, mana jalan yang benar itu. Jalan itu sudah diterangkan sebanyaknya kepada kamu sejak kamu dilahirkan. Antara kamu mahu dengar atau tidak, itu pilihan. Hendak menetapkan dunia ikut kamu juga pilihan. Antara kamu mahu pilih jalan yang mana.

Kalau sedih pun kerana pilih untuk sedih. Cuma label dikemudiannya yang menentukan pilihan itu. Kalau marah pun kau boleh kerana itu pilihan. Segala yang namanya sikap dan kawalan akal, itu adalah pilihan. Yang kau tak boleh kawal adalah situasi. Itu sudah ditentukan.

Aku pilih untuk bersedih, dan mengadu pada Tuhanku. Betul atau salah aku serah pada Tuhanku. Kamu boleh saja menghukum aku mengikut pandangan kamu. Namu akhirnya Tuhan saja yang menentukan. Kalaupun dunia tidak mahu sama aku, aku mohon pada Tuhan supaya Dia menerima aku. Kerana aku tak perlukan dunia untuk menilai aku. Walaupun selama ini aku pilih untuk dinilai dunia. Maafkan aku Tuhan kerana melupakanMu. Jika ego itu membahayakan, buangkanlah jauh jauh. Jika dunia ini merosakkan, buangkanpah jauh jauh. Aku hanya mahu redhoMu. Ampunkan aku Ya Rohman.
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...