Sep 6, 2016

Kelembanan Tasik Galilee

Sekali lagi Lynn Gray memikirkan perihal Jaafar Kennedy. Jaafar adalah seorang pahlawan yang luarbiasa. Kisah yang sering terkait dengan Jaafar adalah mengenai keluasan tapak kakinya dan juga pergelangan kakinya yang merah.

Lynn berjalan tenang ke arah tingkap. Persekitaran yang cerah dapat dilihat kemas terpapar pada wajahnya. Lynn sentiasa membenci kelembanan Tasik Galilee dengan sepenuh keberaniannya. Tidak lupa juga tapak perkhemahan yang sangat terjaga itu. Lynn masih terus membenci. Tasik Galilee adalah tempat yang menggalakkan kecenderungannya untuk terus berasa bimbang.

Kemudian dia melihat sesuatu dari kejauhan, atau lebih tepat, seseorang. Ia adalah sosok seorang tokoh luar biasa, Jaafar Kennedy.

Lynn menelan air liur. Dia menoleh pada refleksi sendiri. Lynn adalah seorang yang mulia, kurang ajar, peminum kopi dengan kaki rapuh dan pergelangan kaki halia. Rakan-rakannya melihat dia sebagai seorang yang siap sedia, haiwan hidup. Sekali, dia telah pun dibawa orang kurang upaya yang bersih kembali dari ambang kematian.

Tetapi tiada seorang yang mulia yang pernah membawa orang kurang upaya yang bersih kembali dari ambang kematian, telah bersedia untuk apa yang telah Jaafar buat di kedai hari ini.

Angin bertiup seperti tikus yang berfikir, membuat Lynn bimbang. Lynn mencapai topi koyak yang bertaburan berdekatannya; dia mengurut topi itu dengan jarinya.

Lynn melangkah keluar dan Jaafar datang lebih rapat, dia dapat melihat senyuman dengan mata lebar di wajah Jaafar.

"Lihatlah Lynn," Jaafar menderam, dengan silau niat jahat yang mengingatkan Lynn terhadap ular yang luar biasa. "Bukannya saya tidak suka kepada kamu, tetapi saya mahu membalas dendam. Anda berhutang saya 2762 Sheqel."

Lynn menoleh ke belakang, lebih bimbang dan jarinya masih menggenggam topi robek itu. "Jaafar, saya telah mendapat pekerjaan baru," dia menjawab.

Mereka memandang antara satu sama lain dengan perasaan cemas, seperti dua kain belacu, keldai menitis berbual di sebuah majlis pertunangan yang sangat jelas, dengan muzik klasik bermain di latar belakang dan dua bapa saudara bersimpati berjalan mengikut rentak.

Tiba-tiba, Jaafar menerkam dan cuba menumbuk Lynn tepat pada muka. Dengan sangat pantas, Lynn mencapai topi robek itu dan menyarung pada tengkorak Jaafar.

Kaki luas Jaafar bergetar dan pergelangan kaki merah beliau bergoyang. Dia kelihatan sunyi, dompetnya seperti direbus.

Kemudian dia merintih dengan suara yang sangat menyeksakan dan terjelopok ke tanah. Sejurus kemudian Jaafar Kennedy telah mati. Jaafar Kennedy telah mati!

Lynn Gray kembali ke dalam dan membuat secawan kopi.

p/s: 

Down, down in my bones
Somewhere I'd never have known
Right at the back of my head
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Jun 26, 2016

Arabisasi

Banyak sebenarnya gua nak tulis bulan romadon ni. Banyak benda. Tapi ada baik kadang kadang gua tak perlu rilis semua. Kadang kadang cukuplah kalau gua tulis perkara perkara yang tak bermanafaat.

Pada suatu zaman dahulu, ketika rage, semua benda saya hendak marah, semua saya nak ekspres dalam tulisan. Tapi bila usia dah semakin lanjut, ada perkara yang kita mula faham yang ada beberapa perkara hanyalah paradoks. Jadi tak perlulah nak buat apa pun. Ada juga yang kita marah itu sebenarnya qada' dan qadar. Jadi buat apa marah marah. adalah baik kalau gua bertarawikh, yang utama buatlah perkara perkara baik. Kalau tak boleh buat baik, baringlah.. nescaya banyak perkara buruk dapat dihindar.

kah kah kah..

"lu nak ke mana?"

"gua nak pergi iftor"

"mana?"

