Oct 30, 2011

Kalau aku jadi raja





nanti gua bincangkan hal ni.
p/s: penat belum habis


Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Oct 27, 2011

Johnny Punk Beroleh.. Lu tahu Beroleh di mana? (part 7)

ini Johnny.



"wooossshhh!!!", bunyi angin

p/s: keh keh keh
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Oct 26, 2011

Lelaki romantis

Balik dari menjamah makanan ala barat, gua menonong ke satu stesen minyak.

Gua test lampu signal kiri.

"Amboi, menyala", gua macam kagum. Selama ni kalau nak ke kiri gua kena lambai-lambai tangan. Macam barua.

Gua lekas ke kaunter lepas berhenti motor.

"Adik, dah makan ke belum?", gua terdengar seorang lelaki yang agak berusia menanya kepada penjaga kaunter tu. Wanita. Dari gaya, macam masih bujang. Gua terus pasang telinga.

"Dah kenyang", perempuan itu jawab. Barangkali memang sudah kenyang memandangkan tubuh badan yang agak berisi.

"Ingatkan belum makan, kalau belum ingat nak belanja tadi", lelaki yang berusia yang berusia itu terus lagi dengan konversasi yang agak bergaya. Suara menjadi semakin gedik berisi. Pada hemat gua, lelaki itu agak power.

Perempuan penjaga kaunter itu senyum simpul.

Lelaki berusia itu sengih-sengih sambil berbunyi 'hehe.. hehe'.

Gua tunggu dengan tekun. Kerana gua tiada hal yang perlu dikejar. Melihat drama cinta secara langsung adalah lebih seronok berbanding isi minyak dengan cepat.

Lelaki itu terus ke kereta sambil toleh-toleh sedikit dan sengih-sengih.

Gua di kaunter, letak RM2 dan tuding jari pada motor gua.

Gua sengih sendiri masa isi minyak. "Lelaki berusia memang handal memikat".

p/s: Gua ingat nak jadi lebih berusia lah.
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Oct 24, 2011

Mana pergi otak kau?

Asal nak tulis je otak out..

Fak.

Gua nak hepi-hepi. Menumbuk langit. Menyita pelangi.

Segala-gala bergerak terus terus terus.

Mengorbit pantas. Macam serangga melata.

Cis. Torpedo.

Tango.

Tiada kejutan.

Oh Russel. Bukankah begitu?

Maaf aku bukan hooligan.

Steph, kau cinta pada aku?

Genggam prejudis.

Tontonan hampa.

Kalau kau rela minum, silakan.

Malam ini kau ambil kondom. Esok kau buang.

Hari hampir tamat. Besok yang belum pernah wujud.

Tapi aku pernah tahu segalanya.

Dari seawal kisah Adam hingga ke kisah Masih.

Kalau dihinggap petir pun belum mati.

Yang namanya 'aku' itu terus mengorbit lagi.


p/s: 'aku' yang mengaku 'aku' mana duduknya?
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Oct 22, 2011

LomograPERT: Scanning Scanning Scanning

Lama jugek gua tak menulis pasal Lomografi. Last dulu pasal scan film hasil dari Horizon Kompakt. Kali ni gua eksperimen sikit lagi.

Ada orang bagitahu nak scan filem cross process ni kena scan as positve film. Lepas tu invert dekat Photoshop. Layankan aja.

 
Kali ini semua hasil dari Yashica FX-7. Filem Lomography X-Pro 100. Kaler cross process untuk filem ni gua tak dapat yang ori. Jenis scan try n error. Tak semua gambar dapat terang. Ada yang gua terangkan balik dalam photosop. Dan gua dah mula terfikir, macam mana kedai buat scanning?

Macam mana semua gambor dia boleh dapat kalau guna satu setting saja. Gua syak diorang seting satu-satu gambor. Keh keh keh.

p/s: amik masa jugek menatang ni. Bila gua nak buat assignment
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Oct 20, 2011

Syatain

Kawan: kau dah makan?
jom makan

Gua: blum mari

Kawan: 930
mana mau?

Gua: xtahu
bgtau tnpt

Kawan: sofia
930

Gua: chare jugek
orait2

Kawan: jumpa di sana jangan lewat kerana lewat itu perangai syaitan

Gua: saya syatain
babi salah eja
nampak naaa manusia


p/s: kalau dah manusia tu manusia jugek..kawan gua ni penah jadi cikgu sementara. Sayur jugek dia kene kencing dek budak sekolah
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Oct 19, 2011

Akhbar Elektronik

lama gua tak baca akhbar.

