Dec 17, 2009

JANGAN PAKSA AKU!!!!!!!!

"Jangan paksa aku!!!", jerit Hamzah sambil menghempas pintu biliknya.

Pak Sudin hanya terkedu dengan tindakan anaknya itu. Selama ini tidak pernah sekalipun Hamzah meninggikan suara terhadapnya. Tapi, hari ini Hamzah mengamuk.


PETANG SEMALAM

"Bang ngah, ni bapak belikan baju. Pakai la", kata Pak Sudin kepada Hamzah.

Hamzah keluar dari bilik. Kemudian mencapai baju yang baru dibelikan bapanya itu.

"Tak mau la pak", jawab Hamzah.

"Eh, pakai la. Mahal ni bapak beli", balas Pak Sudin.

Perbualan mereka berterusan selama 2 jam. Dan hanya berkisar tentang 'pakai la' dan juga 'tak mau'.

*     *     *

bersambung di bawah skali...(baca keseluruhan artikel)

Adakah anda suka dipaksa?



PAKSA - 1. perbuatan memestikan (orang melakukan sesuatu dll); kahwin ~ kahwin tidak dgn suka hati sendiri (kerana desakan, ugutan, dll); kerja ~ kerja tidak dgn kemahuan sendiri (kerana hukuman); 2. kekerasan, tekanan, dll; dgn ~ dgn kekerasan;
(maksud diambil daripada Kamus Dewan)

Pada pemikiran saya yang agak normal ini, kebanyakan manusia tidak gemar dipaksa. KENAPA?!!

Kerana paksa tu sendiri bermaksud kekerasan atau tekanan. Benda yang paling dekat dengan kekerasan dan tekanan ini ialah SAKIT. Manusia secara fitrah, tidak gemarkan perkara yang menyakitkan.


Gambar orang diseret secara paksa





Berkata dari mata ANTI-PAKSA.
Saya tidak suka dipaksa kerana akan menimbulkan sakit hati, geram, bengang. Saya tidak suka dipaksa melakukan perkara yang saya tidak mahu.

Sebagai contoh: Askar yahudi memaksa saya berbogel di khalayak ramai. hahaha..






Berkata dari mata PRO-PAKSA.
Pemaksaan ini perlu kerana manusia hidup perlu berlandaskan undang-undang serta peraturan. Jika tiada paksaan dalam mengikut undang-undang, apa guna ada Polis kalau bukan untuk memaksa manusia mengikut undang-undang.

Takpun macam ni, ibu bapa juga mendidik anak-anak dengan cara paksaan. Jikalau tidak, cube kamu fikirkan kalau asyik ikut je kehendak anak. Anakku Sazali la jawabnye bongok!!!... Kalau ibu bapa tidak memaksa anak-anak pergi ke sekolah, ingat anak-anak ni nak pergi ke?!! ha?!!.. Banyak lagi la kalau nak ditulis.. Tapi perkara paksa ni 50-50 la. Tak semua paksa ni betol, tak semua tak pakse btol.. boleh pikir la..


Tidak perlu contoh kerana boleh paham sendirik.



*      *      *

"Pakai la.. Cantik ni", kata Pak Sudin.

"Bapak, baik bapak bagi baju tu kat Siti Zaleha anak Pak Ali tu", Hamzah menjawab.

"Apesal pulak?", Pak Sudin kehairanan.

"Bapak tengok la sendirik bajunye", kata Hamzah sambil mengangkat baju tu ditunjuk kepada Pak Sudin.



Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

4 comments:

Ahpeng Mohamad said...

oi. cerpen ya? tulis lah panjang-panjang lagi. Kisah menentang pengembala lembu ke? Bertarung dengan robot pintar menyanyi ke? hahaha

Pert Doherty said...

haha.. peng.. aku xla tulis cerpen.. cume aku nak cuba sampaikan falsafah mengunakan penceritaan yang agak kurang bergaya.. supaya senang difahami.. kuang3..

pistol dan bunga said...

hahaha..klu bapak ko pksa ko kikis jerawt ko masa kcik2 dl, xde la besar jd pelik kn pert?

Pert Doherty said...

sial ko pistol dan bunga.. haha.. jeles la tu.. haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...