Oct 26, 2009

CJ 9882 kembali beraksi!!!

Em.. selama ni aku tak pernah cerita dalam blog yang aku mempunyai pengangkutan yang berusia lebih 30 tahun kan? haha.. hari ni aku nak dedahkan.. Kerana aku gembira.. yeah! yeah! yeah!.

hari ni aku dapat 3 benda yang menyeronokkan..

  1. Liverpool FC menang ke atas Manchester United semalam (2-0) 
  2. Aku dah berjaya melepaskan diri dari segala kerja projek (tadi dah presentation.. setel)
  3. CJ 9882 sudah sedia untuk beraksi.. yeah!!



Apa itu CJ 9882?

CJ 9882 ialah nombor plat bagi kenderaan aku yang dah lama tersadai atas sedikit kerosakan terhadap clutch. Jadi baru-baru ni dapat duit raya banyak gak kot... Boleh la untuk menampung kos pembaikan kenderaan aku itu. Dan tadi lepas isyak, aku dah menjemput beliau kembali ke pangkuan aku. haha..

Ni la CJ 9882



Walaupun ada sedikit problem time aku balik dari bengkel. Baru lepas gerak dari bengkel, tetibe je moto semput cam haram bagaikan tank aku kosong tak isi minyak. Terus mati tengah jalan. Aku pun tolak tepi, try start balik. Tapi, tak menjadi. Start rasa enjin macam kosong, pijak starting enjin tu ringan giler. "Pehal ni" aku cakap. Ingat minyak habis ke. Last-last pegi balik kat bengkel (Wak Din or Haji Din), kesian gak suruh orang tua tu betolkan moto malam-malam. Rupa-rupa nat yg ikat head blok moto aku dah loose. Dia gantikan dengan yang lain la. Gasket pon tukar.



Masa pomen malam tadi




Dah siap tu aku pon lepak dulu dgn otai-otai Ojo Ngawoor (nama geng vespa kat Parit Raja tu la). Peh vespa diorang jangan cakap la. Kalau RXZ... huh.. makan asap je la. LC.. mm.. main long boleh kot.. Haha.. Takpe la. yang penting aku hepi hari ni!!! Sayangku dah kembali!!! Mwwwwaaaahh!!


Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Oct 19, 2009

Adobe Illustrator : Rafael Benitez








Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Oct 18, 2009

Bangkit!! (aku masih tunggu keajaiban)

Dah dekat sebulan aku tak menulis apa-apa.. Aku bukan buntu.. Tapi belum rasa ringan. Tangan boleh lagi nak menaip. Tapi ntahla.. Bila pandang pada duniaku sekarang, entahla.. Di mana dia sukses, di mana dia gembira aku sudah tak tahu nak letak di tempat yang betol.. Aku sudah jadi orang yang zalim.


Ada kawan cakap kat aku "Blajar hingga ke liang lahad", selagi hidup slagi tu kita belajar. Ye aku suka belajar. Belajar meronda-ronda dunia, belajar memandu kenderaan, lagi aku belajar segala macam tentang dunia. Kata orang tua aku pula "Belajar kena ada minat", ya benar itu.. MINAT!!!. Aku kena ada minat sebab aku bukan genius.. Tapi minat datang dari mana?? Hati. Dari hati.. So, aku sedia belajar ape yang aku minat. Yeah, of course. Takkan aku nak paksa diri sampai aku cacat. Dulu waktu kecik-kecik lain... Takat penggunaan otak berlainan dengan sekarang yang dah semakin tua.. Dulu boleh dipaksa, sekarang aku masih cuba memaksa juga.. Tapi aku semakin nampak had. Mereka yang lebih tua, lebih berpangkat, lebih sukses dari aku berkata pada aku "Ape masalah awak sebenarnya?, kan orang lain boleh juga belajar perkara yang sama, kenapa mereka boleh tapi awak tak boleh?".. Haha.. kata-kata memang senang dilafaz wahai manusia. Aku juga boleh cakap besar. Tapi sampai bila nak cakap besar??





Ada juga orang cakap kat aku "Orang islam tak boleh putus asa". Yes aku mengaku aku orang Islam, aku sedang cuba untuk tak putus asa sekarang ni.. Kadang-kadang jeles lihat kenapa orang di sekeliling mudah sangat mendapat dunia.. menggapai apa yang diimpi..  Haha.. tapi jeles tak bawa aku ke mana pun.. Aku harus bangkit.. ye bangkit macam kuih bangkit. haha.. Tapi xpe la, aku kadang-kadang lebih pecaya pada keajaiban.. Kerana semua di dunia tak dapat dijangka ya.. Haha kenapa dulu Champion League 2005 Liverpool boleh menang ke atas AC Milan?? kerana keajaiban kan? Sudah ketinggalan 3 gol.. Tapi boleh menang.. Em.. aku masih tunggu sesuatu keajaiban dalam hidup aku.. Sambil itu BANGKIT!!!!



Ni iklan datang dari mana ni? Cis!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...