Apatah lagi akhbar elektronik.


Baru tadi gua buka bharian.


Gua tak baca pun.


p/s: jangan tanya gua pasal masalah negara. Gua tak tahu.


kadang editor akhbar elektronik ni bagus jugek. Dah takde isu sangat le tu.



Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Oct 18, 2011

Ahmad

Ahmad ke seven eleven untuk beli cerut. Tiga ringgit.

Ahmad beli pakai duit belanja sekolah. Ahmad kumpul dari awal minggu.

Ahmad nyalakan cerut.

Ahmad 'tarik' sekali. Belum sempat hembus, Ahmad 'tarik' lagi.

"Macam nak mati", keluh Ahmad.

Ahmad hembus lega. Mata Ahmad dah 'menyaga'.

Ahmad tak puas hati.

Ahmad 'tarik' lagi. Kali ni Ahmad nak 'tarik' tiga kali. Ahmad 'tarik' lagi. Ahmad 'tarik' lagi.

Ahmad berbuih mulut. Ahmad mati.


p/s: ni cerita betul. Kawan gua nama Ahmad baru cerita kat gua pagi tadi masa sarapan.


Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Graffiti

Kata Sapik gua lukis beckham.. tapi sebenarnya gua lukis muka gua.. cis.

p/s: kadang-kadang belajar pasal torque boleh buat gua jadi pelukis.
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Oct 15, 2011

Body 97'

"kau tengok ni, kau tengok ni", kata Naim.

Gua toleh.


"tengok ni aku ada 'body'", sambung Naim sambil menyinsing lengan dan buat gaya Popeye. Sambile menyeringai menampakkan baris-baris gigi muda yang ada juga yang 'totot'.

Berkerut dahi gua seketika.

Gua tak campur sangat hal-hal bina badan masa dulu. Gua lebih kepada kajian teradap material, metafizik, ketamadunan dan juga psikologi.

Tapi kebanyakan budak-budak lebih into kepada hal-hal 'body'.

Gua pun tengok gusti, tapi tidak pula gua memuja-muja penggusti macam gua puja penyanyi perempuan yang cantik-cantik. Dalam hidup kena jaga etika. Kalau tak, tak ke mana.

Lebih-lebih lagi bab 'body' ni. Boleh membawak ke isim. Silap-silap hari bulan jalan mengundur. Itu gua malas nak serius. Gua setakat menengok.

Penyudahnya gua angkat isyarat 'jempol' dan senyum kepada Naim.

p/s: apa tandanya kalau gua dah mula mimpi kawin-kawin?
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Oct 14, 2011

Betting

Gua teringat ada satu tahun dulu gua pernah betting bola. Gua pun tak paham apa benda sebenanrnya betting bola ni main dia. Gua suka-suka je. Biasa kalau betting menang akan dapat habuan yang menguntungkan. Biasanya la.

Tapi gua tak berapa pandai betting.

Gua pertaruhkan duit juga. Tapi kalau gua menang, gua yang bayar.

Macam bodoh.

Tapi gua dah cakap macam tu nak buat macam mana.

Lu boleh bayangkan dalam satu rumah ada 7. Daripada tujuh, 3 orang penyokong kuat Manchester United, 3 lagi sokong sukan snuker dan dart, dan gua seorang sokong Liverpool.

Jadi gua amik jalan bertaruh kalau Liverpool menang lawan Manchester United pada hari tu, gua akan belanja satu rumah makan Pizza Hut.

Dan gua menang.

Sejak dari hari tu gua dah tak betting. 

p/s: siapa berani betting dengan gua?!! lai aaaa!!
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Oct 13, 2011

Kau tahu tak?

DUSSSHHHHH!!!!

Imam Johari tersenyum.

Khalid terduduk. Sambil memegang mukanya.

"Marah aku pasaipa?!", Khalid mengentan.

"Kau tau tak kau akan berjumpa aku ni hari?", Imam Johari bertanya dengan tenang sambil menghulur tangan membantu Khalid bangun semula.

Khalid menggeleng kepala.

