Oct 24, 2012

Masing-masing.

"Ok, habis tajuk kali ini"

Semua senyap.

"Ok, ada lagi setengah jam, boleh buat kerja masing-masing"

YAAAAYYYYYYYY!!!!

Semua berteriak.

Tidak kurang ada yang entah apahal 'bang'. Yang tadi histeria secara tak fasal-fasal pun ada juga. Cerita yang baik-baik pun ada, mereka semua mengangkat tanda 'jempol' pada saya tanda saya bagus.

Saya bukan apa, saya tahu belajar sejarah adalah membosankan jika setakat berpandukan buku teks. Buku teks sekolah pada hemat saya sudah diubahsuai terlalu jauh dengan cerita-cerita di dalamnya melangkau isu-isu yang berlaku pada zaman itu (Zaman-zaman yang berkenaan, maksud saya, kalau cerita tahun 50-an, tidak semua diceritakan, jadi kisah yang dikisahkan dalam buku teks itu tidak tally dengan sebab musabab yang diutarakan dalam buku teks). Kebanyakan cikgu-cikgu juga kurang pengetahuan mengenai kisah-kisah yang berlaku pada zaman dahulu (Kadang-kadang mereka tahu tapi mereka terikat dengan sistem yang mengawal setiap tindak tanduk mereka). Mereka cuma tahu 'Lesson Plan', silibus, gred dan pencapaian sekolah. Tapi, dua tiga hari lagi mungkin saya juga terpengaruh dengan sistem ini. Sistem yang sangat lovely ini.

Namun walau apa benda sekalipun, saya suka bermain masa dengan ayat "Ok, boleh buat kerja masing-masing". Kadang-kadang ada satu masa yang tiba-tiba keadaan kelas menjadi mood lost, tidak tahu nak buat apa. Saya tak mahu tiba-tiba mengajar melukis. Sebab saya tidak rasa hikmat melukis ini boleh diwarisi, stroke setiap orang lain, jadi mereka buat seni mereka, saya akan buat seni saya. Jadi, pengajaran seni lukis pada kelas sejarah tidak tepat. Oleh itu, proses mendiamkan diri sebentar adalah lebih tepat, membuat mereka tertunggu-tunggu. Bila membuat pemerhatian terhadap benda bernyawa ini, pemerhatian anda akan lebih seronok. Tidak seperti memerhati forklift, air compressor, power house, dan gulungan wayar. Kerana benda bernyawa akan ada interaksi dan emosi terhadap pemerhati. Dan bila saya sudah bosan membuat pemerhatian, makan ayat keramat, "Ok, boleh buat kerja masing-masing" itu akan saya gunakan. Kemudian saya akan senyum yang tidak menonjolkan daging pipi.





p/s: Hihi
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...