Aug 23, 2009

Bundle Bundle Bundle Addict!!

Wah!! Bundle!!!


Siapa kat sini suka pakai barnag-barang bundle?? Aku bukan ape, saja-saja nak kongsi pendapat. Haha. Aku rasa bagus la jugak pakai barang-barang bundle ni. Murah pun murah, ori pun ori. Tapi aku ni bukan la golongan yang terlalu ketagih kat barang-barang bundle. haha. Sebab ada lagi sorang member aku yang memang btol-btol menyanggup nak dapat barang bundle (barang yang tinggi la value dia). Dia menyanggup dari segi tenaga, wang serta masa. Haha.

Kadang-kadang aku tengok, ada certain barang-barang bundle yang dijual boleh mencecah ratusan ringgit, malah mungkin ada yang ribuan ringgit. Kerana apa?? Kerana barang tu rare la sikit. Kiranya kalau dipakai di Malaysia, anda la satu-satunya yang memilikinya. Lagi satu sebab, baju tu mungkin ada gambar muka Joe Strummer (penyanyi band The Clash). Maksud aku bukan hanya muka Joe Strummer, tapi muka-muka lagenda dalam era punk, rock, dan hape segala bapak-bapak band zaman-zaman 60an, 70an hingga 90an. Bila sehelai t-shirt dicetakkan muka artis-artis seperti itu di atasnya, maka harganya (yang dijual di bundle) akan melambung. Tapi ada juga yang mencari barang-barang berjenama di bundle. Contohnya, jenama Paul Smith, Bounty Hunter, Hysterics Glamour, Superlover dan sebagainya. Banyak lagi la kalau nak disenaraikan. Haha..

Haha. Tak mengapa la. Aku tak sanggup mengeluarkan wang banyak-banyak untuk baju. Cukup la aku pakai baju t-shirt bodoh-bodoh je yang dibeli dari bundle. Aku pegi bundle untuk jimat. Haha. Tak pe, setiap orang punya minat yang berlainan.

Ok sekarang ni, aku dah terjumpa ramai orang orang jual barang-barang bundle menggunakan blog. Ternyata, ianya bagaikan satu wabak!!! Haha. Modus operandi yang digunakan oleh golongan 'bundle blogger' ialah:
  1. Upload gambar barang di blog (beserta harga dan condition barang biasanya)
  2. Menerima tempahan serta bayaran
  3. Pos barang menggunakan kurier. (POSLAJU or POS Ekspres)
Mudahkan. Haha. Bagi sesiapa yang berminat nak jual-jual kat internet, boleh la cuba cara di atas. Aku menyokong sebenarnya perbuatan sesetengah bundler yang menjadi blogger. Kerana promosi barang akan menjadi hebat bila di internet. Tak perlu kedai, tak perlu permit. Haha. Memang syok kan?


Lagi baru-baru ni aku ada tengok sesetengah blog bundle ada wat Contest untuk pelayar-pelayar blog. Aku baca benda ni kat Bundle Addict. Memang hebat idea itu. Dia akan berikan t-shirt kepada pemenang pertandingan yang dibuat setiap bulan. Hoho.

Adui nak cakap ape lagi ek? Haha.. lalalala.. xtau.. bye bye untuk hari ni



Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

5 comments:

Joe said...

saya pernah menang sehelai t-shirt dari Bundle Addict...

feel free utk mengunjungi Joe Bundle di http://joebundle.blogspot.com.

untie hana said...

hem...syok gak baca blog si pert ni skali skala..hahaha akak pon ada gak beli bju2 bundle..utk my daughters la..
baju akak plak..akak beli kt KOTAK MASA je (TIMES SQUARE) sbb konsep dorg skrg ni semua bju RM10/15/25..yg akak rasa x de kt mana2 lagi..so far quality baju ok & up to date (china mari..)
so skrg almariku dh x muat nk simpan baju sbb kalo rm 100 leh dpt bnyk baju..ekekekek

Pert Doherty said...

to joe... cun.. dapat menang baju ape tu??

Pert Doherty said...

to kak hanawita.. huhu. chare beb budak2 pakai baju bundle.. hehe.. silap-silap pakai baju gmbar pete doherty ke johnny rotten ke.. hehe

orait ar tu kak.. murah dan puashati.. watpe pg bli barang ori pastu susu anak xley beli.. hehe..

ps: kak, xmau belikan baju untuk sy ke? hahaha...

Kevin Lim said...

Saya suka akan artikel ini. Ia banyak membantu saya untuk memggambangkan perniagaan bundle saya!! Terima kasih banyak banyak!




Kalau boleh, kunjungilah
laman web saya
.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...