Ada satu kawan cakap pada gua, "masa akan menyembuhkan segalanya"
"yeke?", gua berkerut dahi.
"betul... contohnya sekarang, aku tengah tak sedap badan, esok lusa baiklah tu"
"ohh.. kalau barah macam mana? Bukankah efek barah ni stail berkadar langsung dengan masa?", gua tanya dia semula sambil gua terus membalut rokok pakai kertas wayang.
"emm.. betul jugak, tapi pada aku masa still akan membantu dalam menawarkan sesuatu"
"Itu bukan tindak balas masa.. itu tindak balas kimia dan fizik atas sesuatu bahan yang menyebabkan dia tawar.. masa itu cuma salah satu pemboleh ubah.. sebab segalanya yang ada dekat dunia ini terkait dengan masa.. kewujudan sesuatu itu tergantung pada tempat dan masa.. rokok kat tangan gua ni, kalau pada tahun 1994, tak mungkin rokok ni wujud pada tangan gua... dia boleh wujud kat tangan gua cuma pada saat ini.. jadi teori tempat dan masa itu kukuh.."
Gua letakkan rokok yang dah siap digulung ngam pada mulut kemudian gua kemam sedikit bahagian yang ada lining merah tu. Manis. Barulah kemudiannya gua nyalakan.
"jadi berbalik kepada penilaian engko tentang masa menyembuhkan segalanya.. adakah ianya benar atau hanya kata kata melankolik orang yang dah tak ada upaya atas sesuatu?", gua tiba tiba menaik bukan main bila berbicara hal hal ilmu seperti ini.
"emm.. entah lah, gua punya otak tiba tiba terangsang ni nak dengar lu punya pendapat", kawan gua stail malas nak berfikir dan cuba serah tugas berfikir pada gua.
"Masa takkan ubah sesuatu.. Masa cuma ukuran.. Walaupun pernah aku katakan masa itu makhluk, tapi setakat ini belum pernah manusia berjaya merekodkan masa secara visual. Jadi bentuk masa itu kita tak tahu melainkan dalam bentuk jam. Jadi adakah masa dikategori sebagai benda? atau jasad berjisim?", gua sambung sedut rokok. Gua pandang luar rumah. Gelap. Malam ini bulan tidak memancar. Gua berpaling semula pandangan ke arah kawan gua. Dia tersandar di dinding sambil memetik gitar sedikit sedikit. Gua jangkan fokusnya lebih tertumpu pada gua.
"Aku rasa masa ni tak lain tak bukan cuma satu haiwan liar", kawan gua bersuara.
Tak sempat mulutnya hendak ditutup, gua terus jek dada dia.
Gua kembali ke tempat asa gua berdiri dalam sekali henjutan kaki dan mendarat secara elit.
Kawan gua terjelopok, namun gua masih kemas tersisip.
Kawan gua mula buka mata semula.
"Berlawak berlawak juga, ada masa kita kena tidak berlawak", gua tiba tiba menjadi serius bukan main. Gua tak faham dengan gua masa tu.
"Ok.. sambung semula. Masa takkan ubah sesuatu. Sesuatu yang akan ubah sesuatu. Hal iniberkait dengan usaha. Kalaupun kau hidup seribu tahun dan kau ada air panas dan milo dan juga gula. Air milo takkan muncul kalau setakat kau bergantung pada masa. Sama juga konsepnya dengan 'Tuhan takkan ubah nasib satu kaum kalau kaum tu tak ubah sendiri nasibnya'... Masa cuma pengukur berapa lama kau handle dengan sesuatu masalah. Jadi masa takkan merawat segalanya", gua terang panjang lebar stail macam golongan bijak pandai. Gua akhiri dengan rokok gua ketis secara merata.
"tu la.. ", kawan gua cuma boleh 'tu la'. Gua geram betul.
Lelaki. Kalau nak berbual secara deep ni tak lain pasal perempuan. Kawan gua kononnya hendak bercerita masalah cintanya, namun gua terlalu menilai puitis ayatnya itu secara saintifik. Akibatnya perbualan kami masuk lebih mendalam kepada hal hal alam semesta.
