May 2, 2011

Cita-cita

Dulu dekat kad profil murid ada kena isi bahagian cita-cita.

Ada tiga peluang sahaja. Cikgu suruh tulis atas kertas kosong yang disediakan. Kertas warna coklat-coklat sikit tu la. Yang biasa cikgu buat gelek kat mesin gelek kertas tu. Tak paham sudah.

Gua jadi buntu itu jam. Sial. 

Pandang kat  keliling kelas, murid-murid lain gopoh tulis. Gua masih melihat keliling cari ilham.

Gua pandang Fuad, Fuad menulis tapi macam tutup-tutup kertas. Celaka apa. Gua baru nak tiru. Pandang Ijan pun menulis. Tapi gua perati kertas kosong ja.

Ah sudah, mana gua nak cari jawapan untuk cita-cita gua. Apa punya tugasan la Cikgu Zaiton ni bagi. Aduhai.

*      *      *

Umur gua sekarang dah masuk 18, gua dah mula pandai nak isi-isi borang melanjutkan pelajaran la konon. Macam pundek. Ada juga gua senyap-senyap isi SPA8. Mak gua tak tahu.

Gua belek fail-fail pelajaran gua sepanjang sekolah rendah sama sekolah menengah.

Fail profil murid waktu sekolah rendah.

Nama betul. Alamat betul. Nama bapa betul. Nama ibu betul. Rumah sukan... Mutiara.

"Apesal tulis kat sini Mutiara? Setahu gua, gua rumah Intan.. Pelik", getus hati gua. Selama ni gua join aktiviti rumah Intan, siap masuk lumba lari berganti, sukantara, tukang sorak, tukang bawak kupon makanan, lari seratus meter pun ada kalau tak silap. Tapi apahal dalam kad profil ni gua rumah Mutiara?

Gua dah mula sangsi dengan pentadbiran sekolah gua. Rasuah. Perkara pertama gua fikir, rasuah. Takde lain ni. Tak boleh jadi. Gua rasa mahu mogok depan pagar sekolah. Tapi perkara dah lama gila. Baik gua ke pantai merokok sekejap.

p/s: Teruk dah rasuah di Malaysia.
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

10 comments:

engineer on site! said...

Kah kah kah.. Gua xphm apa kaitan cikgu lu salah tulis nama rumah sukan lu dengan rahsuah.. Tp wa sokong rahsuah mmg bermaharaja lela :p

engineer on site! said...

Pantik apa?
*rasuah setan!

Pert Doherty said...

Tirah.. tirah.. rahsuah..





...

pun boleh.. kah kah..

Kepala Mancis said...

kritis pemikiran kau pet..barangkali guru rumah mutiara merasuah untuk mendapatkan kau..



adakala rasuah boleh jadi inspirasi..lebih kala rasuah boleh jadi lebih dari bapak segala propa..berbogel-lah.

syafiq said...

stail la lu pert.
tiba2 rasuah.

Dale said...

haha, cilaka betei.

Anonymous said...

oi pert jerutu

Pert Doherty said...

Syafiq.. kah kah.. kena kena..

Pert Doherty said...

Dale.. pun sma.. kena kena

Pert Doherty said...

Anon.. lu nak mampos?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...