"ntah, gua ikut kawan gua je ni, biasalah sekarang kan scene iftor tengah naik"

"bapak kaulah arabisasi"

Jadi gua pun lekas lekas mencari air tembikai dan kuih muih yang rilek.

*      *      *

Akhir akhir ni gua memang dah tak boleh nak menulis pasal perkara-perkara yang baik. Jadi gua ambil jalan supaya tidak menulis langsung supaya manusia tidak terpengaruh dengan jalan sesat yang gua sampaikan.




p/s: sebenarnya gua takda masalah pun dengan scene iftor.. gua faham iftor ni perkataan arab. dan babi apa gua tulis tak sedap langsung ni. sebenarnya gua tulis sebab gua tak sangka blog ni masih ada pembaca. kah kah kah kah..
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Jun 4, 2016

Synesthesia

Nice and warm snow
under my bare feet
The moment of lust
just slip through
the pretty moon

we are just some innocent teenager


p/s: sebenarnya gua tak tahu hujung pangkal petikan ayat ayat inggeris kat atas.

gua terjumpa dalam buku lama gua. kah kah kah..
bila perhati balik macam power jugek.


Baru baru ni saya ada membaca pasal Synesthesia. Sindrom orang boleh melihat bunyi dalam bentuk lain, sebagai contoh setiap notation music dia akan nampak dalam warna berlainan. Perkara ini adalah berlainan bagi setiap orang yang ada synthesia. Ada orang nampak not E sebagai merah, ada yang nampak sebagai ungu. Kajian saintifik masih berterusan.

Saya membaca perkara perkara tahyul seperti ini kerana saya ada projek berkaitan perkara seperti ini. Saya sedang cuba memvisualkan muzik. Banyak benda ni dah dibuat sebagai contoh waveform yang berjaya digenerate bagi setiap lagu. Itu adalah salah satu pemvisualan bunyi. Namun saya ada pemikiran lain, macam mana saya nak rekodkan muzik atau bunyi dalam bentuk lukisan. Ramai yang cuba dan hasilnya adalah abstrak. Saya masih cuba lari dari konsep abstrak. Contohnya Melissa McCraken berjaya menvisualkan lagu Life On Mars oleh David Bowie, Karma Police oleh Radiohead dan juga Imagine oleh John Lennon. Banyak lagi dia buat, namun dia adalah orang yang mengalami sindrom synesthesia ini. Kiranya dia superhuman. Jadi penghasilan seni abstrak ini saya anggap tidak sesuai untuk golongan normal. Sebagai contoh orang yang tiada asas dalam seni cuba memerhati lukisan abstrak seperti yang dihasilkan oleh McCraken, pengakhirannya tiada input yang dia dapat melainkan dia cuma mengucapkan, "Wahh menariknya" yang dia sendiri tak tahu hujung pangkal.

Saya juga ada pemikiran bahaya lukisan ini satu komunikasi visual. Jadi hampir setiap penghasilan karya perlu mengambil berat tentang audien. Kalau dahulu bolehlah saya cakap 'art for art's sake' namun sekarang lain, saya kena ambil tahu macam mana orang biasa melihat. Orang ramai tidak peduli tentang garisan, tekstur, perspektif, value, warna dan sebagainya. Orang peduli tentang subjek. Orang peduli pasal apa benda yang ada atas kanvas tu. Apa yang dia kenal. Apa yang boleh dia bandingkan dengan apa yang ada dekat dunia yang membuatkan dia lagi dekat dengan lukisan tu. Dari situ dia boleh rasa dia boleh hayati. Apa yang saya faham la. Pedulik la sama orang orang art lain nak fikir apa. Itu dia punya fahaman sebab pada saya seni yang saya cuba bawa adalah seni rakyat biasa. Mungkin saya bawa seni jenis yang boring.

Saya ada terfikir juga dalam penghasilan karya untuk projek ini, "Macam mana orang pekak menghayati muzik". Pada pemikiran saya ramai sudah orang buat kajian macam ini. Ada satu pendekatan muzik yang saya pernah terlihat di internet, sekumpulan budak budak pekak diajak ke satu orkes. Namun caranya lain bukan seperti kita yang tidak pekak ini yang menghayati muzik secara duduk atau berbaring (kerana boleh mendengar). Mereka diberikan peluang menyentuh peralatan muzik ketika orkes sedang berlangsung. Ada suatu kejadian, mereka dibenarkan duduk di bawah grand piano sambil pemain piano bermain. Mereka disuruh menyentuh piano dari bawah supaya dapat rasa getaran ketika piano dimainkan. Itu salah satu pendekatan muzik kepada orang pekak. Jadi bagaimana pekak yang tiada piano?

