Mar 4, 2011

Boneka Tua

Dalam kesamaran mentol 10watt itu, gua dapat perhati dengan jelas kaki patung itu menggelitik. Darah semakin membanjiri lantai bilik. Hanyir. Lebih hanyir dari nanah diabetis. Gua segera menekup hidung dengan sapu tangan.

Patung yang boleh dikawal menggunakan tali itu bingkas bangun. Gua kaget. Patung itu melulu ke arah dinding. Barangkali matanya sudah tidak dapat berfungsi. Dua tiga kali ia bangun lalu melanggar dinding. Memalukan.

Gua bergerak perlahan ke arah patung itu. Lantas gua sigung tepat pada tulang pipi. Terpusing kepalanya ke belakang sambil darah memancut keluar dari mulutnya. Patung itu semakin hilang kawalan, jalan mengundur. Gua tergelak kecil melihat gelagatnya.

*      *      *

Langit cerah. Gua kebah. Gua senyum ajak kawan makan-makan. Seronok.

p/s: Ada kawan buat blog secara senyap-senyap. Celake..

http://bonekatua.blogspot.com/

Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Jangan Yes-yes sangat la wei!

Dulu gua kecik, gua seorang Pikaso. Hingga Pikaso berkata, "Pert, adakala kamu ni lebih Pikaso dari saya".

Tapi, gua jenis mudah tertarik kepada benda-benda baru.

Tatkala gua meningkat umur, gua berjumpa dengan seorang pria. Tidak tampan. Dia bermain layang-layang di tengah padang tekukur. Luas. Malahan hari nak hujan.

Gua teliti layang-layangnya mengalami mods yang ada celaka. Gua hirau tapi gua bersiul, tahan hirau.

Tatkala ada anjing berlari ke arah kami, petir berdentum. Kilat tidak sabung-menyabung. Hanya sekali pancaran.

"Inilah sains", kata Benjamin sambil jari menuding ke arah layang-layang.

"Bodoh rupanya, layang layang dengan sains pun tak tahu beza", gua mengumpat dalam hati sambil gua bersiul.

*      *      *

Lewat 20-an gua tertarik kepada ilmu kemanusiaan. Gua ni jenis yang yes-yes.. Semua gua nak try.

Yang ini gua separuh jalan. Gua kerap bertumbuk. Ilmu tak masuk.

*      *      *

Masih lagi lewat 20-an, gua lihat budak-budak sekarang. Mudah terpengaruh. Jenis layan 3gp, bikin 3gp. Gua geleng kepala.

Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Mar 2, 2011

Tinju Maut Pendekar Laut 1,000,000 HP

Gua dulu masa menelaah kitab-kitab hikmat Thien Wu, gua da terjumpa satu jurus terhandal. Bukan handal mana, tapi mudah step dia. Jadi gua amal.

Setakat Orga, Blue Dream, Raja Singa, Jerung Raksasa, Penjejak Neraka.... Siapa lagi? Siapa? Bak datang.. Malah anak gua sendiri pun gua berani hentak..

emmmm...




kat mana  boleh beli mesin game tumbuk?




Ni iklan datang dari mana ni? Cis!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...