May 1, 2016

Pendita

"Banyak mana yang kita keluar untuk kucing ni takpayah risau, dia akan balik punya pada kita", ada suatu gadis yang menarik perwatakannya cakap pada gua.

"Yeke?", gua angkat kening tinggi pesen tak tahu benda. Puncanya ada siaran badminton di televisyen sambil gua pun agak hilang tumpuan akibat dari terfana melihat gadis berkata kata macam seorang pendita kucing.

"Iye", sambutnya dengan tenang.

Gua tak cakap banyak terus terangguk angguk dengan mulut terkatup. Kali ini benarlah orang kata, "Pendita kucing bentuknya bukan main menawan malah tenang lagi".

"Eh, tuan pendita, bagaimanakah caranya saya ingin mengubati penyakit kucing saya ini?"

"Sakit bagaimakah itu?"

"Dia berkurap, tuan pendita"

"Ohh, sapu minyak masak"

"Oh, yakah? Semudah itu sahaja?"

"Iya", sekali lagi dia menjawab dengan sungguh tenang sambil tersenyum menampakkan barisan gigi hadapannya dan dari kedutan senyuman itu dapat kelihatan kecacatan otot bawah bibir sebelah kanan yang mempamerkan kependitaannya.

"Lepas itu kena bawa ambil injection", sambungnya lagi.

"Haa?", gua semacam orang tolol meng'haa'.

"Yela, minyak tu nak bagi kurap tu tanggal je, selebihnya kena bagi injection", dia terus menjawab tanpa gua menerangkan soalan gua. Kependitaannya dipamerkan sekali lagi.

"Ohhh, kucing saya kecil sahaja", gua terangkan padanya tentang ukuran kucing tersebut sambil tangan gua diapungkan di atas meja dalam jarak lebih kurang setengah kaki dari paras meja.

"Oh, kecik lagi tak boleh hantar klinik", pendita itu menerangkan sambil dahinya sedikit kerut namun kerut itu tidaklah terlalu kerut seperti engkau kusut berurusan dengan Isak Rizkov.

"Haa?", gua kembali kepada situasi tadi, otak gua kosong dan gua menjadi terlalu naif bila mempersoalkan hal kucing ini. Semua input baru bagi gua. Pengalaman gua mengenai dunia terlalu tipis sehinggakan hal hal merawat kucing pun gua buntu. Betullah ada suatu pepatah, "Jika kau belum dapat pengetahuan merawat kucing, kau belum cukup DIY".

"Dia pasal injection untuk sakit ni ubatnya panas, nanti satu badan kucing jadi panas lepas injection, kalau yang kecik ni bahaya takut panas sangat", sekali lagi tanpa gua menerangkan segalanya dia seolah olah sudah tahu persoalan di kepala gua.

"Oh, jadi saya hanya perlu menyapu minyak masak sajalah ni?", gua bertanya.

"Benar wahai orang muda", dia berkata sambil tersenyum namun kali ini mulutnya rapat. Walaupun mulutnya senyum rapat, kecacatan otot itu masih dapat dilihat dengan mata kasar.

Gua tergamam.

Dalam ketika itu juga kilat tiba tiba sabung menyabung, suasana menjadi hiruk pikuk. Ada beberapa puncak bangunan terkena panahan petir dan berkecai. Ada juga beberapa kenderaan terbakar dipanah petir. Bau kebakaran itu kurang menyenangkan.

Gua terus berdiri dan melangkah keluar kawasan kedai untuk melihat keadaan sekeliling.

Orang ramai bertempiaran lari, kebanyakan lari ke kawasan kedai kedai runcit, kedai makan, dan juga mana mana kedai yang ada cash register.

Tidak kira kaum, tidak kira jantina, tidak kira status, tidak kira imam atau tidak, tidak kira penjawat awam, tidak kira ahli politik, tidak kira ahli dalam bidang menggoreng, tidak kira foreman, tidak kira penjual rokok seludup, tidak kira apa pun, semua berpusu pusu menggunakan waktu bencana ini untuk menyerang kawasan yang ada sumber wang.

Saya kembali memandang belakang, pendita itu masih senyum di situ tenang seperti tadi.

Saya kemudannya menoleh semula ke arah kawasan yang huru hara tadi, dalam masa sekejap saja kedai kedai sudah dipecah dan dirompak orang ramai.

Saya geleng kepala.

Saya kembali duduk bersama pendita dan menyambung cerita mengenai ular dan review terhadap 'Ada Apa Dengan Cinta 2'.

Pendita senyum.

Saya senyum.

Kilat sabung menyabung.


p/s: akhirnya Liverpool kalah. gampang. Tapi boleh tak kalau hari ini.......
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...