Sep 9, 2009

Adobe Illustrator: Heinz Ketchup Bottle

Hari ni sempat aku wat sikit karya mengarut guna Adobe Illustrator lagi.. Seronok sangat la software ni. haha.. Aku jadi ketagih.. Hahahaha..

Hari ni guna gambar botol sos Heinz.


Sos Heinz


Aku sememangnya dah takde modal lain, suke sangat buat gambar betul jadi vector. Hahaha.. sedap beb.. ketagih.. lagi ketagih dari ape-ape yang boleh wat orang ketagih.. hahaha..



Lukis semua line (outline, isi dalam botol sos, stiker Heinz)guna 'Pen Tool'






Isikan kaler guna tool 'Live Paint'

Ala, aku lagi skali lupe nak wat btol-btol step by step. Tapi ini aku wat bape layer nth. mcm banyak je, sebab nak wat kaler sos tu la. Kan botol sos tu kaler jernih, nampak belakang botol tu. Aku wat Opacity di 60%-75%.. Ape lagi ntah. Aku tak ingat..

Pastu terus aku selesaikan untuk nampak lebih macho. Stiker dia aku kaler macam yang betol punye. Past outline dia aku guna kaler kelabu gelap. Sebab macam best je. Haha...



Finishing, warnakan semua bahagian stiker




Untuk kesemua ni aku mengambil masa 2 jam lebih kot. Haha.. Masih belum bagus. Aku ada gak bercadang nak wat komik guna Adobe Illustrator ni.. Nampak cam menarik je kn. hehehe.. Takpe, itu perancangan masa hadapan.. Hehehe..

TRIVIA SOS


Sos tomato adalah sos yang dibuat dari buah tomato yang sudah masak bersama gula, garam, cuka dan rempah seperti cengkih dan kayu manis. Bawang bombay, seleri dan sayuran lain juga sering ditambahkan ke dalam sos tomato.

H. J. Heinz Company, Hunt's, Del Monte Foods, dan Brooks Ketchup merupakan nama pengedar sos tomato yang terbesar di Amerika Syarikat.

Sos tomato digunakan untuk kentang goreng, sandwic, dan lain-lain masakan ayam dan daging yang dipanggang atau digoreng. Campuran sos tomato dan mayones merupakan bahan utama sos salad yang disebut Thousand Island.



Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...