Dec 18, 2009

Adobe Illustrator : Setiap Hari adalah Hari Minggu

Everyday is a weekend..

Kenapa aku gunakan tajuk "Setiap Hari adalah Hari Minggu"?

Aku pernah berangan-angan mencipta komik menggunakan teknologi (Adobe Illustrator). Dan aku mungkin akan gunakan "Setiap Hari adalah Hari Minggu" sebagai tajuk. Tapi sampai sekarang masih tak bergerak-gerak. Kerana kerjanya agak leceh kot. Dan tiada profit. haha.. Mungkin la itu sebab-sebabnya.. tapi tengok la macam mana nanti.

Namun demikian, aku ada jugak mecuba untuk melukis-lukis menggunakan Adobe Illustrator. Contohnya seperti di bawah. Aku cube melukis salah satu watak berdasarkan diri aku. Hahaha.. (perasan bagus... haha.. lantak ar.. aku yg buat.. aku punya suka la..).. Selain itu, anda boleh lawat  mindakotor.co.cc untuk melihat cubaan aku melukis komik ini..


Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Dec 17, 2009

JANGAN PAKSA AKU!!!!!!!!

"Jangan paksa aku!!!", jerit Hamzah sambil menghempas pintu biliknya.

Pak Sudin hanya terkedu dengan tindakan anaknya itu. Selama ini tidak pernah sekalipun Hamzah meninggikan suara terhadapnya. Tapi, hari ini Hamzah mengamuk.


PETANG SEMALAM

"Bang ngah, ni bapak belikan baju. Pakai la", kata Pak Sudin kepada Hamzah.

Hamzah keluar dari bilik. Kemudian mencapai baju yang baru dibelikan bapanya itu.

"Tak mau la pak", jawab Hamzah.

"Eh, pakai la. Mahal ni bapak beli", balas Pak Sudin.

Perbualan mereka berterusan selama 2 jam. Dan hanya berkisar tentang 'pakai la' dan juga 'tak mau'.

*     *     *

bersambung di bawah skali...(baca keseluruhan artikel)

Adakah anda suka dipaksa?

Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Selamat Menyambut Tahun Baru.



Selamat menyambut Tahun Baru 1431 Hijrah. Semoga pembaca juga mempunyai azam yang kuat untuk terus hidup di alam yang agak memeningkan kepala. Banyak benda yang perlu ditempuh sepanjang tahun depan. Sama juga seperti tahun lepas. pelbagai peristiwa yang seronok, yang tak seronok, yang gila, yang biasa. Yang paling gila, Liverpool kalah banyak giler (cam gampang). Haha.





BERKAT HIJRAH TAHUN INI

Vietnam Mai Xuan Hop (kanan) menangis saat Malaysia merayakan 
kemenangan 1-0 mereka di Perlawanan Akhir Bolasepak Sukan SEA Laos.
Jaringan Mai ke gawang sendiri sebagai 'penentu pemenang' untuk Malaysia. - AP Photo

Di VIENTIANE, Malaysia mengalahkan Vietnam 1-0 di ibu negara Laos, Vientiane untuk mendapatkan emas pertama mereka di Pertandingan Bola Sepak Sukan SEA bawah usia 23 tahun setelah kali terakhir pada 1989. 




Tambahan: Pasukan kegemaran aku, Liverpool. turut menang semalam ke atas Wigan Athletic. 2-1.
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Dec 7, 2009

Pakej Percutian yang terlalu lama..




Aku telah berehat dari penulisan blog sejak bulan lepas rasanya.. Haha.. Gara-gara exam.. Tapi walaupun aku berhenti kejap menulis blog, aku rasa tidak memberi kesan pun pada keputusan exam.. emmm..(mengeluh panjang.. haha)

Tak mengapa lah. yang penting. banyak jugak aktiviti yang aku lakukan sepanjang 'percutian' kali ni. Cuma kesemua aktiviti itu aku tak berjaya rakamkan dalam bentuk gambar atau video. Hanya cakap-cakap je yang ada.hmm... hmmm. hmmm..

Bagi memulakan penulisan setelah bercuti lama ni amat payah.. Sebab otak dah beku.. Start cuti, aku duduk umah. Duduk.. duduk.. baring.. duduk balik.. pastu duduk.. ntah.. duduk la sampai cacat.. Kalau tak duduk aku pegi main game yang aku sendiri sampai bosan.. Pastu dah tak tau nak buat ape, pegi la menziarah rakan-rakan. Tu pun kalau ada la diorang. Kalau tak aku pegi la As-Salam (warung mamak kat tempat aku) sebab nak tengok bola. Tapi tak tentu gak la. Ntah la.. Macam takde hala tuju hidup. Haha..

Mm.. nanti la aku sambung.. ngantok..

Ni iklan datang dari mana ni? Cis!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...