Oct 10, 2018

Lari

Kalau semuanya siap jika lari. Aku mahu terus lari. Tapi ilmu itu takkan sampai jika terus lari. Kena berhenti barulah jumpa. Apapun masalah yang diciptakan oleh Tuhanmu, segalanya adalah yang dipenuhi dengan intipati Yang Maha Penyayang. Jangan kau fikir jika diberikan masalah itu kerana tuhan mahu kau susah. Kasih dan sayang itu harus kau lihat. Betapa besarnya zikrullah jika mahu kau bandingkan dengn masalah yang menimpa. Kau fikir semua manusia dapat peluang mengingat Allah? Siapa siapa yang mencari dan disentuh sahaja dapat peluang ini. Tak kiralah cara mana, lihatlah pada akibtnya. Kalaupun susah, kau dipilih Tuhan untuk terus ingat padanya. Sebab itulah jangan lari. Jika lari itu menyelesaikan, maka ramailah yang lari dari neraka. Tapi kerana lari itu juga makhluk, apasaja makhluk boleh buat?


Jadi berhenti berlari.
Kuatkan iman.
Ingat masalah itu dari Dia.
Maka Dia juga penyelesainya.
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...