Perbualan kami berlanjutan daripada hal wanita kepada hal seni. Berbicara mengenai seni ini adalah bosan jika hendak ditulis kerana banyak perkara seni ini wujud atas dasar ekspresi, interpret dan juga buah fikiran yang dibuat-buat, jadi tak perlulah digembar-gemburkan sangat.
Namun dari hal seni itu tidaklah salah jika kami selitkan dengan lawak lawak bijak serta lawak-lawak lucah. Perkara sedemikian adalah biasa supaya hidup ini dapat diraikan dengan lebih mendalam. Kami berbual secara terbahak-bahak sehinggakan iblis pun turut serta.
p/s: entah, ada orang percaya yang 'masa akan menyembuhkan segalanya'.. tapi ada juga yang berpendapat 'masa tidak menyembuhkan apa apa pun, tindakan yang akan mengubah sesuatu, kerana masalah terus tidak selesai jika engkau lepaskannya pada masa, dan biar lama mana pun, kalau kau pergi balik kat situasi masalah tu, dia akan kekal macam tu selagi tak ambil apa tindakan'.. tapi ada juga percaya 'manusia ini rawak, jadi tindak tanduknya juga terkait dengan masa'.. dan akhirnya pergilah mati. yang penting aku nak 'enjoy the little things'...
Showing posts with label cinta. Show all posts
Showing posts with label cinta. Show all posts
May 16, 2016
Sep 19, 2012
Doktor Cinta
Hisap rokok boleh jadi rutin juga. Gua kalau ada kerja kosong hisap rokok gua apply.
TIT! TIT!
1 Message Received
"Pert.. gua asyik teringatkan cikgu tersebut.....adakah ini cinta?", meset dari Cikgu Zabidi.
Gua senyum baca. Sambung sengih sikit.
"Itu crush", gua riplai.
Gua sedut lagi rokok.
TIT! TIT! "tak sempat gua luahkan balik asap dah masuk meset?", getus gua.
"aduhh..habis tu, apakah itu cinta?", Cikgu Zabidi rilai kepada gua. Gua delay time sikit. Malas nak jawap laju.
"Entah. Kau suka dia kot. Cinta ni wujud slalunya antara dua pihak (botol dan tudung botol misalnya). Kakaka", gua rilai dengan ambil mood doktor cinta. Pasal kurungan itu serius memang gua taip dalam henfon.
Lama juga gua tunggu kali ni.
sampai sudah Cikgu Zabidi tak riplai.
Cari botol barangkali.
p/s: Hari ni gua sebenarnya ada shooting dengan Cikgu Kepala Manchiss. Tapi gua buat rilek
Bahagian
cerita para sahabat,
cinta
Feb 17, 2012
Cerita Cinta Gua
Ini cerita gua. Nak bantah ke hapa nanti lepas gua habis cerita.
Dulu, waktu gua umur 7 tahun. Gua boleh dikira 'a person who is sexually aroused or arousing'. Ini hanya kerana gua mempunya raut wajah campuran Belanda. Jadi ramai lah yang hendak berkawan dan ber'kirim-salam' dekat gua. Baik lelaki mahupun perempuan.
Dan pada umur 9 tahun pun gua masih 'a person who is sexually aroused or arousing'.
Suatu hari gua nak balik sekolah (waktu itu gua jalan sama kawan-kawan lelaki, gua tak ingat nama-nama yang terlibat), ada seorang budak perempuan; gua kira itu cuma adalah messenger kepada tuan empunya diri. Budak perempuan itu menyampaikan satu lipatan kertas. Tertulis atasnya, 'TO: MR. PERT 'nice-softspoken-lovely-godblessyou-youaremyhero-etc.' DOHERTY' diikuti tanda berbentuk hati sebanyak dua atau tiga kali. Dari situ gua tahu yang ini bukan kertas lipatan biasa. Ini adalah surat cinta. Dan ini adalah surat cinta pertama dalam hidup gua.
Gua buka.
Dan baca awal-awal surat sahaja. Seingat gua ada bedak. Dan gua buang.
Gua tak rasa bercinta penting pada waktu itu. Waktu itu gua cuma bercinta dengan basikal dan juga kereta dash. Dan juga bercinta untuk pergi ke rumah kawan gua main game 'FIFA 99'. Gua pun tak paham kenapa ada juga perempuan nak cuba-cuba bercinta pada umur demikian.