Entahlah. Saya pun tak tahu.

Saya mengambil jalan lain. Saya sebenarnya masih belum jumpa jalan.

Saya pening kepala.

Jadi saya pun membuat air milo.

Lalu berbaring secara relaks.


Perkara ini jika benar benar dikaji secara mendalam mungkin akan membantu manusia sedikit sebanyak.

Tapi entahlah. Adakah manusia benar benar mahu dibantu?

Sebenarnya dalam hal kritik sosial ada satu jawapan untuk semua projek projek sains sosial.

"Semua atas engko!"

Perkara ini pernah saya bahaskan dahulu ketika duduk duduk sahaja bersama rakan rakan. Kau boleh cuba racun pemikiran manusia dengan pelbagai cara dari printed material, digital, sculpture, painting, muzik, televisyen, bahan bacaan, dan macam macam lagi. Namun semua itu akan teracun bergantung atas mereka sendiri. Mereka boleh pilih untuk tidak ikut pun apa yang kau cuba advertisekan.

Panjang benda ni kalau nak diceritakan satu persatu.

Jadi saya mengambil inisiatif agar terus skip ke bahagian penutup.

Sekian.
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

May 16, 2016

Time Heals Everything?

Ada satu kawan cakap pada gua, "masa akan menyembuhkan segalanya"

"yeke?", gua berkerut dahi.

"betul... contohnya sekarang, aku tengah tak sedap badan, esok lusa baiklah tu"

"ohh.. kalau barah macam mana? Bukankah efek barah ni stail berkadar langsung dengan masa?", gua tanya dia semula sambil gua terus membalut rokok pakai kertas wayang.

"emm.. betul jugak, tapi pada aku masa still akan membantu dalam menawarkan sesuatu"

"Itu bukan tindak balas masa.. itu tindak balas kimia dan fizik atas sesuatu bahan yang menyebabkan dia tawar.. masa itu cuma salah satu pemboleh ubah.. sebab segalanya yang ada dekat dunia ini terkait dengan masa.. kewujudan sesuatu itu tergantung pada tempat dan masa..  rokok kat tangan gua ni, kalau pada tahun 1994, tak mungkin rokok ni wujud pada tangan gua... dia boleh wujud kat tangan gua cuma pada saat ini.. jadi teori tempat dan masa itu kukuh.."

Gua letakkan rokok yang dah siap digulung ngam pada mulut kemudian gua kemam sedikit bahagian yang ada lining merah tu. Manis. Barulah kemudiannya gua nyalakan.

"jadi berbalik kepada penilaian engko tentang masa menyembuhkan segalanya.. adakah ianya benar atau hanya kata kata melankolik orang yang dah tak ada upaya atas sesuatu?", gua tiba tiba menaik bukan main bila berbicara hal hal ilmu seperti ini.

"emm.. entah lah, gua punya otak tiba tiba terangsang ni nak dengar lu punya pendapat", kawan gua stail malas nak berfikir dan cuba serah tugas berfikir pada gua.

"Masa takkan ubah sesuatu.. Masa cuma ukuran.. Walaupun pernah aku katakan masa itu makhluk, tapi setakat ini belum pernah manusia berjaya merekodkan masa secara visual. Jadi bentuk masa itu kita tak tahu melainkan dalam bentuk jam. Jadi adakah masa dikategori sebagai benda? atau jasad berjisim?", gua sambung sedut rokok. Gua pandang luar rumah. Gelap. Malam ini bulan tidak memancar. Gua berpaling semula pandangan ke arah kawan gua. Dia tersandar di dinding sambil memetik gitar sedikit sedikit. Gua jangkan fokusnya lebih tertumpu pada gua.

"Aku rasa masa ni tak lain tak bukan cuma satu haiwan liar", kawan gua bersuara.

Tak sempat mulutnya hendak ditutup, gua terus jek dada dia.

Gua kembali ke tempat asa gua berdiri dalam sekali henjutan kaki dan mendarat secara elit.

Kawan gua terjelopok, namun gua masih kemas tersisip.

Kawan gua mula buka mata semula.

"Berlawak berlawak juga, ada masa kita kena tidak berlawak", gua tiba tiba menjadi serius bukan main. Gua tak faham dengan gua masa tu.

