Nov 9, 2014

Palm Strike

Pada beberapa tahun lepas, saya bersama seorang lelaki kaukas telah mengembara ke kawasan Roma. Kami pergi ke sana melalui jalan sutera. Sepanjang perjalanan kami cuma minum air dan makan sayur sahaja. Daging kami tolak tepi. Namun kebanyakan hari dalam perjalanan kami berpuasa dengan tekun.

Lelaki kaukas baru sahaja selesai kencing di balik pohon oak. Saya tunggu di tepi unta. Sambil mengezip seluarnya, lelaki kaukas itu memanggil saya. Tiba-tiba lelaki kaukas itu memekik bukan kepalang. Saya jadi tidak tentu hala. Dan lelaki kaukas itu terjelopok dan mengerang. Saya terus mendekatinya sambil memerhati sekeliling, takut takut ada kumpulan perompak yang menyumpit lelaki kaukas itu. Saya masih dalam keadaan berjaga-jaga tertoleh toleh ke merata pelusuk semak pokok holly. Lelaki kaukas itu masih mengerang menumbuk numbuk tanah. Kelihatan darah membasahi tanah.

"Mungkin ada tembakan anak panah mini tadi...", persoalan muncul di kepala saya.

Lelaki kaukas itu menjerit jerit lagi.

"Woi diam sikit, aku nak dengar mana tahu ada penjahat dekat dekat sini", aku menegur perbuatan lelaki kaukas itu.

ARGGHHHHHH!!!!

ARGHHHHHHH!!!!

"Senyap sikit la syaitan!!", suara saya mula meninggi.

ARGGHHHHHH!!!!

ARGHHHHHHH!!!!

"Kau ni fuck betul", saya merendahkan kembali tona suara sambil menghunus pisau rahsia yang tersisip di pergelangan tangan kanan belah dalam. Pisau ini dilengkapi dengan satu suis yang membolehkannya keluar dan masuk dengan lancar.

ARGGHHHHHH!!!!

ARGHHHHHHH!!!!

Tangan kiri saya memegang bahu kanan lelaki kaukas itu dan tangan kanan saya membuat suatu palm strike ke arah halkumnya. Dengan itu, saya punya pisau rahsia itu merodok masuk ke dalam esofagus.

PLUP... PLUP.. PLUP..

Darah menghambur keluar dari kawasan tekaknya.

Dan saya kembali mengamati keadaan sekeliling, takut takut ada perompak.



p/s: saya pernah membaca fakta bahawa palm strike ni lebih power berbanding tumbukan biasa. Tumbukan biasa akan menyebabkan tangan anda sendiri sakit. Ada fakta juga mengatakan, bila berlawan dengan beruang, palm strike ni amat berguna. Entahkan benar entahkan tidak.
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Nov 7, 2014

Pemetik Api

Suatu hari siang di suatu negara yang agak dingin.

Di suatu bangku di sebuah taman, gua sedang membalut tembakau mengguna kertas Wayang. Kertas lain gua ok je, tapi takda manis. Tak berapa ngam.

Sedang gua menggentel kertas bagi ketat, tiba tiba seorang wanita memakai shawl rupanya persis Rosamund Pike namun lebih asian melintasi hadapan gua lalu menegur, "encik, boleh pinjamkan saya pemetik api?".

Gua terpegun melihat raut wajahnya. Tangan gua berhenti menggentel.

Di belakang wanita persis Rosamund Pike itu muncul pelangi berbentuk segitiga sama sisi. Dan gua lihat beberapa ekor dolfin berenang di celah pelangi itu. Gua merasakan bumi bukanlah lagi berbentuk sfera, namun bumi sudah menjadi bentuk dadu. Bahawasanya kapal yang belayar sehingga ke sudut  hujung bumi akan merasakan penerbangan sementara dan jatuh kembali ke permukaan bumi yang seterusnya. Di belikat gua tiba tiba macam tumbuh otot baharu yang kadar pertumbuhannya terlalu pantas sehingga gua kaget dan berpeluh-peluh di hujung mata. Wanita persis Rosamund Pike itu masih di hadapan gua, mulutnya macam memekik sesuatu. Gua rasa tak sedap hati mungkin otot tambahan di belikat gua ini adalah kesan ilmu hitam perbuatan wanita ni. Mungkin wanita ini sedang baca mentera.

