Jan 30, 2011

Dilema

Dilema?

Pert Doherty dalam dilema?

Apa lu fikir gua tiada dilema macam lu orang? Apa lu fikir gua unta?

Gua pernah hentak gigi orang atas sebab dilema ni kalau lu orang nak tahu.

Dilema gua: Kawan atau Kawan

Susah juga untuk buat pilihan sebegini. Aduh. Gua hampir pitam.

Kawan 1:


Kawan 2:


Gua juga dalam dilema mahu ke KL atau tidak hari ini. 

Gua juga dalam dilema mahu kahwin tahun ini atau tahun hadapan. 

Ahhh!! Hidup penuh dilema.. 

Gua juga dalam dilema untuk mengarah filem komedi atau thriller.

Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Jan 29, 2011

Hibernation




Ada kala gua rasa gua ni beruang dalam dua tiga hari ni.

p/s: beruang bunyi macam mana?
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Suarez: Gua nak baham telinga!!!


Manakah dari saat-saat banyak electrifying pertama membuat anda menyedari Luis Suarez?

Piala Dunia terkenal handball?



Ketika ia menjadi 'Cannibal dari Ajax' untuk menggigit lawan?



Bagaimana dengan 81 gol dalam 108 game di Belanda?


Ajax telah mengesahkan bahawa mereka telah mencapai kesepakatan dengan Liverpool atas pemindahan striker Luis Suarez untuk kos sebesar € 26,5 Milllion (£ 23.000.000).



Sedikit sedutan ketika Suarez berbual dengan gua tadi di rumah.

"Pert, kat area Merseyside ni mana tempat sedap mancing?", dalam syok layan surya sebatang pancung dengan Suarez, tiba-tiba dia mengajukan soalan yang agak luar topik.

"Ape benda ko mengarut macam lembu ni Rez?", gua soal balik. Sambil gua perhati atas bawah Suarez.

"Tempat mancing la, mancing.. Itu pun tak tahu ke?!", tengking Suarez.

PANGGG!!! Gua memang tak banyak cakap kalau budak baru kurang hajar.. Gua lempang terus, selalu kalau dah kena mau bertabur gigi.

"Lu jangan main-main dengan gua hal-hal begini.", perlahan gua keluarkan suara antara dengar tak dengar. Gua kalau dah marah memang macam tu. Kelihatan Suarez terduduk simpuh akibat hentakan padu tepat pada wajah serta hidungnya.

Suarez tidak menjawab sepatah pun. Hanya memegang pipi.

"Kat sini lu kena ikut cakap gua. Disebabkan lu ni spesis kanibal, gua nak lu pergi romper budak-budak team lain.", gua cakap nada rendah je, nak bagi dia ingat.

"Baik!! Gua mahu baham telinga star-star mereka!!!", tidak semena-mena Suarez bertempik. Berdengung juga telinga gua, tapi gua tak goyang.

Gua senyum sambil pandang tempat lain. Gua hembus asap Surya ke atas. 

"Bagus, bagus. macam ni gua nak. Keganasan. Keganasan.", gua bercakap sendirian.



Ni iklan datang dari mana ni? Cis!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...