Jun 23, 2013

Arc de Triomphe

Aku, bapa Izan, bapa siapa entah, dan juga seorang lagi gua pun tak tahu. Kami semua dalam kereta. Bapa Izan memandu, disebelahnya bapa siapa entah. Aku bersama orang tak dikenali duduk di tempat duduk belakang. Kereta Toyota lama, aku tak tahu Corona ke Coralla ke. Kami terus menyelusuri jalan yang ada di hadapan. Jalan kosong. Tiada kereta lain. Tiada kereta dari atah beretentangan.

Puas kami melalui jalan kosong itu tiba-tiba kami sudah sampai di tebing. Jalan yang bakal ditempuhi adalah jalan yang dibuat di tebing betul-betul di tebing. Sebelahnya adalah laut. Jalannya bengkang-bengkok juga namun berturap cantik macam di litar. Bapa Izan memandu biasa tidak laju, tidak perlahan. Beliau berjaya menguasai setiap selekoh. Gua yang duduk belakang sebenarnya gayat bukan main. Kau bayangkan kau tengok laut sebelah tu jauhnya dari jarak tebing, macam mana aku nak gambarkan pun tak tahu, yang penting gumpalan ombak tu halus-halus je aku nampak. Setan. Yang bapa Izan ni pun memandu boleh tahan, macam dekat lebuhraya empat lane. Fuck. Apasal aku boleh ikut dia orang ni. Apasal. Dalam hati aku menyumpah-nyumpah.

Tiba-tiba dari kejauhan kami nampak lori datang dari arah berlawanan. Halaju lori itu mirip dengan halaju kereta kami. Agak bahaya sebenarnya sebab lori itu dah mula makan jalan kami. Dalam keadaan genting demikian, tiba-tiba depan kami macam ada side-table jalan yang boleh membuat kereta kami menghimpit habis ke bibir tebing. Jadi bapa Izan segera mengemudi kereta dan menghimpit sampai separuh tayar luar keluar dari tebing. Gua punya pucat kali itu, jangan cerita lah. Jalan tiada penghadang untuk mengelak kau jatuh dari tebing. Namun atas berkat Tuhan masih mahu kami bernyawa, kami dapat melepasi lori itu, dan juga masuk kembali ke jalan yang benar. Selepas berjaya lepas, kami terus memecut. Sudah tidak peduli sama lori tadi itu. Bapa Izan sedikit pun tak lihat cermin belakang. Gua yang pucat tadi pun sedikit pun tak pandang laut lagi. Yang lagi dua orang dari tadi senyap. Bapa Izan senyap. Gua senyap.

Kami sudah sampai ke penghujung jalan yang menyelusuri tebing batu tadi. Di penghujung, terdapat sambungan jalan tadi dengan suatu jambatan panjang merentas laut. Jambatan itu punya tinggi tak usah cerita. Namun yang gua hairan, apahal jambatan itu hanya ada satu laluan yang boleh memuatkan kereta kami. Gayat kau tahu, gayat. Sekali tengok macam lebuh raya pun ada. Cuma tiada penghadang jalan. Dalam hati gua menyumpah seranah kontraktor yang buat jalan. Bapa Izan terus memecut bila lihat jalan lurus itu. Pemandangan waktu itu cuma ada satu garisan melintang yang membezakan ruang lingkup laut dan juga langit. Hari makin petang. Dalam sepanjang tempoh kami dalam kereta, tiada seorang pun mengeluarkan suara. Gua jadi runsing. Gua jadi runsing takut-takut kalau gua cuba-cuba mengeluarkan suara, mereka akan humban aku ke laut. Mengikut kiraan logik, organ dalaman gua boleh pecah kalau badan gua menghempas ke laut dalam jatuhan bebas kalau berdasarkan ketinggian macam ini.

Ketika kami pantas membelah angin, tiba-tiba gua nampak sebelah kanan jambatan, dalam jarak pengelihatan masih baik, mucul suatu binaan yang agak usang dari bawah laut secara perlahan-lahan. dapat dilihat dari dalam kereta binaan itu melanggar arus laut dan muncul. Rekaan binaan itu macam muka hadapan Parthenon pun ada, macam Arc de Triomphe pun ada, namun saiznya agak besar, makusd gua sangat besar, gua jadi kaget. Gua masih memerhati binaan itu masih menghamburkan saki baki air laut yang masih tersangkut di celah-celah tiang dan juga mana-mana lah.

KRINGGGG!!! KRINGGGG!!!

Gua tersentak.

Telefon gua berbunyi sambil menggeletar di tepi kepala gua.

Gua jadi hairan.

Gua tak ambil peduli.

Gua masih memerhati binaan usang tadi yang masih basah dan disirami pencahayaan petang.

Gua pun tak tahu nak kata cantik atau tidak, namun gua cuma kagum. Dalam hati gua, kalaulah telefon gua ada kamera. Bapa Izan, bapa siapa entah, dan seorang lagi gua tidak kenal masih diam membisu. Mereka sedikit pun tidak terpengaruh oleh binaan itu. Barangkali mereka orang sini, jadi sudah tidak hairan.

KRINGGGG!!! KRIINGGGGG!!!

Gua tersentak lagi sekali.

Kali ini gua segera capai telefon. Gua pantas angkat sambil tarik nafas panjang. Gua pejam mata kejap.

"Woi helo", gua dengar suara.

"Ha woi", gua jawab dalam suara lekat-lekat kurang air. kemudian gua telan air liur sedikit.

Gua buka mata. Laut tadi ghaib, Binaan tadi ghaib, bapa Izan ghaib, bapa siapa entah pun ghaib, yang gua tak kenal tadi pun entah kemana, gua atas tilam bukan dalam kereta, gua belengging.

"Cilake, tidur!!!", suara dari dalam telefon maki gua.

"Eh mana ada", gua pura-pura.


Kemudian perbualan berlanjutan sehingga dia habis kredit.

Gua tiada niat nak menyusahkan dia mengangkat telefon ketika memandu, jadi gua tak telefon semula. Gua cuma bangun dan ambil air sembahyang.

"Mainan syaitan semua ni", bentak hati gua ketika memulas pili.


p/s: Panjang juga perbualan kami. Tiba-tiba nostalgia-nostalgia lama diputarkan semula. Aku senyum kelat. Sempat aku mengadu sedikit sebanyak pada dia. Setakat ni ada seorang sahaja aku tak simpan langsung rahsia. Kalau aku mati dulu, mungkin dia seorang sahaja boleh tulis balik biografi hidup aku dengan baik. 
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

1 comment:

Anonymous said...

So sweet

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...