Dalam keadaan yang kelam kabut itu, gua nampak wanita itu mencabut sandal belah kanannya lalu menghayun ke arah wajah gua. Pandangan gua gelap.

*      *      *

Gua tiba-tiba bingkas bangun lalu merasakan pipi gua pedih macam kena lempang cikgu disiplin yang paling gua tak suka. Rupanya sejak dari tadi gua berbaring di pangkuan wanita persis Rosamund Pike ini.

Gua pandang dia.

Dia senyum sedikit sambil mengangkat kening. Macam bermaksud, "kau ok?".

Gua senyum sambil berkerut dahi.

Gua ushar belikat gua, sayap gua dah tumbuh habis rupanya.

"Boleh pinjam pemetik api?", wanita itu bertanya lagi.

Gua mengeluarkan pemetik api dari kocek seluar menghulurkan padanya.

Dia menyalakan api dan membakar shawlnya dan kemudian api membakar seluruh tubuhnya dan dia menjadi abu dalam sekelip mata. Yang tinggal hanyalah debu dan juga pemetik api.

Gua ternganga. Namun tangan gua sembung menggentel rokok, dan gua cuba cuba mencapai pemetik api yang termasuk dalam timbunan debu.

Sedang gua cuba mendekati timbunan debu itu, suatu letusan muncul dari debu itu. Wanita persis Rosamund Pike itu muncul semula lengkap dengan sut armor seakan akan pejuang angkasa. Tangannya memegang cota.

"Adakah kau ahli silap mata?", gua bertanya.

"Bukan, aku adalah spesis Phoenix", wanita itu seraya menjawap.

"waaaaaa...", gua berasa kagum bukan main.

"Jadi kau boleh terbang?", gua bertanya lagi.

"Haah", wanita spesis Phoenix itu jawap pantas.

"Jom kita mengembara ke kawasan pergunungan", gua memberikan buah akal.

"Mari", wanita itu terus mengikut.

Kami pun terbang ke kawasan pegunungan sambil berpimpin tangan.



p/s: Abe membeli piza dan kami makan di rumah. Namun piza sudah sejuk. Gua telan pakai neskefe.

Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Nov 2, 2014

Rasukan

Ramai (baca: 2-3 orang) bertanya mengapa saya tidak menulis lagi di blog.

Saya pun tidak tahu menahu sebab musababnya. Ada yang mengatakan ini adalah satu keadaan di mana seseorang itu dihasut syaitan, jadi mereka yang dihasut ini akan menjadi malas yang tak fasal-fasal. Saya pun dah tak menulis perkara-pekara yang jenis melawan, perjuangan atau apa-apa pendapat mengenai hal semasa, contohnya hal pegang anjing, saya tak masuk campur. Tapi saya ada pendapat sendiri juga. Cuma kali ini saya tidak berminat hendak berpendapat sangat.

itu belumorang bertanya tak tangkap gambar lomo lagi ke. Lagi tak tahu aku nak cerita. Tapi kalau ada sponsor filem dengan cuci filem, aku sambung tangkap gambar jugek ni.

"woi, datang meru lah", husen talifon gua.

"jap ah", gua terus letak talifon.

sebenarnya gua tengah tune balik nak menulis ni.

asik melukis je pun boleh jadi gila kau tahu.

sesungguhnya gua ada beberapa projek tak jalan ni.

dan sesungguhnya kali ni gua tulis macam kena rasuk syaitan yang tak best. Gua harapkan dirasuk syaitan penulis atau typist.


Ni iklan datang dari mana ni? Cis!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...