Aug 31, 2012

Tak sudah-sudah pasal kawin

Itu hari pergi kerja kawin kawan gua dekat Pasir gudang. Gua tak tahu jalan apa benda. Yang gua tahu dekat Pasir Gudang.

Jalan bende apa tah. Banyak nama-nama ikan. Gua tercari-cari juga Jalan Kekek kalau ada.

Dekat kerja kawin itu gua tak banyak buat hal. Pasal hari hujan. Gua memang ada pantang pasal buat hal dan hari hujan. Pantang larang ni jangan dibuat main ada juga yang telur besar sebelah. Hal ini boleh juga dikaitkan dengan pantang larang masuk hutan yang kadang kala mengarut.


*      *      *

Dekat nak senja sambung raya rumah Yusri di Larkin kalau tak salah. Gua mana la ingat semua jalan.

Masa seting, gua ingat gua paling last akan sampai. Biasanya begitu. Muka gua kalau awal, boleh jadi itu cuma Qarin gua atau pun gua kena tipu. Tapi kali ni gua sampai awal. Maknanya gua dan Lok berdua saja sampai rumah Yusri.

Gua sama Lok duduk atas sofa.

Mak dia pelawa minum, gua tolak mentah pasal gua nak terima pelawaan tu waktu semua kawan-kawan lain sampai.

Tak lama mak dia bersuara, "Ha, yang Atip dah kawin, yang awak berdua ni bila pulak".

Gua diam. Lok sengih miang.

"Ha, yang keje TNB ni bila?", tanya maknya lagi 'mengunjek'.

"Hehe.. nanti la", Lok jawab sambil senyum.

"Ha awak pulak?", tanya maknya sambil mengubah haluan kepalanya ke arah gua.

"Saya nak pergi mengembara dulu"



Suasana jadi sepi sehinggalah kawan-kawan lain sampai.






p/s: benda kawin ni tak berapa sedap kalau selak sangat.

Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

2 comments:

syafiqakarim said...

tak satu-satu kan -..-

Anonymous said...

Adoiii.. aku tak faham...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...