Jan 22, 2012

Kahwin

Tahun 1976,

Musim salji.

"Henry, kau ni bila nak kawin?", Puan Heitinga dengan nada sayu. Henry seorang saja anaknya. Yang lain bukan anaknya. Yang lain anak siapa tah. Ada Desmond, Gabriel, Kozack, Peter dan Phillips. Semua dikutip dari kawasan terbengkalai dekat Andover.

Henry buat tak tahu. Henry menghentak kaki dan capai parka yang tergantung dekat dengan pintu.

Terus keluar.

Puan Heitinga terkebil-kebil memndang pintu.

"Henry ni kalau keluar bukan reti nak tutup pintu. Celake.", Puan Heitinga menyeranah.

*       *       *

"Kawin kawin kawin.. tak de bende lain. bende kawin ni bukan boleh dipaksa-paksa..", Henry membebel. Sambil kaki menendang nendang tin chang beer yang ada dekat-dekat tong sampah.

Terus menonong ke pub di hujung deret kedai. Pub milik Sharpie. Sharpie wajahnya tak garang langsung. Muka suci. Tapi dengar cerita, Sharpie pernah lanyak lebih lima orang lengkap bersenjata pisau. Lima orang itu semua datang nak jual dadah ke apa entah dekat pub Sharpie. Sharpie cuma bersenjatakan pemutar skru bermagnet.

Henry jalan terus melintasi kedai alat mainan yang riuh dengan orang ramai. Henry nampak Sharpie sibuk dengan anaknya. Gembira betul. Henry teringin juga nak ada anak macam Sharpie.

Henry jalan lagi.

Henry berhenti melangkah.

"Setan, ini hari Sharpie mesti tak bukak kedai. celake", Henry bengang. Henry patah balik.


p/s: Kawan gua kawin semalam. sedap betul. keh keh keh
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Jan 19, 2012

Topik

"Kalau kau jadi striker, lepas tu kau skor, kau nak celebrate macam mana?", aku tak pasal-pasal tanya satu kawan ni. Dah dari tadi mintak topik. Aku kasi la.

Kawan aku terkedu kejap. Mungkin banyak akalnya nak raikan gol.



"Aku nak macam Berbatov.", kawan tu beritahu.

"Macam mana?", gua tanya balik. Gua bukan jenis nak hapal pemain bola celebrate. Lagi la Berbatov.

"Dia stail rilek camtu, raikan sikit-sikit", kawan tu terangkan.

"Macho doh", sambungnya lagi.

"Oooo", gua balas.

"Abis kalau kau?", kawan tu tanya balik.

"Aku?", gua sambil angkat kening kanan sikit, anak mata gua tetumpu pada wajah kawan gua tu yang duduk belah kanan gua sambil kepala gua menoleh sedikit dalam mengarah pukul 2.

Kawan gua angkat kedua belah kening, menampak kan kedut dahi. Kemudian mengangguk sedikit, sedang asap rokok dikemam dalam mulut sebentar. Akhirnya dilepaskan sambil dia mendongak ke langit.

"Kalau aku la kan... ", gua cakap sikit terus diam.

"Eh, ada rokok lagi?" gua tanya kawan gua.

"Buto, mana celebrate nye?", kawan gua pantas terus maki.

p/s: bende tah gua tulis. macam setan.
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Jan 9, 2012

Nah

Gusti: Kau mahu apa?
Aku: Aku hendak sayap
Gusti: Nah.

Aku: Eh, kenapa aku tak boleh terbang ni, Ya Gusti?
Gusti: Bukankah kau minta sayap tadi?
Aku: Ya kalau gitu, aku mahu terbang.
Gusti: Nah.

Aku: Eh, kenapa aku tak boleh mendarat ni, Ya Gusti?
Gusti: Bukankah kau yang minta "Aku mahu terbang"?
Aku: Ya kalau gitu, aku mahu mendarat.
Gusti: Nah.

DUPPPP!!!


