Jan 6, 2013

Motor

Majlis yang ada BBQ sungguh seronok jika diraikan bersama rakan-rakan ketika hari yang cerah. Jadi suatu hari itu saya pun meraikan bersamalebih kurang tujuh lapan kawan. Masing-masing yang beskar ahli pengakap menonjol ketika itu.Saya sebagai bekas PBSM, Kadet Bomba, dan juga Kadet Polis tidak mengelibatkan diri sangat ketika aktiviti menghidupkan api. Saya lebih gemar mengawal Ezio Auditore ketika mereka semua yang bekas pengakap bertungkus lumus menghidupkan api.

Maka, tak lama kemudian api pun hidup. Semua gembira.

Saya pun tiba-tiba menglibatkan diri.

Ketika kami bersuka ria membakar ayam, mengawal api, bergurau senda, bersalam-salaman, tiba-tiba muncul seorang adik dalam lingkungan darjah empat. Adik itu membawa motor EX5 dan melabuhkan motor berdekatan dengan kawasan majlis. Jadi kami ambil jalan untuk tidak endahkan dia. Ini tak lain tak bukan nak makan free la ni.

Kami pun sambung membakar, mengawal api, bergurau senda dan bersalam-salaman.

"Assalamualaikum abang", adik yang bawa motor EX5 tadi memberi salam sambil mencuit punggung salah seorang daripada rakan rakan.

Kami semua angkat kening hairan.

"Tumpang tanya", sambung adik itu lagi.

Kami semua masih angkat kening hairan menunggu luahan adik itu.

"Abang tahu tak ni motor siapa", sambil jarinya menuding ke arah motornya itu.

Kami angkat kening lagi hairan.

"Entah, dah kau yang bawak apa bukan motor kau", kami jawab serentak.

"Ini motor saya la", jawab adik tadi.

"Babi", kami jawab serentak dan melempang adik itu serentakjugak.

Begitulah cerita di sebuah perkampungan yang aman sentosa.





p/s: woi ni macam mana woi, macam mana woi, macam mana woi.
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...