Sep 13, 2009

C&C All Stars : Red Alert vs Generals vs Tiberian Sun

Siapa yang akan menang?

Apocalypse, Overlord, or Mammoth MKII?




Command & Conquer All Stars adalah satu pengubahsuaian terhadap game Command & Conquer: Generals Zero Hour. Dalam Command & Conquer All Stars, pemain akan memilih untuk mengawal 3 kuasa iaitu Red Alert Alliance, Tiberian Coalition, dan juga Generals Elite. Teori utama yang terdapat pada ubahsuai ini adalah untuk membuktikan: Apa unit yang terbaik? Jalan cerita yang terbaik? antara Red Alert, Tiberian Sun dan juga Generals. Itu semua dapat dibuktikan oleh si pemain.

Red Alert Alliance
Red Alert Alliance adalah hasil dari persatuan antara Allies, Soviet, dan Yuri. Membuat unit seperti Longbows, Apocalypse Tank, Shock Troopers, Tanya, dan Kirov, Red Alert Army adalah kekuatan yang harus diperhitungkan. Setelah dipilih, Red Alert Alliance memiliki tiga pilihan subarmies, masing-masing dengan unit yang unik mereka sendiri, upgrade, dan 3-Star General's Power: Allies, Soviet, dan Yuri.

Tiberian Coalition
Tiberian Coalition adalah hasil dari gabungan GDI, Nod dan Forgotten. Menggunakan senjata yang bervariasi sebagai Mammoth MK II, Stealth Tank, dan Reapers, Tiberian Coalition adalah pilihan yang kuat dalam perang ini. Tiberian Coalition memiliki tiga pilihan subarmies: GDI, Nod, atau Forgotten, masing-masing dengan dua unit yang unik, upgrade, dan 3-Star General's Power.

Generals Elite
Generals Elite adalah kelompok yang terbentuk sebagai hasil dari persekutuan antara Amerika Syarikat, Cina, dan GLA. Mengguna senjata seperti Tomahawks, Overlords, dan Quad Cannon, Generals Elite adalah kelompok yang tidak boleh dianggap enteng. Pemain memiliki pilihan untuk memilih antara tiga subarmies yang berbeza, masing-masing dengan unit yang unik mereka sendiri, memperbaiki, dan 3-Star General Power: Amerika Syarikat, People's Republic of China, dan Global Liberation Army.



Screenshot dari
Command & Conquer All Stars:



Trailer dari
Command & Conquer All Stars:



Command & Conquer All Stars boleh didownload dari laman web
CnC All Stars

Pos ini duibuat kerana aku baru mendownload game Command & Conquer General Zero Hour. Aku amat meminati modding game contohnya Command & Conquer All Stars ini. Kerana kadang-kadang kita ada impian terhadap sesuatu game. Dan kadang-kadang mod game ini sama dengan impian kita. Sebagai contoh, aku minat game Marvel vs Capcom kerana dapat menggunakan watak dalam game berlainan dan dilawankan dalam game yang sama. Ini juga hasil modding game pada suatu ketika dahulu. Aku cinta modding game. Kalau aku tunjuk game Grand Theft Auto San Andreas dalam laptop aku kepada orang, selalunya mereka akan pening kepala. Haha. Kerana aku sudah mengubahsuai ke tahap mengarut. Tapi gameplaynya masih normal seperti GTA asal. Huhu..
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Sep 9, 2009

Adobe Illustrator: Heinz Ketchup Bottle

Hari ni sempat aku wat sikit karya mengarut guna Adobe Illustrator lagi.. Seronok sangat la software ni. haha.. Aku jadi ketagih.. Hahahaha..

Hari ni guna gambar botol sos Heinz.


Sos Heinz


Aku sememangnya dah takde modal lain, suke sangat buat gambar betul jadi vector. Hahaha.. sedap beb.. ketagih.. lagi ketagih dari ape-ape yang boleh wat orang ketagih.. hahaha..



