May 15, 2009

Selamat Hari Guru



Selamat Hari Guru!!!


Yeah!! Selamat Hari Guru kepada semua guru-guru di Malaysia!!. Aku jadi rasa nak menulis pos ini kerana tadi waktu khutbah jumaat kt Parit Raja, dia ketengahkan tajuk guru ni. Haha.. Hari guru di Malaysia disambut pada 16 Mei kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita. Dokumen tersebut yang dikenali sebagai Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.

Setiap negara di dunia ini menyambut pada tarikh yang berlainan. Boleh lihat sendiri di Wikipedia.

Ok la aku malas nak cerita sejarah ni. Haha..

Bila sebut pasal guru ke cikgu ke lecturer ke, aku paling minat zaman aku sekolah menengah dulu. Cikgu disiplin. Hahaha.. Seronok bermain-main dengan cikgu disiplin ni. Contohnya, ada kes dan nama kita kena petik. Pastu kita takkan nak ngaku. So, itu yang seronok tengok cikgu disiplin naik darah. Haha. Nama dah ada, bukti tak cukup, pesalah tak mengaku. Hahaha.. Pernah dulu, nama aku kena petik pengawas sebab isap rokok kat sekolah (perasan dah gangster sangat la hisap rokok time sekolah.. hahaha). Bila dah kene panggil cikgu, start la pusing-pusing citer. Tapi benda dah salah, Tuhan tu tau la nk buat aku kantoi camne. Ada la sorang "kawan" yang sekali hisap rokok tu, kena panggil jugak. Terus-terus ngaku. Hahahha.. Setel.. Tak tunggu ape. Haha. bodoh. Konfem la aku kantoi kalau da sama-sama isap, secara automatik dia jadi 'saksi unggul'(perkataan reka sendirik)hahaha. Kantoi dan aku kena la sebat 2 kali. Pastu ciku pun cakap "saya bukan nak marah ke nak sakit kan awak, saya nak didik." hehe. Banyak juga aku kene jumpa cikgu tu. Last-last aku kene tukar sekolah lain sebab banyak sangat kes bodoh-bodoh. Hahaha..

Itu la kenangan yang paling seronok bersama cikgu disiplin. ops, ada lagi tapi malas nak citer. Haha.. Mesti bosan anda semua membaca haha.. Ok la. kat sini aku sertakan Lagu Guru Malaysia..


Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita


Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua


Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta


Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan


Lagu & Lirik : Hashim Ahmad
Download Mp3 Lagu Guru Malaysia


Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

10 comments:

siti marhamah said...

isyhh3 apeng.....
ko ni mmg nakal...hahaha...
tp aku lg nakal...huhu...
insaflah apeng....hahahahahahahaha....

Nur Hafizah Hadi said...

ouh ouh sedih gila masa ko pindah skola. adehh. tak berseri dah spm mutiara tu -_-'

Pert Doherty said...

To Hafizah... haha.. yek je ko.. (terharu).. rindu doh spm mutiara.. hehe.. nostalgia

anak melayu said...

hahah...sape "kawan" ko tu pert?

Pert Doherty said...

Sial je.. haha.. ada la... nam guru disiplin pun aku x mention... hahaha

Eryn Manis said...

Pastu ciku pun cakap "saya bukan nak marah ke nak sakit kan awak, saya nak didik <--- xsngke pulak CIKU pandai cakap. 0.o

syafiq said...

apasal ko panggil kikgu ko ciku? dia tak cukup peram ke nak masak?

Aponghaziqdoyle said...

apek...

Aponghaziqdoyle said...

apek...

Aponghaziqdoyle said...

apekkkk

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...