Mar 18, 2014

Paus Biru

"Ini adalah tragedi!! Ini adalah tragedi!!", Yunus membentak bentak secara tidak tentu hala. Saya yang sedang membaca. Ya, membaca buku ilmiah berasa tidak senang dengan sikap Yunus itu. Namun, saya pendamkan sahaja perasaan tidak senang itu. Saya sambung membaca mengenai 'Kepupusan Paus Biru'.

"Kau tahu tak pasal bende ni?", Yunus mengaju soalan kepada saya.

"Pasal kapal terbang?", saya bertanya semula untuk kepastian sambil dahi saya bekerut. Untuk memahami cara ikan paus bersetubuh dan memikirkan berita masa kini pada masa yang sama adalah sesuatu yang agak rumit jika dibandingkan dengan pengamiran tiga peringkat. Jadi secara tidak langsung kerutan dahi akibat rangsangan otak akan muncul secara tidak fasal-fasal.

"Bukan!!!", Yunus memekik.

"Abis pasal apa bende?", saya bertanya semula padanya.

"Ini adalah tragedi!! Ini adalah tragedi!!, takkan itu pun kau tak tahu?", Yunus act macam bagus dengan menyoal pula, bukan bertanya lagi. Ini adalah suatu sikap yang fucking terrible. Dan saya sudah mula tidak faham dengan bacaan saya yang mengaitkan kapitalisme dengan kepupusan paus biru, dan Yunus ini pula boleh jadi akan meninggal akibat sikapnya.

"Bende kau ni?!", saya pula rasa naik angin.

"Ini adalah tragedi!! ini adalah tragedi!!", Yunus tidak sudah sudah memekik-mekik.

"Pasal bomoh lawan KJ?", saya mula mengikut rentak Yunus.

"Bukannn!!! Ini adalah tragedi!! Ini adalah tragedi!!!", Yunus semakin rancak memekik, dan kini dia semakin berani, dia mula membuat tarian golongan aztec meraikan tuhan matahari. Saya semakin tidak senang dengan perlakuannya. Sebenarnya tidak mudah bersahabat dengan golongan yang berpegang pada animisme. Jadi saya biarkan sahaja dahulu apa tidakan Yunus selepas ini.

"Ini adalah tragedi!! Ini adalah tragedi!!" Yunus yang semakin rancak itu sudah mempunyai rentak dari segi alunan suara dan juga tariannya.

dan saya tanpa berlengah terus memberi suatu henjutan keras menggunakan kaki kanan tepat pada ari-arinya. Dan skrotumnya pecah akibat serangan yang terlalu pantas yang tidak dapat dilihat menggunakan mata kasar itu. Lantas Yunus terduduk sambil mengerekot memegang kelengkangnya yang sudah berdarah teruk. Darah tidak henti-henti keluar.

"dan ini adalah tragedi dari erti kata sebenarnya!!!", saya mengeluarkan suara yang agak kuat. Tatkala habis saya bersuara kilat sabung menyabung. Dan darah Yunus semakin laju keluar dari pembuluh darahnya. Suasana menjadi hanyir bukan main. Saya tiba-tiba ketawa kuat macam orang hilang pedoman. "Ini adalah tragedi.....", Yunus masih bersuara namun masih dalam postur tadi.

Saya berjalan mengundur sambil ketawa dan saya terbang bersama buku ilmiah tadi menggunakan suatu tukul yang datang entah dari mana. Saya menjadi risau juga jika penerbangan ini diancam pengganas. Namun saya cekalkan hati, sambil mulut tidak henti henti membaca ayat kursi. Saya terus terbang melepasi komulonimbus dan akhirnya tiba di Asgard. Saya pun menampar semua penduduk Asgard yang tidak menutup aurat. Dan mengajak semuanya memeluk Islam. Namun mereka menolak, kerana mereka juga ada ajaran yang menyuruh mereka menyembah Tuhan Yang Esa. Mengikut kata merekalah, jadi saya tidak mahu berbalah yang bukan bukan, saya pun kembali ke bumi normal dan membuka peti sejuk untuk minum air sejuk.

Kemudian, saya mencari kerusi dan sambung membaca 'Kepupusan Paus Biru'.

Yunus meninggal.

p/s: boleh tahan lama jugek gua tak tulis ni..
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...