Dan cerita cinta gua tamat dekat situ.
Yang selebihnya gua cuma kenal perempuan dalam masa 24 jam. Dan besoknya terus perempuan-perempuan yang gua kenal terus tak kontek gua lagi. Gua pun tak pasti. Kebanyakan salah mereka sendiri tak minta nombol talifon.
p/s: ini cerita bohong.
Dulu, waktu gua umur 7 tahun. Gua boleh dikira 'a person who is sexually aroused or arousing'. Ini hanya kerana gua mempunya raut wajah campuran Belanda. Jadi ramai lah yang hendak berkawan dan ber'kirim-salam' dekat gua. Baik lelaki mahupun perempuan.
Dan pada umur 9 tahun pun gua masih 'a person who is sexually aroused or arousing'.
Suatu hari gua nak balik sekolah (waktu itu gua jalan sama kawan-kawan lelaki, gua tak ingat nama-nama yang terlibat), ada seorang budak perempuan; gua kira itu cuma adalah messenger kepada tuan empunya diri. Budak perempuan itu menyampaikan satu lipatan kertas. Tertulis atasnya, 'TO: MR. PERT 'nice-softspoken-lovely-godblessyou-youaremyhero-etc.' DOHERTY' diikuti tanda berbentuk hati sebanyak dua atau tiga kali. Dari situ gua tahu yang ini bukan kertas lipatan biasa. Ini adalah surat cinta. Dan ini adalah surat cinta pertama dalam hidup gua.
Gua buka.
Dan baca awal-awal surat sahaja. Seingat gua ada bedak. Dan gua buang.
Gua tak rasa bercinta penting pada waktu itu. Waktu itu gua cuma bercinta dengan basikal dan juga kereta dash. Dan juga bercinta untuk pergi ke rumah kawan gua main game 'FIFA 99'. Gua pun tak paham kenapa ada juga perempuan nak cuba-cuba bercinta pada umur demikian.
Dan cerita cinta gua tamat dekat situ.
Yang selebihnya gua cuma kenal perempuan dalam masa 24 jam. Dan besoknya terus perempuan-perempuan yang gua kenal terus tak kontek gua lagi. Gua pun tak pasti. Kebanyakan salah mereka sendiri tak minta nombol talifon.
p/s: ini cerita bohong.
Bahagian
cinta,
nostalgia,
pengalaman
Jul 6, 2011
Esok aku tunang
cGua buka Facebook. Ye Facebook. Laman sosial terbaik setakat ini. Dan yang paling penting dia adalah rekaan Yahudi. Dan Yahudi dikenali sebagai bangsa terbaik dari segi putar belit setakat ini.
Ada private message.
"Saya tunang minggu ini dengan Mak Cik Fizah", isi utama mesej dari Alif.
"Bangsat ah! dah tinggal dua hari baru beritahu!" sambil gua hentak meja. Habis berterabur puntung-puntung rokok dek kerana ashtray melambung tadi akibat meja dihentak.
p/s: gua pun rasa nak tunang.. syaitan betul kawan-kawan menghasut
Ada private message.
"Saya tunang minggu ini dengan Mak Cik Fizah", isi utama mesej dari Alif.
"Bangsat ah! dah tinggal dua hari baru beritahu!" sambil gua hentak meja. Habis berterabur puntung-puntung rokok dek kerana ashtray melambung tadi akibat meja dihentak.
p/s: gua pun rasa nak tunang.. syaitan betul kawan-kawan menghasut
Bahagian
cerita para sahabat,
cinta
Feb 20, 2011
Puisi: Nancy
You were my little baby girl
And I knew all your fears
Such joy to hold you in my arms
And kiss away your tears
But now you're gone
There's only pain
And nothing I can do
And I don't want to live this life
If I can't live for you.
-John Simon Ritchie
Feb 13, 2011
Peluru Cinta Itu
Dalam aku kebogelan
Kau acukan ia ke dahiku
Klik!
Kau berang aku ketawa
Kan namanya Russian Roulette
Takkan kau tak tahu
Kan kau yang mulakan permainan
Dalam kau kebogelan
Aku batal acukan ia ke dahimu
Kau gembira
Kan senang begitu
Dalam aku kebogelan
Kau acukan ia lagi sekali ke dahiku
Aku senyum
Bang!!!
