Jun 24, 2010

Diorang tu ke pemain Argentina?

Bila masuk minggu-minggu akhir bulan Jun, aku selalu terkenang memori sewaktu di Argentina. Don't cry for me Argentina. 

Pada era 1993-1996, aku tinggal di Argentina. Di Santa Fe. Di sana aku tak ramai kawan. Tapi masih ada la juga. Orang sana leceh la, bukan reti nak cakap inggeris. Terpaksa aku belajar sedikit sebanyak bahasa latin. Taik.

Mula-mula duduk sana, aku berjiran dengan SeƱora Mas. Mak aku la main letak je nama orang tu. Haha. Dia ada anak laki. Aku panggil dia Abang Ran. Tua sikit dari aku. Waktu tu dia dah masuk sekolah rendah. Selalu aku tengok pakai dia baju sekolah. Tengok gaya macam sekolah dekat sekolah kristian. Aku buat tak hirau. Tapi aku hirau kalau petang-petang, dia selalu gohet basikal bawak but bola. Dia lalu depan rumah aku, senyum. Itu la tiap-tiap hari.

Sampai suatu hari, dia ajak aku pergi parti hari jadi kawan dia. Aku pun ikut je la. Walaupun itu hari jadi aku jugak. Tapi takde siapa yang nak celebrate. Biasa la duduk kat tempat orang. Abang Ran tahu hari itu hari jadi aku juga. Sebab tu dia bawa aku.

Sampai. Ingatkan tadi tempat grand. Rupanya pergi kat tadika dekat-dekat situ jugak. Setan punya Abang Ran. Banyak belon-belon. Biasa sambut hari jadi memang ada belon.

Abang Ran bagitau nama kawan dia Mesin. Ganas nama dia. Nasib takde tambahan di belakang nama dia. Basuh ke, rumput ke, rambut ke, gun ke. 

Kitorang bersalaman semuanya. Dan baca doa makan. Kemudian tangkap gambar.

Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Jun 21, 2010

Kalau Graduasi pakai tanjak..

Biasa lihat pemandangan seperti ini di majlis konvokesyen kan?

Yang ini pula macam mana?
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Jun 12, 2010

Rukun Iman ada 5 perkara???

Setahu aku ada 6 perkara.

  1. Beriman kepada ALLAH SWT
  2. Beriman kepada Malaikat-malaikat
  3. Beriman kepada Kitab-kitab
  4. Beriman kepada Rasul-rasul
  5. Beriman kepada Hari Kiamat
  6. Beriman kepada Qada dan Qadar
Kan betol!! 6 perkara la. Hehe..

Saje je tulis pasal ni. Sebab tu hari aku ada terdengar dalam khutbah. Pasal hal-hal Qada' dan Qadar. Ada certain orang masih belum dapat menerima semua, segala, apa yang berlaku, yang wujud, yang tak nyata, semua dari Allah.

Dalam khutbah tu ada tegur pasal orang yang menyebut "Apa yang baik datangnya dari Allah, manakala yang buruk dari saya". Pak imam kata perkara itu salah. Kerana segala-gala memang dan tak boleh dinafikan adalah ketentuan Ilahi. Sebagai contoh, aku yang menaip entri ini. Jikalau tidak ditentukan olehNya aku menulis, maka tiadalah hasil tulisan ini. Jika aku memadan entri ini, maka sebenarnya dah ditentukan aku memadamnya.

Cuba kaitkan imej ini dengan entri kali ni.
Aku tak berjaya kaitkan.

Itulah yang pak imam tegur dalam khutbah tu, "Apa yang baik datangnya dari Allah, manakala yang buruk dari saya". Sepatutnya "Apa yang baik datangnya dari Allah, manakala yang buruk juga dari Allah, semoga kita ambil yang baik dan tolak yang buruk". Pada saya memang benar yang buruk atau musibah atau apa-apa yang kurang baik datang dari Allah. Kerana manusia ada akal untuk bezakan yang baik dan buruk, jadi dia tahu nak pilih yang mana. Yela, lagipun manusia mana yang tak buat silap. Dan lagi satu, Tuhan berkuasa atas segala perkara di muka bumi dan di luar bumi, segala-galanya la. Tapi kenapa masih ada orang buat jahat di muka bumi? Kalau tuhan nak perkara tu tak terjadi boleh je kan? Tapi kenapa Dia tak buat? Mesti ada sebabnya. Macam la dulu tak boleh Dia buat Nabi Adam tak makan buah Khuldi? (aku bukan nak menyalahkan Tuhan, aku cuma bagi contoh).
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Jun 8, 2010

Yaasiin

Hari Jumaat (antara tahun 1996-1998, tak dapat dipastikan tarikh sebenar)

Senja itu, ayah bersiap-siap. Dah tau la kalau dia mandi awal tu, nak pergi masjid la. Aku masih lagi menggohet basikal pusing-pusing di laman. 

"Dik!!", seruan daripada wanita yang paling aku gerun (sayang). 

Begegas aku meletakkan basikal ke dalam kawasan parkir. Kemudian terus berlari masuk ke rumah sambil berselisihan dengan ayah yang dah nak bergerak ke masjid. Dia biasanya pergi ke masjid menunggang motosikalnya, Boon Siew Honda C70. Bebalik pada seruan wanita tadi, aku amat menggeruninya kerana tatkala seruan kedua berkumandang, kehidupan riang seorang kanak-kanak pasti seperti kiamat.

"Masukkan baju dalam bakul, jangan dilesir je.", wanita itu terus memberi arahan.

"Mandi tu jangan sekejap je, sabun sampai wangi badan", tanpa henti arahan terus bersambung.

Aku hanya diam je. Kalau menjawab bakal ada siaran WWF di kala senja. 

Aku pun mandi. Ayah sudah pergi masjid. 

Selalunya kalau ayah pergi masjid, kelas mengaji aku pun cuti. Saat-saat yang ditunggu. Aku memang pemalas mengaji. Macam-macam skill aku gunakan untuk tak mengaji. Tapi kali ini aku tak perlu berlakon atau apa. Kerana nikmat sudah tersedia di depan mata.

Selesai mandi, aku salin pakaian. Aku pakai t-shirt ada gambar Mickey Mouse yang dibeli pada tahun lepas rasanya. Masih muat. Seluar juga ada gambar Mickey Mouse. Duduk sekejap dia ruang tamu menunggu azan maghrib. Jika ayah tiada di rumah maka aku dapat menonton televisyen yang tiada remote control sebentar sebelum masuk waktu maghrib. Jika beliau ada, jangan harap. 

Azan berkumandang. Sampai habis.

Wanita yang paling aku gerun itu pun menunaikan solatnya bersendirian. Takkan aku pula nak jadi imam.  Selepas beliau bersolat, aku pula bersolat. Tapi seperti biasa, solat aku tak khusyuk pun. Otak aku dah terfikir macam-macam aktiviti yang bakal aku lakukan selepas solat. Tak perlu mengaji tu dah satu. Selain itu dapat menonton televisyen yang tiada remote control. Keseronokannya sungguh menggilakan.

Selesai solat, aku lihat wanita yang paling aku gerun itu sedang mengaji Quran. Aku terus je ke ruang tamu dengan niat yang sudah dipasang ketika solat tadi.

Tiba-tiba.
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...