-Di Rumah
1655

p/s: Gua tak fikir apa dah ni. Gua nak habis belajar cepat. Lepas tu nak berkelana ke negeri orang. Tak sudah-sudah pemandangan sama. Gua nak ke Tibet lagi dua tahun.

Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Jan 8, 2012

Anak Malik 2

Sambungan dari Anak Malik 


"Kau bukan tak tahu anak Malik tu, itu belum mak cerita pasal bapak dia muda-muda dulu", Mak Cik Lillian meyambung lagi. Dah mula la tu nak membebel. Tapi tuam tetap tuam. Cuma mulut la.


Johar diam saja. Sakit memang sakit. Tapi kalau nak dilayan sakit ni satu kerja pun tak terbuat.


Johar bingkas terus ke bilik.


Mak Cik Lillian terpana kejap, terkebil-kebil merhati anaknya menonong terus.


Johar dengan tak mandi lagi terus cabut seluar tadi main petang. Tinggal seluar katok. Lepas itu diam sekejap dekat kerusi. Bilik Johar bukan la hip sangat, setakat ada meja kerusi. Tilam. Katil tiada. Pada Johar tidur atas katil tak sedap.


Atas meja berselerak dengan kertas kajang yang penuh tulisan-tulisan. Johar minat betul menulis karangan jenis autobiografi kerana baru-baru ini Cikgu Zanariah ada beri tugasan. Tugasan dah siap, tapi Johar jadi macam ketagih. Dari tajuk 'Aku Sebatang Joran' sampai la 'Gua adalah sebuah kereta Kebal'. Semua nak ditulis dek Johar. 


Johar tengok Atlas Dunia yang ditampal memenuhi ruang dinding biliknya. Ada dua bulatan warna hitam dekat atlas. Satu bulatan di kawasan Jajahan Soviet dan satu lagi dekat Colombia. Johar perhati lama juga. Kemudian senyum sendiri. Ternampak sedikit gingsul bila Johar sengih.


*      *      *


DUBBBB!!!


Tertunduk Stiv. Memegang kawasan antara dada dan perut. Memang menyentak ke dalam.


Ini bukan hal main-main.


"Slalu abang kau ada boleh la kau buat pe'el, keh keh keh.. Sekarang buat la!", budak berambut pruntul yang memakai baju jenis singlet jarang itu bercakap. Di belakangnya ada lagi dua orang yang agak besar sedikit. Boleh jadi beza umur setahun dua dari yang bercakap tadi. Seorang dengan baju hawaii dan berseluar pendek dan yang seorang lagi.............




p/s: malas
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Jan 7, 2012

Kutu Buku

Semalam gua pergi Mesir jumpa kawan. Maksud gua kawan-kawan.

Gua jumpa Tutankhamun dan juga Qarun.


Yang belah kiri tu Tutankhamun, yang belah kanan tu Qarun.
Gambar tak terang pasal dekat Mesir memang macam tu.

p/s:  Semalam gua kena buli. Celake

Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Jan 5, 2012

Contoh karangan yang 'baik'

Sambung ayat di bawah dan buat karangan tidak kurang dari 100 patah perkataan.


Dalam hujan yang lebat,....... 





.......semuanya jadi tidak menentu. Lebih-lebih lagi saya di kelilingi pokok-pokok tinggi yang saya pun tidak tahu di mana saya ini. Saya teruskan perjalanan walaupun tiada kompas. Pada hemat saya lebih baik saya terus berjalan atau berlari daripada berbaring. Saya berlari. Saya berlari sehingga otot saya terbakar dan pembuluh darah mengepam asid bateri. Kemudian saya berlari lagi.

