Jul 12, 2009
Kluang Railway Station: Kopi 'O' + Roti Bun Kaya
Selama 20 tahun aku hidup, ni 1st time aku jejak kaki kt Jalan Station kt Stesen Kereta Api Kluang. Segalanya berpunca daripada persahabatan antara aku, Wewet, Kroko, Ihsan dan Mirul. Budak serumah aku kecuali Kroko. Tapi dia yang selalu setia meneman aku.. Haha.. Romantisme lelaki..
Target utama pada hari ni adalah AKUARIUM yg paling murah. So, kitorang pun bergerak dari Parit Raja ke Kluang sambil meronda-ronda.
Mula-mula pegi kt Kluang Mall. Takde hala tuju. Ronda-ronda kt dlm tu smpi cacat.
Dah abis pusing-pusing dalam tu. Kitorang terus mencari
tempat ngeteh. Last-last smpi la kt Jalan Station. Tempat ni disarankan oleh Wewet. Dia cakap cam ni "Jom kena kopi ngn roti bakar". Kitorang tak cakap banyak, just ikut je.
Ape lagi kitorang terus ke Kluang Railway Coffee iaitu tempat ngeteh. Hoho.. Kitorang sampai memang penuh. Tapi tak lama dapat gak meja.. Sampai-sampai, kitorang order Kopi. Of course la, kt situ kan kedai kopi. Dan juga roti bun bakar inti margerin+kaya.
Aku order Kopi O + Roti Bun (margerin+kaya). semuanya RM2.10. Huhu.. Orait ar tu. Lebih kurang macam mkn kt mamak je..
Sambil melupakan tujuan asal kitorang ke Kluang. Lepak-lepak dan berbual ala golongan korporat. Haha. Habis licin kitorang makan roti. Siap 2nd round lagi. Huhu.. Cheers.. Hebat-hebat belaka perut mereka.
Yeah! penyudah yang mantap. Enak dan pasti aku akan datang lagi bersama yang tersayang. Huhu.. :)
p/s: Mmm. pasal akuarium tu last-last kitorang beli kt Parit Raja je sebab harganya beze giler. Kt Kluang harganya RM45. Kt Parit Raja harganya RM20 je. haha..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
tak halal la ini tempat bro...
kopi railway xhalal..
Post a Comment