“Klaudiaaaa”, ulangnya lagi. Kali ini lebih menekan.
“Ha ada apa bu?”, jawab perempuan remaja berambut pendek lepasan maktab tentera yang tadinya sedang berlatih jurus ‘Tinju Pemecah Atom’ di dalam bilik ‘Higgs’, kini terkocoh kacah muncul di gerbang dapur. Tangannya berpaut pada tiang rom yang tinggal separuh dijadikan kemasan pada gerbang ke dapur.
“Kau telegraf pada Wak Khosen, beritahu suruh hantar oksigen”
“Ok… eh, bukan 13 jam tadi Wak Khosen dah hantar?”, Klaudia sangsi sambil kening kanannya terangkat sedikit. Berkerut juga dahi Klaudia berikutan kening menaik sedikit.
“Ibu tadi bagi 15 liter pada paderi”, jawab perempuan umur pertengahan itu sambil lewa. Pinggan-pinggan sudah tersusun rapi pada bakul mengetus.
“Oh yelah”, Klaudia angkat kedua-dua kening dan mengemam bibir ke dalam mulut. Terus berpaling berjalan menuju tangga turun yang ada di kiri gerbang tadi. Tangga turun itu akan membawa Klaudia kepada bilit telegraf yang terletak di bawah paras batu karang. Dalam keluarga Klaudia paling mahir menelegraf.
Keluarga Klaudia merupakan usahawan putu bambu di Air Hitam. Dan Wak Khosen pula bilionwan yang mengurus urusan jual beli oksigen di kawasan Johor. Wak Khosen ada balaci dia, orang telegraf pada dia, dia akan suruh budak-budak dia hantar oksigen ke tempat-tempat yang memerlukan oksigen. Johor setakat ini telah menjajah Temasik dan juga kepulauan Riau serta tambahan selatan Pahang.
Walaupun cerita Johor menjajah memang menggemparkan, namun pasukan bola sepak Malaysia masih begitu juga akhirnya. Tidak layak ke Piala Dunia. Tahun depan, Indonesia bakal jadi tuan rumah untuk kempen Piala Dunia kali ke 30. Jadi, oksigen-oksigen di Indonesia mahu tidak mahu terpaksa dicatu bagi menyediakan bekalan yang cukup untuk persediaan majlis berkenaan bola sepak yang gilang gemilang itu. Ada kala, terdapat juga penyeludup oksigen yang bebal dari Johor tak pun Batam. Oksigen sekarang lagi penting dari nasi. Tapi masih lagi ada orang macam tiada akidah pergi jadi penyeludup oksigen.
* * *
p/s: asalnya gua malas nak publish. tapi pergi mampus ah.