Tiba-tiba, seekor harimau yang entah dari mana entah muncul di hadapan saya. Saya terpana. Terkebil-kebil Harimau terkebil-kebil. Tiba-tiba, saya jerit, "Tolong! Tolong! Tolong! Tolong! Tolong! Tolong! Tolong! Tolong! Tolong! Tolong! Tolong! Tolong! Tolong! Tolong! Tolong! Tolong! Tolong! Tolong! Tolong! Tolong! Tolong! Tolong! Tolong! Tolong! Tolong! Tolong! Tolong! Tolong! Tolong! Tolong! Tolong! Tolong! Tolong! Tolong! Tolong! Tolong! Tolong! Tolong! Tolong! Tolong! Tolong! Tolong! Tolong! Tolong! Tolong! Tolong! Tolong! Tolong! Tolong! Tolong! Tolong! Tolong! Tolong! Tolong! Tolong! Tolong! Tolong! Tolong! Tolong! Tolong! Tolong! Tolong! Tolong! Tolong! Tolong! Tolong! Tolong! Tolong! Tolong! Tolong! Tolong! Tolong! Tolong! Tolong! Tolong! Tolong! Tolong! Tolong! Tolong! Tolong! Tolong! Tolong! Tolong! Tolong! Tolong! Tolong! Tolong! Tolong! Tolong! Tolong! Tolong! Tolong! Tolong! Tolong! Tolong! Tolong! Tolong! Tolong! Tolong! Tolong! Tolong! Tolong! Tolong! Tolong! Tolong! Tolong! Tolong! Tolong! Tolong! Tolong! Tolong! Tolong! Tolong! Tolong! Tolong! Tolong! Tolong! Tolong! Tolong! Tolong! Tolong! Tolong! Tolong! Tolong! Tolong! Tolong! Tolong! Tolong! Tolong! Tolong! Tolong! Tolong! Tolong! Tolong! Tolong! Tolong! Tolong! Tolong! Tolong! Tolong! Tolong! Tolong! Tolong! Tolong! Tolong! Tolong! Tolong! Tolong! Tolong! Tolong! Tolong! Tolong! Tolong! Tolong! Tolong! Tolong! Tolong! Tolong! Tolong! Tolong! Tolong! Tolong! Tolong! Tolong! Tolong! Tolong! Tolong! Tolong! Tolong! Tolong! Tolong! Tolong! Tolong! Tolong! Tolong! Tolong! Tolong! Tolong! Tolong! Tolong! Tolong! Tolong! Tolong! Tolong! Tolong! Tolong! Tolong! Tolong! Tolong! Tolong! Tolong! Tolong! Tolong! Tolong! Tolong! Tolong! Tolong! Tolong! Tolong! Tolong! Tolong! Tolong! Tolong! Tolong! Tolong! Tolong! Tolong! Tolong! Tolong! Tolong! Tolong! Tolong! Tolong! Tolong! Tolong! Tolong! Tolong! Tolong! Tolong! Tolong! Tolong! Tolong! Tolong! Tolong! Tolong! Tolong! Tolong! Tolong! Tolong! ".

Harimau terus menerkam saya. Saya pejam mata. Saya mula menerima hakikat.

Tidak lama kemudian saya buka mata.

Rupanya saya bermimpi.

(Lebih 200 patah perkataan)


p/s: ingat ni hari nak pergi Tanjung Puteri
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Jan 4, 2012

Smile

Salam 3-0 kepada dua negeri Barat Laut England.







erm...



p/s: hal UPSI tu gua nak bangkitkan pada  ketika perkara tu dah tak jadi trend.


Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Jan 2, 2012

UPSI, Djourou dan Kocek Wenger

Gua bual dengan satu kawan ni, dari hal golongan haluan kiri sampai la ke hal UPSI sampai la ke England. Lama benor.



Tapi malam ni gua gemar. Kerana ada pengisian gua punya duduk tu. Tiada la melahu saja.

Ada la sebutan nama-nama lama yang berjuang dengan ada nilai. Hal UPSI tu gua tolak tepi dulu. Lain hari gua bagi gua punya idea.

*       *       *

Di England.



Cari la kocek kau tu sampai mampus.

p/s: Funny betul kau ni Wenger.
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...