"Kau tahu kau akan kene pukul dengan aku?", Imam Johari bertanya lagi. Berseri-seri mukanya. Macam baru menang loteri.

Khalid geleng lagi.

"Itu lah yang orang panggil qada' dan qadar.", tenang sungguh jawapan Imam Johari. Imam Johari terus ghaib lepas habis perkataan 'qadar'.

Khalid terkulat-kulat. Keseorangan di padang pasir.


p/s: gua semalam terbang jumpa satu makwe. Comel betul. macam seorang pengawal keselamatan di satu institut pengajian.

Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Oct 12, 2011

Bunga & Hari Jemaat

Hari jemaat lalu, Bunga bawak kereta hitamnya kesekolah..

Bunga pegi sekolah pkol 8 pegi..
Kelas bunga setat pkol 8.30..
Bunga parking kereta 8 suku pegi..
Bunga parking di parking keta setuden

Bunga masuk kelas..
Bunga belajar supernode!
Habes kelas bunga pkol 10..
Bunga pegey makan..

Asalnya Bunga dah tade kelas
Tapi Bunga setuden repiet ilmu hisab..
Bunga kena pegi kelas repiet ilmu hisab..
Bunga masuk kelas ilmu hisab lewat sebab Bunga pegey makan kat kantin..

1030 kelas ilmu hisap setat..
Bunga tak masuk lagi kelas ilmu hisab..
1059 baru Bunga sampai kelas ilmu hisap..
Kelas ilmu hisap tingkat 13..

Ok.. Bunga belajar limit-limit..
Bunga bengang, Bunga kena belajar benda sama dua kali..
Tape Bunga sabar..
Bunga amik gunting..
Bunga bukak saloon utk diri sendiri kt belakang kelas..
Bunga potong rambut cabang bunga..
* pemalas punya Bunga! Belagak tak maw belajar!

1230 kelas ilmu hisab habes..
Ok Bunga nak balik..
Bunga malas nk melepak-lepak hari jemaat ni..
*bagus betul bunga xkuar ngeteh

Bunga bawak kete hati-hati
Sampai rounbot..
Bunga duduk line tgh..
Rounbot tengah jem!.. Dem!
Tetiba ada keta Saga bml sailang jalan Bunga..
Saga bml tu nak g kiri..
Dgn pantas lepas sailang Bunga..
Tetiba saga bml tu brek..
Bunga dengan tegamam tekan brek dalam halaju 20km/j..
2 saat lepas tu Bunga dengar bunyi..
Bunyi bunga api kat langit.. * ok ini gua tipu!
Doom.. Bunga dapat buah tangan lagi..
Bunga senyum tergejut..
Tape puas ati kalau dapat pun bukan dari orang misteri lagi.. Bunga redha..

Ok, Bunga tergejut, tapi bunga cool..
Bunga jalan depan sikit..
Bunga parking tepi..

Ok bunga keluar kete..
Kelihatan makcik / nenek..
Pakai tudung macam mak limah keluar dari kete..
Bezanya rambut kaler merah darah..
*fuyoooo, rok makcik ni..

Bunga pegey tanya makcik..
" Makcik ok ✖ ? , makcik cedera memana? "
" Mak cik ok ja.. Adik ok? Tu la tadi orang depan berek mengejut" jawap makcik tu..
" Owh takpalah.. Nk buat mcm mana.. Takpalah kete saya sikit je lampu retak.." Kata bunga
" Hurm takpalah.. Makcik pun bumper sikit ja "
" Mintaak maaf ya makcik " jelas Bunga lagi
Makcik tu masuk kete senyum, pastu blah.. Kelihatan makcik tu nak cepat, bunyi loceng kerete kedengaran jalan dihalang di belakang..

Bunga dalam keadaan tegamam.. Bawak kete balik umah terus sambil gigil-gegel..
Sampai rumah bunga check buah tangan yg makcik bagi..

Chantek kan buah tangan dari makcik T_T




p/s : berhati-hati di jln raya! jahanam! apa salah bunga pada hari jemaat?
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Oct 11, 2011

Makanan

"Dapatkan z-transform", arah Dr. Moit.

Gua dekat belakang. Nampak tak nampak persamaan yang ditulis di papan putih. Sebenarnya gua pun tak berapa dengar sangat apa benda yang Dr. Moit cakap. Gua cuma dengar pasal z-transform. Tapi dari jauh nampak lagi ada kumat kamit mulutnya.

