Showing posts with label skate. Show all posts
Showing posts with label skate. Show all posts

Aug 1, 2011

Back to 99'

Satu scene yang gua tak boleh lupa.

Stiker.

Stiker Alien Workshop.

Pada hemat gua, siapa ada tampal Alien Workshop di kotak pensil adalah seorang yang sangat cool. Lebih lebih lagi kotak pensil geometri set.

dah besar baru gua tahu benda ni brand skate
itu pun sebab ada Google
p/s: mood puasa... tibe-tibe rindu kat Engineer On Site!
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Aug 12, 2009

UTHM X-Games : Foto-foto (part 1)




Meja Pengadil. Ilias (baju Hard Rock Cafe), Achin (baju belang).

Ada jual baju bundle, CD, n jual penyapu. Hahaha.


Gambar ni aku rembat dari Use_riez di ing.harubiru


Nak tengok gambo-gambo pada hari X-games, sila ke blog Use_riez - http://harubiruan.blogspot.com


Aku juga sedang mengumpul gambo-gambo. Ada masa aku upload lagi. Sekian. Cheers.


KATA KATA DARI SUHAIMI:
THANKS TO ALL
organizers : mpp uthm & disturb skateboarding
sponsors : endsevennine, rock n rolling, panorama, glam wheel, off wax industries, krookz.. crew : dry heart community skaters,supporters & others...
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Aug 9, 2009

UTHM X-Games : Banner Sudah Digantung.

Pada hari competition (8 Ogos 2009), kami berempat (Aku, Wiwit, Peja dan Kroko) bergerak naik kereta Perodua Kancil (JHV 2011) ke tapak X-GAMES. Kami sampai dalam area kol 10 pagi kalu x silap. Banner belum dipasang lagi pada ketika itu.

Nth dalam kol 11 kot banner dipasang. Haha. Ape la. Xpe la. Aku xkisah, yang penting benda tu dah jadi realiti sekarang. Huhu. seronok bila hasil kerja kita dihargai.

Peja, Kroko, Wiwit dan Aku berposing depan banner yang sudah jadi realiti. Hoho


Untuk laporan X-Games, aku xdapat buat. Sebab aku ada kt tapak pertandingan sampai habis pertandingan "BEST TRICK" je. Aku terpaksa balik awal sebab ada hal sikit. Hehehe.

ni la bannernya. Seronok btol benda jadi kenyataan. hahaha


untuk tengok banner dalam bentuk grafik komputer sila ikut link di bawah
Road To UTHM X-Games : Banner.



Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Aug 7, 2009

Road To UTHM X-Games : The Final Day

Tadi petang (7 Ogos 2009), kesemua orang kuat untuk UTHM X-GAMES turun padang. Cheers. Kerja-kerja menyusun obstacles di hadapan Dewan Badminton UTHM. Aku x banyak amik gambo pada kali ni. Memang bz sangat (yeke??...) Hahaha..

Kerja menampal stiker dari sponsor



Peja, Megat dan Suhaimi



Thanx to semua yg menyumbang dr segi tenaga, wang dan apa2 saja dalam proses menjayakan UTHM X-GAMES 2009. Cheers. I love everibadi.. hohoho

Kepada sesiapa yang ada menyumbang, sila beri komen di bawah..




Thanx to Suhaimi, Wiwit, Kroko, Peja, Ajim, Megat, Eri, Yusri(Crouch), dan kepada semua termasuk aku sekali yang berusaha menjayakan UTHM X-GAMES ini. Kepada yang aku tak sebutkan di sini jangan sedih, kamu semua juga turut membantu. I Love Everibody, Hohoho... Cium semua.. Mwah mwah.
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Aug 4, 2009

Road To UTHM X-Games : Banner


Banner untuk UTHM X-GAMES 2009 oleh Pert & Wiwit


Banner ni dihasilkan atas usahasama 2 kepala. Aku sekadar menyusun tulisan dan gambar-gambar. Manakala Wiwit membari idea dalam pemilihan warna dan kedudukan tulisan pada banner. Dalam tempoh tidak melebihi 1 jam, banner ini dapat disiapkan menggunakan Adobe Photoshop CS2. Hahaha.

Esoknya, aku tak ikuti perkembangan pasal banner ni lagi. Sebab tugas aku hanya menyiapkan dalm bentuk soft-copy. Aku dengar Suhaimi pegi hantar kat kawan dia yang buat banner kat Kluang. Aku tak sabar nak tengok banner ni digantung di Pesta Konvokesyen ke-8 UTHM.

