Nov 26, 2018

Hak dan hormat

Akur dan tunduk pada semua arahan adalah baik pada suatu pihak yang memberi arahan. Namun, bagi pihak yang menerima arahan boleh jadi tidak semua baik. Ada yang sesuai dengan pihaknya dan ada yang tidak.

Hal ini berkait rapat dengan hak. Setiap individu mempunyai hak masing-masing. Sama ada hak itu semua ditunaikan atau diabaikan. Sebagai contoh, golongan yang memberi arahan itu berhak memberi arahan di kawasan itu, manakala yang menerima arahan pula tiada hak untuk melawan di kawasan itu. Dari segi undang undang, kedua-dua pihak mendapat bahagian, namun dari segi etika dan kemanusiaan, penerima arahan adalah golongan tertindas kerana dia tidak diberi pilihan. Sedangkan Tuhan memberi pilihan kepada makhluknya. Ini kau pula seorang manusia mahu menghilangkan hak individu seseorang.

Terdapat situasi berlainan, yang memberi arahan terus menerus memberi arahan walaupun bukan dalam lingkungan haknya. Dia sudah berada di luar kawasan kuasanya, tapi masih memberi arahan. Dan penerima arahan pula tidak berasa tertekan, hanya layankan walaupun kurang gemar kerana pada pendapatnya hal ini tidak mendatangkan penyakit kulit pun. Namun hari berganti hari, tiba-tiba datang sebuah arahan yang seakan-akan mahu menjajah norma norma dan kedaulatan kawasan itu. Mentang mentang si penerima arahan selama ini ikut saja. Banyak pulak permintaan yang semakin merepek. Si pemberi arahan makin hari makin kurang menghormati dasar yang telah wujud lama di kawasan si penerima. Akhirnya, si penerima menyuarakan pendapat mengenai hal ini dan untuk mengukuhkan pendapatnya, dia perlu mengungkit hal terdahulu agar si pemberi faham yang si penerima sudah ditekan terlalu lama dan telah redha pada awalnya. Namun, setelah tekanan terbaru ini akhirnya membuat redhanya itu menyusut.

“Saya tidak menyangka selama ini, kamu cuma pura pura bersetuju”

“Adakah saya punya pilihan? Saya sudah menyuarakan pandangan suatu ketika dahulu tentang pilihan kedua dalam menyelesaikan masalah itu. Namun pihak tuan beriya iya mahukan idea pihak tuan berjaya, jadi saya pun mengalah”

“Sepatutnya kalau tidak suka bagitahu dari awal.”

“Adakah saya ini bisu atau tuan sendiri pekak? Saya ini sudah memberitahu dan sudah ada jalan penyelesaian. Namun atas dasar nafsu dan kehendak tuan. Tuan akhirnya mahu mengawal dunia. Sampaikan di luar kawasan kuasa tuan pun tuan mahu kawal. Sedangkan bila di kawasan kuasa saya, sepatutnya tuan rendah diri dan hormati pilihan pihak saya”

“......”

“Saya ini bukan seorang yang bagus dalam membuat keputusan, namun bila sebut pasal rasional, saya punya pilihan kerap kali rasional berbanding tuan, jadi sekali sekala tuan ambillah yang baik dari saya. Tidakkah dunia ini dicipta untuk ramai kepala? Kalau semua nak ikut kepala tuan nescaya binasa dunia ini. Sedangkan Tuhan bersikap terbuka untuk hambanya melakukan apa pun, pernah perasan ke seorang manusia melakukan kesilapan pda Tuhan terus kepalanya meletup? Jika tidak bermakna tuan perlu betulkan hati. Sebenarnya tuan pun tak tahu tuan nak apa. Tuan hanya ikut ikut orang. Betulkan hati. Tahu tujuan asal tuan nak apa. Dari situ bolehlah dibetulkan banyak benda”

Akhirny dari situ, kita akan nampak yang sebenarnya jiwa kita ini sebenarnya tidak tahupun nak apa sebab kita tersalah isi sebenarnya. Kita masih ikut jalan tuhan tapi kita kerap isi dengan kehendak kita. Kita hanya baca apa yang kita mahu. Kita hanya makan apa yang kita mahu. Kita memilih dengan cara yang salah iaitu ikut nafsu saja. Bila nafsu yang kawal tubuh, nescaya pilihannya akan mudarat untuk jangka masa panjang. Untuk dibetulkan itu sebenarnya amat payah bila sudah jadi penyakit. Nanti timbul ego pula akibat dari pilihan nafsu tadi. Jika ditegur akan ada jawabnya seperti ini, “selama ni boleh je, takda siapa larang pun!!”. 

Tapi dunia ini kalau hendak difikirkan segalanya adalah tidak mungkin untuk kita rasai segalanya. Cukup sekadar tahu. Beramal sepuasnya. Saya bukanlah boleh memandang masa depan, namun saya tahu saya bukan dilahirkan untuk memegang dunia kerana ada suatu ketika nanti cinta dunia ini akan luput dari hati saya. Dunia hanya medium.
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...