"Ok.. sambung semula. Masa takkan ubah sesuatu. Sesuatu yang akan ubah sesuatu. Hal iniberkait dengan usaha. Kalaupun kau hidup seribu tahun dan kau ada air panas dan milo dan juga gula. Air milo takkan muncul kalau setakat kau bergantung pada masa. Sama juga konsepnya dengan 'Tuhan takkan ubah nasib satu kaum kalau kaum tu tak ubah sendiri nasibnya'... Masa cuma pengukur berapa lama kau handle dengan sesuatu masalah. Jadi masa takkan merawat segalanya", gua terang panjang lebar stail macam golongan bijak pandai. Gua akhiri dengan rokok gua ketis secara merata.

"tu la.. ", kawan gua cuma boleh 'tu la'. Gua geram betul.

Lelaki. Kalau nak berbual secara deep ni tak lain pasal perempuan. Kawan gua kononnya hendak bercerita masalah cintanya, namun gua terlalu menilai puitis ayatnya itu secara saintifik. Akibatnya perbualan kami masuk lebih mendalam kepada hal hal alam semesta.

Perbualan kami berlanjutan daripada hal wanita kepada hal seni. Berbicara mengenai seni ini adalah bosan jika hendak ditulis kerana banyak perkara seni ini wujud atas dasar ekspresi, interpret dan juga buah fikiran yang dibuat-buat, jadi tak perlulah digembar-gemburkan sangat.

Namun dari hal seni itu tidaklah salah jika kami selitkan dengan lawak lawak bijak serta lawak-lawak lucah. Perkara sedemikian adalah biasa supaya hidup ini dapat diraikan dengan lebih mendalam. Kami berbual secara terbahak-bahak sehinggakan iblis pun turut serta.


p/s: entah, ada orang percaya yang 'masa akan menyembuhkan segalanya'.. tapi ada juga yang berpendapat 'masa tidak menyembuhkan apa apa pun, tindakan yang akan mengubah sesuatu, kerana masalah terus tidak selesai jika engkau lepaskannya pada masa, dan biar lama mana pun, kalau kau pergi balik kat situasi masalah tu, dia akan kekal macam tu selagi tak ambil apa tindakan'.. tapi ada juga percaya 'manusia ini rawak, jadi tindak tanduknya juga terkait dengan masa'.. dan akhirnya pergilah mati. yang penting aku nak 'enjoy the little things'...

Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

May 14, 2016

Pub

Kawan gua ada cerita pasal nasib pada gua.

"Sial badan, nasib dipersalahkan", dia memetik buah kata dari seorang yang lebih ahli.

Soal nasib hidupnya itu tak perlulah saya ceritakan di sini. Ada baik simpan sahaja untuk tidak menimbulkan fitnah.

Bila membahaskan soal nasib ni saya terfikir, "Apakah rupa nasib ini kalau divisualkan?"

Dalam otak saya tergambar satu jalan yang lurus di sebuah kawasan gurun yang bukan terlalu kering bukanlah terlalu panas, sedang sedang namun gurun itu still nampak kosong. Hujung jalan yang lurus itu tidak dapat dilihat kerana terlalu panjang. Di sepanjang jalan itu terdapat banyak pub di kiri dan kanan. 'The First Post', 'The Old Familiar', 'The Famous Cock', 'The Cross Hand', The Good Companion' dan bermacam-macam lagi nama pub yang ada di sepanjang jalan itu. Isunya di sini, ialah pilihan. Antara engkau nak masuk atau tidak, antara kau nak minum atau tidak. Dan antara kau ready dengan kesannya atau tidak. Hal ini macam perjudian jugak kalau dilihat secara lebih teliti kerana kesan yang akan muncul di setiap pub itu berlainan.

Bercerita hal pub, apa lagi kau buat kalau bukan mabuk. Macam itu jugaklah dunia, perkara-perkara dan juga masalah masalah yang muncul di dunia ini tidak lain tak bukan hanya untuk membuatkan kita mabuk pasal persekitaran dan juga hal hal duniawi. Kita khayal, kita syok, dan kita hilang pertimbangan. Tidak kira dalam apa jua hal, duit, duit, duit, perempuan, perempuan, perempuan, motosikal, kereta, tanah, pakaian, penulisan, seni, rokok, telefon pintar, aplikasi internet, deodorent, lipat pakaian, snuker, muzik, karoke, kambing bakar, restoran hipster, kek keju, baju raya, senjata api, kad kredit, yuran pendaftaran, populariti, restore kereta lama, Disco 2000, dan juga kroni.