Terima kasih untuk peluru cinta itu..
Kan lebih senang jika begitu dari awalnya..
Kau acukan ia ke dahiku
Klik!
Kau berang aku ketawa
Kan namanya Russian Roulette
Takkan kau tak tahu
Kan kau yang mulakan permainan
Dalam kau kebogelan
Aku batal acukan ia ke dahimu
Kau gembira
Kan senang begitu
Dalam aku kebogelan
Kau acukan ia lagi sekali ke dahiku
Aku senyum
Bang!!!
Terima kasih untuk peluru cinta itu..
Kan lebih senang jika begitu dari awalnya..
![]() |
| Hearts at War An exhibition by Paul Louis Villani based on a fictitious character created, developed and modelled by the beautiful and multi talented Jessica Tremp The exhibition will also be featuring Michael Alesich |
12.15 pagi
Sambil gua menghabiskan sebatang Surya
Jan 5, 2011
Muntah
(PERHATIAN: Ini cerita lama)
Gua baru lepas hepi-hepi sama amoi gua. Gembira gua bukan main. Banyak juga gua melantak ni hari.Kami hanya ronda-ronda di Brighton sampai malam.
Burppp!!
"Oi awek gua, gua balik dulu", lantas gua menghidupkan enjin motosikal Norton. Baru sahaja gua ambil motosikal ini di kedai minggu lepas di Donington Park Grand Prix Circuit Derby.
![]() |
| Gua mesti la yang paling depan yang bawa gadis. |
Dengan rambut gua sikat ke belakang, jambul naik, berkilat. Sideburn panjang. Memang sekali pandang ada sedikit macam Elvis. Itu gua dah biasa dengar.
* * *
"Wooossshhh... wooooshhh..", telinga gua disapa dek angin malam. Sejuk. Macam wanita datang bulan.
Gua tak ambil endah bila suasana macam ini. Gua endah kalau gua nak terberak ketika keadaan macam ini. Itu sangat gua endah.
Bahagian
awek,
cerita para sahabat,
cinta,
pengalaman
Aug 28, 2010
Ms Paint: Nancy
![]() | ||
"Nancy"
28 August 20103.55pm |
Aug 14, 2010
Adobe Illustrator: Idaman
Lu orang jangan cakap banyak. Dan gua malas juga.
Hasil seni di bulan puasa.
Hasil seni di bulan puasa.
Rasa-rasa ni gambar siapa?
Bahagian
awek,
cinta,
illustrator,
seni,
vector
Jul 8, 2010
Puisi: Cinta Yang Paling Klasik
Ya, ia yang di situ,
Aku tahu dan aku sayang,
hari ini aku masih sangat sayang,
Ya, aku masih tahu,
Dia masih di situ,
Aku juga masih sayang......
Sampai hari ini aku masih belum dapat menyentuhmu,
Biarpun kau masih di situ,
Aku tahu,
Kau juga cinta aku,
Jika kau tidak, tiadalah aku,
Tapi aku belum pernah lihat rupamu,
Biarpun kau sentiasa ada denganku.
Aku bernafas,
Kau menghidu,
Yang lihat aku,
Yang tengok engkau,
Bila-bila bila kau tak di situ,
Kau lihat sendiri hujungnya,
Indah buruk cantik durjana,
Jalankau bukan dengan aku,
Wisel cinta klasik sudah berbunyi.
Aku tahu dan aku sayang,
hari ini aku masih sangat sayang,
Ya, aku masih tahu,
Dia masih di situ,
Aku juga masih sayang......
Sampai hari ini aku masih belum dapat menyentuhmu,
Biarpun kau masih di situ,
Aku tahu,
Kau juga cinta aku,
Jika kau tidak, tiadalah aku,
Tapi aku belum pernah lihat rupamu,
Biarpun kau sentiasa ada denganku.
Aku bernafas,
Kau menghidu,
Yang lihat aku,
Yang tengok engkau,
Bila-bila bila kau tak di situ,
Kau lihat sendiri hujungnya,
Indah buruk cantik durjana,
Jalankau bukan dengan aku,
Wisel cinta klasik sudah berbunyi.
Pert Doherty
8/7/2010
10:43pm
Mar 31, 2010
Sep 3, 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)





