May 16, 2016

Time Heals Everything?

Ada satu kawan cakap pada gua, "masa akan menyembuhkan segalanya"

"yeke?", gua berkerut dahi.

"betul... contohnya sekarang, aku tengah tak sedap badan, esok lusa baiklah tu"

"ohh.. kalau barah macam mana? Bukankah efek barah ni stail berkadar langsung dengan masa?", gua tanya dia semula sambil gua terus membalut rokok pakai kertas wayang.

"emm.. betul jugak, tapi pada aku masa still akan membantu dalam menawarkan sesuatu"

"Itu bukan tindak balas masa.. itu tindak balas kimia dan fizik atas sesuatu bahan yang menyebabkan dia tawar.. masa itu cuma salah satu pemboleh ubah.. sebab segalanya yang ada dekat dunia ini terkait dengan masa.. kewujudan sesuatu itu tergantung pada tempat dan masa..  rokok kat tangan gua ni, kalau pada tahun 1994, tak mungkin rokok ni wujud pada tangan gua... dia boleh wujud kat tangan gua cuma pada saat ini.. jadi teori tempat dan masa itu kukuh.."

Gua letakkan rokok yang dah siap digulung ngam pada mulut kemudian gua kemam sedikit bahagian yang ada lining merah tu. Manis. Barulah kemudiannya gua nyalakan.

"jadi berbalik kepada penilaian engko tentang masa menyembuhkan segalanya.. adakah ianya benar atau hanya kata kata melankolik orang yang dah tak ada upaya atas sesuatu?", gua tiba tiba menaik bukan main bila berbicara hal hal ilmu seperti ini.

"emm.. entah lah, gua punya otak tiba tiba terangsang ni nak dengar lu punya pendapat", kawan gua stail malas nak berfikir dan cuba serah tugas berfikir pada gua.

"Masa takkan ubah sesuatu.. Masa cuma ukuran.. Walaupun pernah aku katakan masa itu makhluk, tapi setakat ini belum pernah manusia berjaya merekodkan masa secara visual. Jadi bentuk masa itu kita tak tahu melainkan dalam bentuk jam. Jadi adakah masa dikategori sebagai benda? atau jasad berjisim?", gua sambung sedut rokok. Gua pandang luar rumah. Gelap. Malam ini bulan tidak memancar. Gua berpaling semula pandangan ke arah kawan gua. Dia tersandar di dinding sambil memetik gitar sedikit sedikit. Gua jangkan fokusnya lebih tertumpu pada gua.

"Aku rasa masa ni tak lain tak bukan cuma satu haiwan liar", kawan gua bersuara.

Tak sempat mulutnya hendak ditutup, gua terus jek dada dia.

Gua kembali ke tempat asa gua berdiri dalam sekali henjutan kaki dan mendarat secara elit.

Kawan gua terjelopok, namun gua masih kemas tersisip.

Kawan gua mula buka mata semula.

"Berlawak berlawak juga, ada masa kita kena tidak berlawak", gua tiba tiba menjadi serius bukan main. Gua tak faham dengan gua masa tu.

"Ok.. sambung semula. Masa takkan ubah sesuatu. Sesuatu yang akan ubah sesuatu. Hal iniberkait dengan usaha. Kalaupun kau hidup seribu tahun dan kau ada air panas dan milo dan juga gula. Air milo takkan muncul kalau setakat kau bergantung pada masa. Sama juga konsepnya dengan 'Tuhan takkan ubah nasib satu kaum kalau kaum tu tak ubah sendiri nasibnya'... Masa cuma pengukur berapa lama kau handle dengan sesuatu masalah. Jadi masa takkan merawat segalanya", gua terang panjang lebar stail macam golongan bijak pandai. Gua akhiri dengan rokok gua ketis secara merata.

"tu la.. ", kawan gua cuma boleh 'tu la'. Gua geram betul.

Lelaki. Kalau nak berbual secara deep ni tak lain pasal perempuan. Kawan gua kononnya hendak bercerita masalah cintanya, namun gua terlalu menilai puitis ayatnya itu secara saintifik. Akibatnya perbualan kami masuk lebih mendalam kepada hal hal alam semesta.

Perbualan kami berlanjutan daripada hal wanita kepada hal seni. Berbicara mengenai seni ini adalah bosan jika hendak ditulis kerana banyak perkara seni ini wujud atas dasar ekspresi, interpret dan juga buah fikiran yang dibuat-buat, jadi tak perlulah digembar-gemburkan sangat.

Namun dari hal seni itu tidaklah salah jika kami selitkan dengan lawak lawak bijak serta lawak-lawak lucah. Perkara sedemikian adalah biasa supaya hidup ini dapat diraikan dengan lebih mendalam. Kami berbual secara terbahak-bahak sehinggakan iblis pun turut serta.


p/s: entah, ada orang percaya yang 'masa akan menyembuhkan segalanya'.. tapi ada juga yang berpendapat 'masa tidak menyembuhkan apa apa pun, tindakan yang akan mengubah sesuatu, kerana masalah terus tidak selesai jika engkau lepaskannya pada masa, dan biar lama mana pun, kalau kau pergi balik kat situasi masalah tu, dia akan kekal macam tu selagi tak ambil apa tindakan'.. tapi ada juga percaya 'manusia ini rawak, jadi tindak tanduknya juga terkait dengan masa'.. dan akhirnya pergilah mati. yang penting aku nak 'enjoy the little things'...

Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...