Dan adakah kita benar benar ready dengan setiap mabuk yang muncul itu. Kerana setiap mabuk yang datang pasti akan pergi. Kerana mabuk itu juga makhluk. Setakat saya hidup, saya belum pernah dengar kisah makhluk yang berjaya menyaingi Tuhan, kerana Tuhan itu memang sifatnya tidak akan langsung ditandingi.

Untuk jadi kental, masuklah setiap pub itu. Namun ada satu rasa yang wujud dalam diri kita yang akan membantu kita buat pilihan antara perlu atau tidak untuk kita masuk dalam pub-pub di sepanjang jalan itu. Perlu atau tidak kita memambukan diri pada ketika itu, atau kita hanya teruskan jalan tanpa melihat langsung pun pintu pub itu. Malah lagi sedap kita terus tak tahu pun nama dan kewujudan pub itu. Begitulah seterusnya sehingga kita jumpa penamat 'The World's End'.

Dan kembali kepada persekitaran asal, kawan saya amat bersetuju dengan pendapat ini kerana rasa dalam diri kita ini kita yang kawal, kalau kau hendak mabuk, mabuklah, kalau kau taknak pergilah. Lagi satu, biarpun memori itu wujud (pengalaman keseronokan dan apa pun berlaku di pub itu), tapi cara mana dia tangani memori itu sebagai sesuatu yang bermakna atau tidak.

Pada pendapat saya, jika kau masih rasa nak mabuk, teruskan, jika kau rasa semua ini hanya pengisian engko dekat dunia, bergantung la. Semua atas engko.

Semua atas engko.

Semua atas engko.

Semua atas engko.

Semua atas engko.

Semua atas engko.

Semua atas engko.

Semua atas engko.

Semua atas engko.

Semua atas engko.

Semua atas engko.

Semua atas engko.

Semua atas engko.

Semua atas engko.

Semua atas engko.

Semua atas engko.


p/s: Boring gila cara gua menaip kali ni.

Namun paling power gua mimpi berjaya mengkompos lagu duet. Kah kah kah. Lama jugak gua tidur semalam. Sampai dia punya mimpi psychedelic tu, gua boleh nampak ada satu tanah ni belayar dengan rakyat mereka. Pemakaian mereka juga agak pelik semacam golongan tanah besar china pada suatu masa dahulu namun ada campur aduk dengan golongan red indian. Langit adalah lukisan. Gua terus rilek macam benda itu sepatutnya memang macam tu.  

Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

May 11, 2016

Perjuangan rilek

"Oi tolong gua"

"Tolong mende?"

"Gua kusut ni"

"La lu kusut benda?"

"Ini la pasal gua punya perjuangan ni, gua dah macam hilang arah"

"la, rilek, lu tenang je, lu istighfar. Jangan fikir sangat nak ubah semua, lu terus je jalan walaupun sikit sikit"

"tu la, gua bukan apa cuma ini hari otak gua macam short.. agak pasal gua tidur petang kot"

"dah takpe, lu capai je dulu apa yang termampu, lu rilek je, lu pert kan, kamon"

"orait orait, gua terai dulu tengok cemana"

"by the way, lu punya emel apa?"





p/s: let's all meet up in the year 2000.
Won't it be strange when we're all fully grown.
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

May 1, 2016

Pendita

"Banyak mana yang kita keluar untuk kucing ni takpayah risau, dia akan balik punya pada kita", ada suatu gadis yang menarik perwatakannya cakap pada gua.

"Yeke?", gua angkat kening tinggi pesen tak tahu benda. Puncanya ada siaran badminton di televisyen sambil gua pun agak hilang tumpuan akibat dari terfana melihat gadis berkata kata macam seorang pendita kucing.

"Iye", sambutnya dengan tenang.

Gua tak cakap banyak terus terangguk angguk dengan mulut terkatup. Kali ini benarlah orang kata, "Pendita kucing bentuknya bukan main menawan malah tenang lagi".

"Eh, tuan pendita, bagaimanakah caranya saya ingin mengubati penyakit kucing saya ini?"

"Sakit bagaimakah itu?"

"Dia berkurap, tuan pendita"

"Ohh, sapu minyak masak"

"Oh, yakah? Semudah itu sahaja?"