Kalau nak tengok bnner yang dah digantung klik link di bawah
UTHM X-Games : Banner Sudah Digantung.
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Jul 26, 2009

Road To UTHM X-Games : Paint it!

mari mengecat




















Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Jul 24, 2009

Road To UTHM X-Games : Membaiki Obstacles

Gergaji??


Selepas Solat Jumaat (24 Julai 2009), kami bertiga (Aku, Wiwit dan Suhaimi) bergerak ke Air Hitam untuk pergi menyiapkan Operasi Pembaikpulih. Segala obstacles (launcher, box, dan rail.. ni budak-budak skaters paham la. aku pun amik info ni dari Suhaimi) telah diangkut ke bengkel Acey (juga salah seorang pejuang papan selaju di Malysia pada suatu ketika dahulu) pada hari sebelumnya.

Dalam pukul 3 lebih, kami sampai dan mula mecabut plywood pada launcher dan box. Mula-mula kami nak cabut skru, tapi memandangkan semua skru dah karat gile babi, kami pun bertindak ganas terhadap plywood-plywood tersebut.. hahaha.. Dengan mengguna tools yang agak menggerunkan, kami kopakkan segalanya.. Hahaha..



Percubaan Suhaimi memcabut skru


Kesan luluhawa. Akibat membiarkan barang besi selama setahun terdedah di kawasan terbuka



Percubaan Aku dan Wiwit menggunakan kekerasan terhadap benda mati


Setelah berjaya mencabut papan-papan tersebut, kami berehat jap menunggu Acey balik dari mana nth. Haha.


Rangka 'Box' setelah papan dicabut

Tak lama lepas tu, Acey pon sampai. Terus mengajak kitorang ke kedai untuk mencari bahan-bahan untuk menyiapkan 'Operasi Pembaikpulih'. Kat kedai kitorang beli 3 plywood baru, 2 tin kecik undercoat, dan 1 tin besar cat kaler merah. Kos untuk semua itu ialah RM223.00.


Suhaimi dan Wiwit ketika dalam perjalanan ke kedai hardware


Balik dari kedai terus sambung keje balik, kerja menggergaji plywood. Acey pulak pergi menyelesaikan masalah kerosakan pada rangka-rangka besi. Ada bahagian rangka yang sudah melendut, dan perlu di-jek.


Acey sedang meng-jek rangka yang ada masalah obesiti


Kami bertiga meneruskan perjuangan dengan menggergaji. Papan-papan diukur untuk dipotong.



Percubaan Suhaimi menggergaji kayu


Dah puas potong-potong. Kitorang pegi tolong Acey baiki rangka tu pulak. Sebab bahagian tengah pun dah melendut. Terpaksa pakai cara lain. Tak boleh nk jek lagi. Kitorang pun ramai-ramai henjut biar besi tu tegak balik. Lepas dah tegak, Acey tambah lagi besi sebagai tongkat biar tak melendut lagi.



Kerja-kerja pemasangan plywood


Kemudian rail pulak dikerjakan. Suhaimi kata rail tu agak tinggi so nak rndahkan dengan potong kaki rail tu. lebih kurang 2.5 inci dikurangkan.




Acey sedang putong kaki rail


Petang tu kitorang tak dapat siap sume skali. Berhenti rehat jap kt pekan Air Hitam tu. Aku oder teh 'o' ais ngan nasi ayam. Dah penat-penat, pastu dapat makan. Pergh.. Enak!! Gambo aku xde amik time makan, haha.. Acey payung makan. Thanx Acey. Huhu..

Malam sambung kerja balik, dalam kol 8 lebih la start. Kitorang wat kerja pasang plywood. Sambil Acey welding balik tapak untuk rail. Dalam kol 9 lebih, Wiwit balik dulu sebab ada hal. Kerja diteruskan oleh aku, Suhaimi dan Acey je. Haha..

Akhir skali dekat pukul 10 gak siap sume. Angkat naik lori dan bergerak kembali ke UTHM.


Kejayaan!! Semua obstacles dah naik atas lori.


Hahaha.. Akhirnya semua siap dengan jayanya walaupun ada macam-macam masalah ketika buat kerja. Haha.. Thanx kepada Wiwit, Suhaimi dan terutama Skali Acey yang bertungkus lumus menyiapkan kerja dalm masa 6-7 jam. haha.. Cheers!!

Ni iklan datang dari mana ni? Cis!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...