"Murah-murah, lihat dulu abang", beberapa orang kuraisy menegur gua.
Gua tak ambil peduli, gua terus hirup kopi pelan-pelan layan malam di negara padang pasir itu.
Sambil gua terus mundar mandir di laluan pejalan kaki.
Tiba-tiba, satu pemuda kuraisy melompat ke tengah laluan berdiri menghalang perjalanan gua. Betul-betul depan gua. Nyaris kopi panas itu tertumpah. Jikalau tertumpah maka gua akan lempang pemuda itu. Sudahlah gua jarang-jarang dapat peluang layan kopi sambil menghirup udara malam di negara orang. Gua perhati atas bawah pemuda itu.
Pemuda itu menghulurkan dua kotak minyak wangi hajar aswad kepada gua sambil berkata, "Lima belas, lima belas riyal halal". "Pandai juga pemuda ini bertutur bahasa melayu", detik hati gua.
"tiada duit", gua jawab.
Namun jawapan gua itu mungkin tidak difahami, pemuda itu terus menerus menyatakan bahawa dua kotak minyak hajar aswad berharga lima belas riyal. Malah siap menunjukkan gua tasbih.
Bila menunjukkan tasbih, gua menunjukkan sikap pura-pura berkenan mengambil tasbih dari tangannya.
"Original koka", pemuda itu menyatakan.
"ok-ok", gua jawab sambil lewa sambil hirup kopi.
Gua pulangkan semula tasbih yang didakwa diperbuat dari kayu koka itu dan ingin berlalu pergi dari situ dengan cepat.
Namun beliau masih tidak berpuashati menangkap lengan gua dengan kuat. Berikutan perilaku pemuda kuraisy yang tiada adab itu, air kopi gua tertumpah mengenai tangan gua. Panas bukan main. Gua tahankan. Sedang gua menahan sakit, seorang lagi pemuda kuraisy dari belakang gua mengambil songkok gua. Gua pakai songkok indonesia yang lipat tu. Beliau kemudiannya membawa lari songkok gua ke kedai sebelah. Dalam tangan gua kesakitan menahan panas, gua cepat-cepat mengejar pemuda kuraisy yang kedua, dia agak gempal sedikit.
Gua masuk ke kedai yang sebeleh itu dan terus menyiram muka pemuda itu dengan baki kopi yang masih ada dalam cawan.
Pemuda itu melolong-lolong sambil separa-separa mahu pegang mukanya yang sedang melepuh. Bagaikan disiram cuka getah jadinya muka pemuda itu. Sedang dia menjerit-jerit gua memberikan tumbukan dekat bahunya. Ini berikutan gua lihat tubuhnya gempal maka gua ambil tindakan memukul bahagian bersendi daripada memukul perut. Jadi gua pukul dua kali di setiap bahunya membuatkan dia terduduk di atas satu kerusi lipat. Selepas sahaja dia terduduk gua mengambil satu tongkat yang gua percaya tongkat itu diperbuat dari kayu koka dan gua memukul bahagian ari-arinya.
Gua lekas mengambil songkok lipat gua.
"abang, semua empat puluh riyal", pemuda itu bersuara lagi sambil menunjukkan satu tasbih koka dan tiga kotak minyak hajar aswad.
Gua sepak muka pemuda itu.
Rakan pemuda itu lintang pukang lari ke arah utara.
p/s: bende tak meniaga macam nak kena tinju.