Gua cuba jugek la.



"Ah, partial fraction... ini 'makanan' abang ni", gua dah mula riak sambil capai kalkulator.

"Siap guno kalkulator... makanan apa?", sindir Tuas.

"Babi", gua hempas kalkulator.



p/s: celaka betul. banyak betul gua lupa pasal pelajaran lepas-lepas.
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Oct 10, 2011

Habit


p/s: bukan gua
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Oct 6, 2011

Kakak gua dan bolasepak

Bila gua susur-susur balik tahun-tahun gua kecil. Gua teringat ada satu tahun gua pernah pakai baju Arsenal. Warna kuning. Masa tu baju tu ada tulis SEGA. Gua darjah berapa gua tak ingat.

Tapi yang paling gua ingat pasal hal kakak gua. Gua tak tahu sangat pasal bola sepak sebenarnya waktu gua pakai baju Arsenal tu, tapi kakak gua yang sorang ni tahu betul arena bolasepak luar negara. Lebih kepada bola sepak di England.

Gua kalau masuk bilik dia penuh poster pemain-pemain bola kelab-kelab bolasepak di England. Yang gua ingat ada poster Dennis Bergkamp, Michael Owen, Petit, Fandi Ahmad, Ole Gunnar, Seaman pastu siapa tah lagi. Gua mana la nak ingat. Yang Fandi Ahmad tu barangkali tinggalan kakak gua yang sulung. Tapi yang gua ingat poster satu tim Arsenal tahun 97-98 kalau tak silap. Yang gua perasan kakak gua ni more to Arsenal. Zaman tu barangkali zaman Arsenal. Zaman Tip Top.

Dia punya obses gua ingat sampai beli jersi. Order dari mana gua tak tahu. Zaman tu mana nak dapat gred AAA ke hape macam sekarang. Gua ingat dia order dari majalah bolasepak la. Masa tu pun kalau gua baca majalah bolasepak yang dia bawak balik pun bukan gua paham. Semua cakap orang putih. Barangkali dari situ dia order kit Arsenal. Masa tu jersi penaja Dreamcast. Tapi masa tu gua masih tak faham erti bolasepak. Gua cuma tahu kereta Dash.

Zaman tu jugak mana ada Astro. Kakak gua ni kalau menengok bola cuma tengok highlights je. Tengok gol. Masa tu kalau dapat tengok pun siaran dekat TV2 la rasanya. Zaman iklan ada gambor Beckham pakai baju penaja SHARP. Tapi tayangan waktu malam, jadi gua pun tengok ala kadar. Kakak gua je la taksub. Yang gua tahu masa tu cuma baca komik Dragon Ball.

Tapi zaman tu je la kakak gua layan bola sepak. Macam la bapa gua. Tak habis-habis dengan Ardiles dengan Ian Rush. Itu je hero bola sepak dia. Kalau sekarang yang bapa gua sebut pun cuma Zidane. Kakak gua kalau ditanya mungkin hero dia Bergkamp.

Kalau tanya gua, hero gua yang lama-lama cuma Goku. Kah kah kah.

p/s: gua macam rindu rumah lama gua.

Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Oct 4, 2011

Kitai




"Why should i be quiet?"
- Tun



keh keh keh

p/s:...
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Oct 2, 2011

Kue Teow

"Tak, pukul berapa nak pergi kedai? aku nak ikut", Mat yang masih bertuala berbunyi. Pukul empat petang masih lagi betuala. Nak jadi hapa.

"Kejap lagi", si Botak masih bersiap-siap.

Mat sambil tekais-kais baju dalam almari. Nak kata usang tidak. Tapi nampak usang akibat baju yang tidak disusun rapi. Biasalah bujang.

"Dah jom", si Botak mengajak Mat.

*       *       *

Botak dan Mat naik motor. Botak yang menjadi penunggang.
Lama jugek mereka menunggang. Ada dalam 15km.

Mereka tiba di depan kedai komputer.

"eh apasal ke sini?", Mat menanya.

"Aku nak beli PC", si Botak jawab sambil kaki dah mula bergerak menghala ke kedai. Nampak gelojoh.

"Aku nak beli kueteow je", ujar Mat.

p/s: Projek Sarjana Mude.. ceh..
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...