Jul 24, 2009

Road To UTHM X-Games : Membaiki Obstacles

Gergaji??


Selepas Solat Jumaat (24 Julai 2009), kami bertiga (Aku, Wiwit dan Suhaimi) bergerak ke Air Hitam untuk pergi menyiapkan Operasi Pembaikpulih. Segala obstacles (launcher, box, dan rail.. ni budak-budak skaters paham la. aku pun amik info ni dari Suhaimi) telah diangkut ke bengkel Acey (juga salah seorang pejuang papan selaju di Malysia pada suatu ketika dahulu) pada hari sebelumnya.

Dalam pukul 3 lebih, kami sampai dan mula mecabut plywood pada launcher dan box. Mula-mula kami nak cabut skru, tapi memandangkan semua skru dah karat gile babi, kami pun bertindak ganas terhadap plywood-plywood tersebut.. hahaha.. Dengan mengguna tools yang agak menggerunkan, kami kopakkan segalanya.. Hahaha..



Percubaan Suhaimi memcabut skru


Kesan luluhawa. Akibat membiarkan barang besi selama setahun terdedah di kawasan terbuka



Percubaan Aku dan Wiwit menggunakan kekerasan terhadap benda mati


Setelah berjaya mencabut papan-papan tersebut, kami berehat jap menunggu Acey balik dari mana nth. Haha.


Rangka 'Box' setelah papan dicabut

Tak lama lepas tu, Acey pon sampai. Terus mengajak kitorang ke kedai untuk mencari bahan-bahan untuk menyiapkan 'Operasi Pembaikpulih'. Kat kedai kitorang beli 3 plywood baru, 2 tin kecik undercoat, dan 1 tin besar cat kaler merah. Kos untuk semua itu ialah RM223.00.


Suhaimi dan Wiwit ketika dalam perjalanan ke kedai hardware


Balik dari kedai terus sambung keje balik, kerja menggergaji plywood. Acey pulak pergi menyelesaikan masalah kerosakan pada rangka-rangka besi. Ada bahagian rangka yang sudah melendut, dan perlu di-jek.


Acey sedang meng-jek rangka yang ada masalah obesiti


Kami bertiga meneruskan perjuangan dengan menggergaji. Papan-papan diukur untuk dipotong.



Percubaan Suhaimi menggergaji kayu


Dah puas potong-potong. Kitorang pegi tolong Acey baiki rangka tu pulak. Sebab bahagian tengah pun dah melendut. Terpaksa pakai cara lain. Tak boleh nk jek lagi. Kitorang pun ramai-ramai henjut biar besi tu tegak balik. Lepas dah tegak, Acey tambah lagi besi sebagai tongkat biar tak melendut lagi.



Kerja-kerja pemasangan plywood


Kemudian rail pulak dikerjakan. Suhaimi kata rail tu agak tinggi so nak rndahkan dengan potong kaki rail tu. lebih kurang 2.5 inci dikurangkan.




Acey sedang putong kaki rail


Petang tu kitorang tak dapat siap sume skali. Berhenti rehat jap kt pekan Air Hitam tu. Aku oder teh 'o' ais ngan nasi ayam. Dah penat-penat, pastu dapat makan. Pergh.. Enak!! Gambo aku xde amik time makan, haha.. Acey payung makan. Thanx Acey. Huhu..

Malam sambung kerja balik, dalam kol 8 lebih la start. Kitorang wat kerja pasang plywood. Sambil Acey welding balik tapak untuk rail. Dalam kol 9 lebih, Wiwit balik dulu sebab ada hal. Kerja diteruskan oleh aku, Suhaimi dan Acey je. Haha..

Akhir skali dekat pukul 10 gak siap sume. Angkat naik lori dan bergerak kembali ke UTHM.


Kejayaan!! Semua obstacles dah naik atas lori.


Hahaha.. Akhirnya semua siap dengan jayanya walaupun ada macam-macam masalah ketika buat kerja. Haha.. Thanx kepada Wiwit, Suhaimi dan terutama Skali Acey yang bertungkus lumus menyiapkan kerja dalm masa 6-7 jam. haha.. Cheers!!

Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...