Aug 2, 2011

Gua dan animasi (part 0)

Gua dan animasi semacam jambangan bunga dengan pasu. Tak boleh dipisahkan.

Lu tahu tak hal ini sangat berlainan dengan aur dengan tebing. Hal aur dengan tebing memang rapat tapi bukan erti kata melengkapi, kerana itu fitrahnya. Hal gua adalah bukan fitrah, manusia bukanlah fitrahnya bersama animasi tetapi lebih kepada nasi. Gua bukan sebarangan cakap, gua cakap kerana gua ada hal nak cakap. Lu orang fikir gua jenis menyeruntul tak tentu hala? 

Berbalik kepada animasi, gua teringin nak buat animasi sejak kecil sebab waktu kecil gua disogok dengan ensiklopedia 'Tree Of Knowledge', dan gua banyak belek pasal lukisan dan juga pasal Nazisme dalam ensiklopedia itu. Hal tentang lukisan, dekat dalam tu ada banyak juga lukisan zaman yunani, yakni lukisan yang mempamerkan manusia telanjang. Tetapi gua tak into hal telanjang, gua lebih tertarik kepada kartun dan sejarah-sejarah perang. Dalam bab animasi yang paling gua ingat ada satu gambar scene dalam film Lord Of The Rings yang versi kartun. Dibuat pada tahun 1978 seingat gua. Yang menarik pada gambar tu, adalah gambar manusia menunggang kuda dengan helmet besi dan mata merah. Macam silhouette la lebih kurang. Ada empat orang. Lepas beberapa tahun dari gua belek-belek ensiklopedia, muncullah filem Lord Of The Rings versi manusia betul. Dan gua teruja. Sambung nanti la cerita. Malas betul gua.

Masuk tahun 2005, gua habis sekolah hujung tahun tu. Gua jadi menghadap komputer. Hari-hari hadap, tak on pun hadap. Kadang kala gua rasa tak sedap hati sampai gua pergi ke kedai beli rokok. Itu pun kalau ada motor. Tak dapat gua suruh Lok datang rumah je belikan rokok. Gua upah la dia bagi air.

Bab menghadap komputer ni, pun gua ingat-ingat nak sambung kemudian la.

Tonton dulu video gua bikin ni


Taman Bunga di Hati from Pert Doherty on Vimeo.
Intro kepada animasi yang bakal menggegar Malaya. Dengar cerita boleh celen Upin & Ipin. Tak tahu benar atau tidak. Kalau setakat Usop Sontorian dah lama kitai dah. Keh keh keh
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

4 comments:

cryclown said...

empat ibu jari gua angkat, satu tapak tangan gua bagi..hahaha..mau ka?

Nur Hafizah Hadi said...

Apa seh?

Pert Doherty said...

cryclown.. hahaha.. jgn cmtu.. hik hik

Pert Doherty said...

pizah.. tunggu la.. kan dia suruh tunggu tu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...