Dah dekat sebulan aku tak menulis apa-apa.. Aku bukan buntu.. Tapi belum rasa ringan. Tangan boleh lagi nak menaip. Tapi ntahla.. Bila pandang pada duniaku sekarang, entahla.. Di mana dia sukses, di mana dia gembira aku sudah tak tahu nak letak di tempat yang betol.. Aku sudah jadi orang yang zalim.
Ada kawan cakap kat aku "Blajar hingga ke liang lahad", selagi hidup slagi tu kita belajar. Ye aku suka belajar. Belajar meronda-ronda dunia, belajar memandu kenderaan, lagi aku belajar segala macam tentang dunia. Kata orang tua aku pula "Belajar kena ada minat", ya benar itu.. MINAT!!!. Aku kena ada minat sebab aku bukan genius.. Tapi minat datang dari mana?? Hati. Dari hati.. So, aku sedia belajar ape yang aku minat. Yeah, of course. Takkan aku nak paksa diri sampai aku cacat. Dulu waktu kecik-kecik lain... Takat penggunaan otak berlainan dengan sekarang yang dah semakin tua.. Dulu boleh dipaksa, sekarang aku masih cuba memaksa juga.. Tapi aku semakin nampak had. Mereka yang lebih tua, lebih berpangkat, lebih sukses dari aku berkata pada aku "Ape masalah awak sebenarnya?, kan orang lain boleh juga belajar perkara yang sama, kenapa mereka boleh tapi awak tak boleh?".. Haha.. kata-kata memang senang dilafaz wahai manusia. Aku juga boleh cakap besar. Tapi sampai bila nak cakap besar??
Ada juga orang cakap kat aku "Orang islam tak boleh putus asa". Yes aku mengaku aku orang Islam, aku sedang cuba untuk tak putus asa sekarang ni.. Kadang-kadang jeles lihat kenapa orang di sekeliling mudah sangat mendapat dunia.. menggapai apa yang diimpi.. Haha.. tapi jeles tak bawa aku ke mana pun.. Aku harus bangkit.. ye bangkit macam kuih bangkit. haha.. Tapi xpe la, aku kadang-kadang lebih pecaya pada keajaiban.. Kerana semua di dunia tak dapat dijangka ya.. Haha kenapa dulu Champion League 2005 Liverpool boleh menang ke atas AC Milan?? kerana keajaiban kan? Sudah ketinggalan 3 gol.. Tapi boleh menang.. Em.. aku masih tunggu sesuatu keajaiban dalam hidup aku.. Sambil itu BANGKIT!!!!
No comments:
Post a Comment