Nov 24, 2010

Harta Pusaka dari Bapak Gua: Yashica FX-7

Itu hari masa gua kat rumah, gua terfikir untuk cari barang untuk kegunaan fotografi gua. Gua rasa-rasa mahu tangkap gambar waktu malam.Dan gua perlukan tripod dan juga shutter release cable.

Gua ada teringat yang bapa gua ada tripod dan juga shutter release cable.

Gua baring dahulu sambil mengingati tempat penyimpanan barang-barang itu.

Sambil gua terdengar ibu bapa gua berborak tanpa gua tahu butir-butir percakapan mereka. Gua sambung imaginasi.

*      *      *

Petang itu, gua bersiar-siar di sekeliling kawasan rumah. Dan gua ada nampak satu kawasan mencurigakan di kawasan rumah gua. Gua masuk kawasan yang berpagar itu tanpa memikirkan akibat yang bakal gua terima.

Tak sampai 3 saat gua masuk, gua terpandang satu susuk objek yang amat gua kenali.

"TRIPOD!", jerit hati kecilku.

Gua abaikan dulu. Gua terus mernagkak dia kawasan itu.

Banyak buku juga di situ, tapi gua tak ambil pusing. Gua terus merangkak dan merangkak. 

Dalam separa sunyi itu, gua ternampak satu beg yang agak usang.

"Selalunya maka aku takkan letak beg di kawasan ini, selalunya dia mesti simpan dalam rumah ataupun bakar sahaja", gua bermonolong antara nak tak nak.

"Mesti ada sesuatu di dalamnya", hati gua terdetik dengan yakin gua capai beg usang itu dan juga tripod.

*      *      *

Sampai dalam bilik, gua keluarkan satu per satu isi beg itu.

-
-
-
-
-
-
-

Yeah!! hebat.
Set Yashica FX-7. Walaupun biasa sahaja pada sesetengah fotografer, tetapi gua tetap gembira dengan penemuan ini.

Sedang gua belek-belek kesemua barangan itu, tiba-tiba bapak gua muncul.

Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Nov 22, 2010

Lagenda Mafia Malaya: Alperto Salvatore Brusca


Gua kenang balik masa gua ganas dahulu. Gua memang banyak makan sayur. Kebanyakan mafia-mafia lain takut dengan gua salah satu sebab adalah kerana gua ada bela kucing.Dan gua pula jenis bukan penyabar.

Tak banyak dapat gua tulis kali ini. Dari gambar itu lu orang dah tahu gua ni jenis macam mana.



(ini adalah sequel Antara Sahabat, Sijil dan Senapang Thompson (PART 1))

Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Nov 21, 2010

Antara Sahabat, Sijil dan Senapang Thompson (PART 1)

Itu hari, gua ada perjumpaan mafia. Macam biasa sebab gua ni abang besar, budak-budak agas jemput gua. Gua dah biasa dengan feeling ni. Tiga tahun lepas, gua lagi garang. Asal salah sikit gua pukul, tak perlu cakap banyak. Tak salah pun gua henyak.

Berbalik kepada perjumpaan mafia itu, gua dijemput atas sebab gua banyak link kat tempat yang mereka tuju itu. Bandar Bukit Sarang Semut. Dulu waktu gua agas, gua dengar-dengar nama itu pun ada sikit seram jugak. Tapi semenjak gua jadi panas baran, semua reti hormat sama gua.

Ok berbalik lagi sekali kepada cerita asal, perjumpaan mafia. Semua atas sebab seorang sahabat lama mahu ke sana mengambil sekeping kertas yang agak berharga bila di Malaysia. Katanya, beliau dah nak masuk alam pekerjaan, jadi kertas itu semakin penting. Gua tiada hal jika ini melibatkan masa depan kawan-kawan. Gua memang mementingkan persahabatan. Lagi satu sebab mereka mengajak gua adalah untuk perlindungan. Gua dah kenal sangat gengster-gengster di Bukit Sarang Semut itu semua baru nak naik. Jenis yang lipat lengan baju sampai bahu, tunjuk tatu gula getah. Gua tak hairan la kalau Persatuan Gengster-Gengster Malaysia (PGGM) akan terkubur suatu hari nanti bila melihatkan generasi baru alam gengster ini semakin buruk akhlaknya.

Maaf, kita kembali kepada cerita asal semula ya. Sahabat lama ini sering gua panggil dengan nama Mesut Kordi. Gua tak mahu menyatakan lebih lanjut mengenai hal ini, ini berkaitan maruah.

Sahabat gua yang gua maksudkan itu


*      *      *

Subuh ahad itu, gua baru sahaja menyelesaikan tanggungjawab gua. Kelihatan seorang kuli gua sedang mengemaskan barang-barang gua untuk ke Bukit Sarang Semut. Lengkap semuanya, rocket launcher, mini gun, desert eagle, dan juga senjata kegemaran gua senapang Thompson serta parang. Semuanya disertakan dengan unlimited ammo. Tapi gua tetap gemarkan senjata mafia lama-lama. Lebih-lebih lagi gua suka bertempur secara bersemuka, bukan serang hendap.

Ni iklan datang dari mana ni? Cis!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...