Lukis semua line (outline, isi dalam botol sos, stiker Heinz)guna 'Pen Tool'






Isikan kaler guna tool 'Live Paint'

Ala, aku lagi skali lupe nak wat btol-btol step by step. Tapi ini aku wat bape layer nth. mcm banyak je, sebab nak wat kaler sos tu la. Kan botol sos tu kaler jernih, nampak belakang botol tu. Aku wat Opacity di 60%-75%.. Ape lagi ntah. Aku tak ingat..
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Siapa pernah ponteng puasa??


Adik wat ape tu kat bawah??


Laparnye.. haha.. itula yang slalu kita dengar time kita kecik-kecik dulu. Haha.. Takpun cmni, "Mak, bila nak buka ni, adik lapo la".. Haha.. Kesan daripada kelaparan yang menggila ni, kanak-kanak yang terjal akan mencuba cari peluang untuk curik makan. haha..

Siapa ada pengalaman ponteng puasa?

Haha, pasti ramai yang pernah terjebak dengan gejala-gejala macam ni. Haha. Tak puasa di bulan Ramadhan atas sebab yang tak munasabah. Haha.

Aku pun pernah jugak ponteng puasa, time tu aku baru-baru start belajar puasa (umur antara 6 or 7 tahun.. tak ingat sangat). Yang aku boleh ingat citer ni btol-btol sebab baru-baru ni sebelum masuk Ramadhan mak aku ada citer kat aku pasal dulu-dulu aku ponteng puasa. Haha.. Tapi cara aku memontengkan diri tu agak bangang. Haha..

Mak aku kata aku makan sorok-sorok tapi caranya agak sengal. Katanya, aku dengan akak aku pegi kat stor yang ada makanan, pastu amik segenggam biskut bantal. Pastu kitorang masuk dalam gebar*, makan dalam gebar. Tapi yang agak bangang, aku pergi ke ruang tamu (dalam keadaan aku masih dalam selimut dan sedang makan) dan menari-nari depan bapak aku yang sedang menonton televisyen. Dalam otak aku fikir, mungkin bapak aku takkan perasan kalau aku wat aksi macam tu. Yes, memang dia wat camtu sebab dia malas nak layan aku.
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Sep 7, 2009

Adobe Illustrator : Cigarette in box

Hari ni aku bereksperimen dengan Adobe Illustrator lagi. Dengan menggunakan kotak rokok sebagai subjek. Imej di bawah telah diambil dengan sengaja tanpa meminta kebenaran melalui Google Image search.

PERINGATAN!! : Merokok membahayakan kesihatan


Aku tak sempat la nak tunjuk step by step benda ni. Cuma yang utama, aku hanya menggunakan "Pen tool" dan "Live paint" saja dalam Adobe Illustrator ni. Ala, yang aku buat ni, dalam Paint pon boleh buat gak. Poyo je lebih aku ni nak tunjuk-tunjuk lak. Budak umur 5 tahun pon reti.


Kotak rokok sebelum diwarnakan



Selepas diwarnakan


Ok la.. Kepada sesiapa yang minat bereksperimen dengan Adobe Illustrator ni jugak, boleh la komen-komen kat bawah.. Boleh kongsi-kongsi pendapat ke pae je la. haha..

mmmmm.. xtau nak cakap ape lagi.. haha.. Sekian..
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Sep 3, 2009

Simpsonize Me : Rafael Benitez

Hari ni bosan, so aku wat la sesuatu. Aku pun pergi la kat Simpsonizeme.com. Amik gambar Benitez dari Google Image search. haha.. Sebat je la. Aku pun meng'Simpsons'kan si Benitez ni. Hahaha..

Aku suka makan piza.. Hahaha..


Jeng.. jeng.. jeng.. inilah hasilnya..


kt situ tak ley wat orang jadi gemuk mcm Benitez yang betol. So, itu je la yang dapat dibuat. Haha..

Rafael Benítez Maudes (dilahirkan 16 April 1960 di Madrid, Sepanyol) ialah seorang pengurus bola sepak berbangsa Sepanyol. Biasanya dia dipanggil Rafa Benitez sahaja. Rafael Benítez menjadi pengurus Liverpool FC sejak tahun 2004. Beliau adalah orang Sepanyol yang pertama menjadi pengurus Liverpool FC.



Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Adobe Illustrator : Gambar awek

dah takde.. kbai.
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...