Nov 13, 2010

LomograPERT: #Satu


Hari tu gua ada berkata nak buka satu segmen pasal LomograPERT, ni hari gua kasi la sikit hasil gua. Gua yang tak berapa bagus adalam hal-hal tangkap gambar. Tapi itu tak jadi hal. Pasal gua memang tak suka nak jadi perfek. Lu nak tengok gambar bagus, lu pergi tengok majalah Maxim. Kali ni diam dan lihat dengan taat moga-moga beroleh rahmat.

FishEyed

Road Not Taken

Beauty


Wild Wild Wild


Kali ini menggunakan Fujifilm Superia 200. Ok la. Tak banyak yang best. Satu roll ada 36 gambar. Tapi yang jadi cume 20 lebih je. Haha.

Nak tengok lebih banyak ada dekat http://www.lomography.com/homes/pertdoherty/albums/1652059-2nd-roll-disorder

Leceh la nak upload kat sini semua.

Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Nov 12, 2010

Bengang betol gua!!!

Gua dah lama tak buat kerja-kerja terkutuk. Ada sorang makhluk ni buat hal. Eiiiii.... Kalau tiga tahun lepas memang gua tak pikir panjang. Gua jumpe je gua sebat. Yang ada di sekelilingnya pun gua balun. Bahasa gua masa tu pakai kaki dengan tangan je. Tapi itu cerita tiga tahun lepas la.

Gua memang tak boleh tolak ansur dalam hal-hal macam ni.

Gua tiga tahun lepas


Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Nov 4, 2010

LomograPERT: #zer0




Akhir-akhir ni gua asyik ke hulu ke hilir dengan 'Jack the Black' jalan-jalan. Jack pakai contact lens jernih. Dia ada sedikit rabun. Kadang-kadang Jack rabun malam. Kadang-kadang tak. Gua pun musykil sama ada Jack benar-benar rabun atau hanya minta perhatian dari orang sekeliling. Hari tu gua bawa Jack pergi bercuti bersama kawan-kawan gua. Semua kawan-kawan gua suka nak berkenalan dengan Jack. Tapi lupa gua nak beritahu, Jack adalah si bisu. Jadi Jack hanya mengelip-ngelipkan matanya sahaja sebagai tanda persahabatan. Gua juga kena tolong pimpin Jack ketika dia hendak ke mana-mana. Jack memang begitu gemar menyusahkan orang. Tapi Jack pernah sekali berjaya buat gua tersenyum. Mungkin dia akan terus buat aku tersenyum lagi selepas ini.


Ni iklan datang dari mana ni? Cis!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...