Feb 13, 2010

Lelaki kurang mengucap "Sayang"?



Haha.. topik yang buat aku dipijak ramai-ramai oleh orang lelaki.. (mmm.. mungkin??) Hahaha..

Adakah benar lelaki kurang mengucap sayang?

Mungkin ada kebenaran, dan mungkin ada kesalahan dari pernyataan tersebut.

Perbincangan tajuk ni cuma timbul dari pemikiran aku je. Takde kajian atau observation yang dilakukan secara formal. Aku cuma memandai-mandai membuat tuduhan terhadap golongan lelaki.

Ramai lelaki rasanya pernah megucapkan "I LOVE YOU" kepada orang yang dikasihinya (girlfriend, "boyfriend" dan yang berkait dengannya). Dan mungkin mengucapkannya lebih banyak dari wanita.

tetapi


berapa banyak kali anda dengar BAPA kamu mengucapkan "I LOVE YOU" atau "SAYA SAYANG KAMU" atau "KAMU TAU TAK AKU SAYANG PADA KAMU?" dan macam-macam lagi la dialog yang menggunakan perkataan "SAYANG". Boleh beritahu pada aku, berapa banyak kali bapa kamu sebut perkataan sayang pada kamu berbanding dengan ibu kamu? 

Pada pendapat aku, ibu yang lebih gemar menyebut perkataan tersebut. BENAR atau TIDAK? Kerana sejak aku mula pandai bercakap dan berfikir, aku belum pernah ingat bapa aku sebut sayang pada aku. Jikalau ada antara kamu yang mempunyai bapa yang selalu mengucap sayang pada kamu, kamu adalah antara orang yang beruntung. haha..


Tetapi walaupun mereka tak pernah ucapkan SAYANG, kita tak boleh menuduh bapa tidak sayang pada kita. Cuma....... mereka ada sedikit ego kot?? hehe.. Betol x para bapa sekalian?? haha Mereka sebenarnya sayang pada kita, cuma cara penyampaian rasa sayang itu berlainan dengan para wanita.. Mungkin ada bapa yang nak tunjuk sayang pada anak dengan belikan PSP, ada juga yang merotan anak-anak yang nakal, ada juga yang bawak jalan-jalan.. haha.. Tapi mereka tak terucap kata-kata tu.. Berat kot maksud SAYANG tu?? haha.



Topik ni sebenarnya bermula selepas aku menonton Drama bersiri jepun bertajuk Absolute Boyfriend (絶対彼氏. Zettai Kareshi).. 

Ada satu part dalam cerita tu. citer pasal bapak kepada watak utama, Riiko datang melawat dia kat tempat kerja. bapak dia datang ngan mak dia.. Bapak dia bukan main garang lagi.. sampai bergaduh-gaduh dengan Riiko.. Haha.. Sume nak komplen.. Last2 skali time bapak dia nak balik semula ke kampung, mak dia kantoikan yang bapak dia yang sebenarnya rindu pada Riiko n nak datang lawat. Tapi bila depan-depan Riiko sume yang dia nak membebel.. Hahaha..
Adegan ketika bapa Riiko datang melawat. Macam-macam hal. Hahaha



Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

9 comments:

Anonymous said...

agak betol la kot..hahahah

Pert Doherty said...

to iamerie, haha.. yeke?? boleh caye ke?? haha

ijat bong said...

bile bpak ak nk blikn ak laptop

Pert Doherty said...

to ijat bong.. haha... boleh dowh.. try ar mintak.. xpon ko wat surat anonymous kt bpk ko mintak laptop..

safwan ramli said...

aku sayang saudara seislam aku...dan aku sayang manusia...

name saye ahmad khairi said...

bapak ak cmni dok..ANDA GENIUS PERT!

Nur Hafizah Hadi said...

walaupun dah lame tapi aku nak komen gak, ceh. aku tengok cite tuuuuuu! haha x sangka ko pun tengok lol. tapi wehhh ayah aku selalu cakap sayang kat aku =.=

Pert Doherty said...

khairi.. bagus..

Pert Doherty said...

Hafizah.. lu beruntung.. bapa gua tak seperti bapa lu..

haha.. tp gua tahu dia syg gua

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...