"Iya", sekali lagi dia menjawab dengan sungguh tenang sambil tersenyum menampakkan barisan gigi hadapannya dan dari kedutan senyuman itu dapat kelihatan kecacatan otot bawah bibir sebelah kanan yang mempamerkan kependitaannya.

"Lepas itu kena bawa ambil injection", sambungnya lagi.

"Haa?", gua semacam orang tolol meng'haa'.

"Yela, minyak tu nak bagi kurap tu tanggal je, selebihnya kena bagi injection", dia terus menjawab tanpa gua menerangkan soalan gua. Kependitaannya dipamerkan sekali lagi.

"Ohhh, kucing saya kecil sahaja", gua terangkan padanya tentang ukuran kucing tersebut sambil tangan gua diapungkan di atas meja dalam jarak lebih kurang setengah kaki dari paras meja.

"Oh, kecik lagi tak boleh hantar klinik", pendita itu menerangkan sambil dahinya sedikit kerut namun kerut itu tidaklah terlalu kerut seperti engkau kusut berurusan dengan Isak Rizkov.

"Haa?", gua kembali kepada situasi tadi, otak gua kosong dan gua menjadi terlalu naif bila mempersoalkan hal kucing ini. Semua input baru bagi gua. Pengalaman gua mengenai dunia terlalu tipis sehinggakan hal hal merawat kucing pun gua buntu. Betullah ada suatu pepatah, "Jika kau belum dapat pengetahuan merawat kucing, kau belum cukup DIY".

"Dia pasal injection untuk sakit ni ubatnya panas, nanti satu badan kucing jadi panas lepas injection, kalau yang kecik ni bahaya takut panas sangat", sekali lagi tanpa gua menerangkan segalanya dia seolah olah sudah tahu persoalan di kepala gua.

"Oh, jadi saya hanya perlu menyapu minyak masak sajalah ni?", gua bertanya.

"Benar wahai orang muda", dia berkata sambil tersenyum namun kali ini mulutnya rapat. Walaupun mulutnya senyum rapat, kecacatan otot itu masih dapat dilihat dengan mata kasar.

Gua tergamam.

Dalam ketika itu juga kilat tiba tiba sabung menyabung, suasana menjadi hiruk pikuk. Ada beberapa puncak bangunan terkena panahan petir dan berkecai. Ada juga beberapa kenderaan terbakar dipanah petir. Bau kebakaran itu kurang menyenangkan.

Gua terus berdiri dan melangkah keluar kawasan kedai untuk melihat keadaan sekeliling.

Orang ramai bertempiaran lari, kebanyakan lari ke kawasan kedai kedai runcit, kedai makan, dan juga mana mana kedai yang ada cash register.

Tidak kira kaum, tidak kira jantina, tidak kira status, tidak kira imam atau tidak, tidak kira penjawat awam, tidak kira ahli politik, tidak kira ahli dalam bidang menggoreng, tidak kira foreman, tidak kira penjual rokok seludup, tidak kira apa pun, semua berpusu pusu menggunakan waktu bencana ini untuk menyerang kawasan yang ada sumber wang.

Saya kembali memandang belakang, pendita itu masih senyum di situ tenang seperti tadi.

Saya kemudannya menoleh semula ke arah kawasan yang huru hara tadi, dalam masa sekejap saja kedai kedai sudah dipecah dan dirompak orang ramai.

Saya geleng kepala.

Saya kembali duduk bersama pendita dan menyambung cerita mengenai ular dan review terhadap 'Ada Apa Dengan Cinta 2'.

Pendita senyum.

Saya senyum.

Kilat sabung menyabung.


p/s: akhirnya Liverpool kalah. gampang. Tapi boleh tak kalau hari ini.......
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Mar 28, 2016

Bid

"lima ribu?"

"no"

"tujuh ribu?"

"no"

"sepuluh ribu?"

"no"

"12 ribu?"

"no"

"15 ribu?"

"no"

"16 ribu?"

"no"

"18 ribu?"

"no"

"22 ribu?"

"no"

"25 ribu?"

"no"

"30 ribu?"

"no"

"45 ribu?"

"no"

"55 ribu?"

"no"

"60 ribu?"

"no"

"76 ribu?"

"no"

"89 ribu?"

"no"

"100 ribu?"

"sold"

"so harga dah letak, lagi satu, anak tuan ni ada warranty tak? kalau ada warranty cover apa je?"

p/s: kah kah kah.. celake betul la zaman sekarang ni..





Ni iklan datang dari mana ni? Cis!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...