Oct 6, 2011

Kakak gua dan bolasepak

Bila gua susur-susur balik tahun-tahun gua kecil. Gua teringat ada satu tahun gua pernah pakai baju Arsenal. Warna kuning. Masa tu baju tu ada tulis SEGA. Gua darjah berapa gua tak ingat.

Tapi yang paling gua ingat pasal hal kakak gua. Gua tak tahu sangat pasal bola sepak sebenarnya waktu gua pakai baju Arsenal tu, tapi kakak gua yang sorang ni tahu betul arena bolasepak luar negara. Lebih kepada bola sepak di England.

Gua kalau masuk bilik dia penuh poster pemain-pemain bola kelab-kelab bolasepak di England. Yang gua ingat ada poster Dennis Bergkamp, Michael Owen, Petit, Fandi Ahmad, Ole Gunnar, Seaman pastu siapa tah lagi. Gua mana la nak ingat. Yang Fandi Ahmad tu barangkali tinggalan kakak gua yang sulung. Tapi yang gua ingat poster satu tim Arsenal tahun 97-98 kalau tak silap. Yang gua perasan kakak gua ni more to Arsenal. Zaman tu barangkali zaman Arsenal. Zaman Tip Top.

Dia punya obses gua ingat sampai beli jersi. Order dari mana gua tak tahu. Zaman tu mana nak dapat gred AAA ke hape macam sekarang. Gua ingat dia order dari majalah bolasepak la. Masa tu pun kalau gua baca majalah bolasepak yang dia bawak balik pun bukan gua paham. Semua cakap orang putih. Barangkali dari situ dia order kit Arsenal. Masa tu jersi penaja Dreamcast. Tapi masa tu gua masih tak faham erti bolasepak. Gua cuma tahu kereta Dash.

Zaman tu jugak mana ada Astro. Kakak gua ni kalau menengok bola cuma tengok highlights je. Tengok gol. Masa tu kalau dapat tengok pun siaran dekat TV2 la rasanya. Zaman iklan ada gambor Beckham pakai baju penaja SHARP. Tapi tayangan waktu malam, jadi gua pun tengok ala kadar. Kakak gua je la taksub. Yang gua tahu masa tu cuma baca komik Dragon Ball.

Tapi zaman tu je la kakak gua layan bola sepak. Macam la bapa gua. Tak habis-habis dengan Ardiles dengan Ian Rush. Itu je hero bola sepak dia. Kalau sekarang yang bapa gua sebut pun cuma Zidane. Kakak gua kalau ditanya mungkin hero dia Bergkamp.

Kalau tanya gua, hero gua yang lama-lama cuma Goku. Kah kah kah.

p/s: gua macam rindu rumah lama gua.

Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

3 comments:

Wadi AR said...

gua takde astro mahupun kakak

syafiqakarim said...

gua dulu minat bola.sama mcm kakak lu lah.bilik nauzubillah penuh dengan poster.

skng,dah lenyap.mungkin sifat kewanitaa gua dah triple padat.haha

cryclown said...

gua sayang selangor n azman adnan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...