Jul 31, 2012

Desaru (cerita tak best)

Tenutetenutetenenewnew (Nokia punya ringtone)

'Basri 2' nama naik.

Gua angkat.

"Ha. apa benda?", terus gua sergah.

"Woi ni asri la woi, asri"

"Aku tahu la. ingat aku tak sep nombol kau?"

"Hihihihi", Asri mengelekek. Kalau gua dah tampar baru tak nak mengelekek kau bulan-bulan puasa macam ni.

"Ha, ada apa benda?"

"Woi jalan nak ke desaru lalu mana? Dia kena lalu kota tinggi kan?", Basri tanya gua.

"Ha, lalu kota, tak pun kau ambil jalan baru yang ada jambatan, turun senai ke pasir gudang.. aku tak ingat. senai rasanya"

"Yeke? aku rasa macam bukan"

" Ntah aku bukan ingat sangat, nanti kau tanya la sapa-sapa yang kau jumpa macam mana nak ke desaru lalu jalan baru, dah woi dah dah"

"Kau bizi ke apa?"

"Ha lah, aku pasang kereta, kang kalau gua tak pasang takda production kang kilang ni.. kah kah kah kah, penting beb gua"

"Yela, yela"

p/s: ok cerita tak best. pergi mampus. cuma gua rasa nak menulis. jadi gua tulis la.
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Jul 27, 2012

Tanah

"Long, takde tanah-tanah kosong ke? Tolong la ejas-ejas sikit", kata Daim sambil tersengih-sengih.

"Feewwwiitt!", Long men'suwit' ke kiri.

"Feewwwiitt!", Long men'suwit' ke kanan pula.

"Dah buat mende tu?", Daim mengangkat kening hairan perlakuan Long.

"Dah kau suruh ejas, aku ejas la tu"

"celake"




p/s: Tiba-tiba gua jadi ahli pengakap semalam. Hihihihi
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Jul 24, 2012

Karen dan elektron

"Kenapa elektron dengan karen ni bergerak bertentang?", Nizam tanya.

"Siapa tanya ni?"

"Lipi"

"Babi, kalau lipi memang tanya bukan-bukan, malas aku jawap"


Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Jul 20, 2012

FASTING 5

Gua setat puasa sejak dari bangku sekolah lagi. Amalan puasa ini memang jadi keutamaan dalam keluarga gua. Pantang ada hari yang halal berpuasa, kami pasti berpuasa. Sehinggakan bila dikira-kira balik hari yang tidak puasa dalam setahun, ada la kira-kira sebulan setengah.

Betapa takwanya gua pada zaman itu.

Pada tahun-tahun berikutnya, gua dan keluarga terus melakukan tradisi biasa. Berpuasa secara tidak tentu hala.

Dan lu orang jangan ketawa pula.

Aku tampar kang.

*      *       *

Bruce Wayne terus memecut di tengah-tengah kepungan berpasukan-pasukan polis entah dari mukim mana entah masing-masing. Tiba-tiba sahaja dekat 20 pasukan polis boleh muncul memenuhi ruang sehingga nak bernafas pun tak boleh. Bruce Wayne masih lagi memecut.

Polis-polis tadi semua masing-masing mengacu senjata. Ada yang berat, ada yang ringan. Semua diacu menggila ke arah Bruce Wayne. Ada juga yang duduk sahaja merokok di tepi kereta peronda.

Gua terus ke tandas.

p/s: puasa puasa juga. bernafas jangan lupa
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Jul 18, 2012

Control Panel

"Ceh senang je."


lepas sejam.


"Apasal susah sangat sistem bende ni"

"Hahaha, tadi dia yang kata senang"

"Bukannnnn... cuba la label betul-betul dekat control panel tu, ini tidak nama panel tu apa pun tak tahu, lain dengan cheklist"


p/s: damn gua tak bawak laptop
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Jul 16, 2012

Air Cond

Jumaat belajar pasal aircond. Cik Din yang bagi talk.





"Pepatah cina ada mengatakan, Setajam-tajam mata pedang, tajam lagi mata pena", Cik Din cakap.






p/s: kbai
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...