Nice and warm snow
under my bare feet
The moment of lust
just slip through
the pretty moon
we are just some innocent teenager
p/s: sebenarnya gua tak tahu hujung pangkal petikan ayat ayat inggeris kat atas.
gua terjumpa dalam buku lama gua. kah kah kah..
bila perhati balik macam power jugek.
Baru baru ni saya ada membaca pasal Synesthesia. Sindrom orang boleh melihat bunyi dalam bentuk lain, sebagai contoh setiap notation music dia akan nampak dalam warna berlainan. Perkara ini adalah berlainan bagi setiap orang yang ada synthesia. Ada orang nampak not E sebagai merah, ada yang nampak sebagai ungu. Kajian saintifik masih berterusan.
Saya membaca perkara perkara tahyul seperti ini kerana saya ada projek berkaitan perkara seperti ini. Saya sedang cuba memvisualkan muzik. Banyak benda ni dah dibuat sebagai contoh waveform yang berjaya digenerate bagi setiap lagu. Itu adalah salah satu pemvisualan bunyi. Namun saya ada pemikiran lain, macam mana saya nak rekodkan muzik atau bunyi dalam bentuk lukisan. Ramai yang cuba dan hasilnya adalah abstrak. Saya masih cuba lari dari konsep abstrak. Contohnya Melissa McCraken berjaya menvisualkan lagu Life On Mars oleh David Bowie, Karma Police oleh Radiohead dan juga Imagine oleh John Lennon. Banyak lagi dia buat, namun dia adalah orang yang mengalami sindrom synesthesia ini. Kiranya dia superhuman. Jadi penghasilan seni abstrak ini saya anggap tidak sesuai untuk golongan normal. Sebagai contoh orang yang tiada asas dalam seni cuba memerhati lukisan abstrak seperti yang dihasilkan oleh McCraken, pengakhirannya tiada input yang dia dapat melainkan dia cuma mengucapkan, "Wahh menariknya" yang dia sendiri tak tahu hujung pangkal.
Saya juga ada pemikiran bahaya lukisan ini satu komunikasi visual. Jadi hampir setiap penghasilan karya perlu mengambil berat tentang audien. Kalau dahulu bolehlah saya cakap 'art for art's sake' namun sekarang lain, saya kena ambil tahu macam mana orang biasa melihat. Orang ramai tidak peduli tentang garisan, tekstur, perspektif, value, warna dan sebagainya. Orang peduli tentang subjek. Orang peduli pasal apa benda yang ada atas kanvas tu. Apa yang dia kenal. Apa yang boleh dia bandingkan dengan apa yang ada dekat dunia yang membuatkan dia lagi dekat dengan lukisan tu. Dari situ dia boleh rasa dia boleh hayati. Apa yang saya faham la. Pedulik la sama orang orang art lain nak fikir apa. Itu dia punya fahaman sebab pada saya seni yang saya cuba bawa adalah seni rakyat biasa. Mungkin saya bawa seni jenis yang boring.
Saya ada terfikir juga dalam penghasilan karya untuk projek ini, "Macam mana orang pekak menghayati muzik". Pada pemikiran saya ramai sudah orang buat kajian macam ini. Ada satu pendekatan muzik yang saya pernah terlihat di internet, sekumpulan budak budak pekak diajak ke satu orkes. Namun caranya lain bukan seperti kita yang tidak pekak ini yang menghayati muzik secara duduk atau berbaring (kerana boleh mendengar). Mereka diberikan peluang menyentuh peralatan muzik ketika orkes sedang berlangsung. Ada suatu kejadian, mereka dibenarkan duduk di bawah grand piano sambil pemain piano bermain. Mereka disuruh menyentuh piano dari bawah supaya dapat rasa getaran ketika piano dimainkan. Itu salah satu pendekatan muzik kepada orang pekak. Jadi bagaimana pekak yang tiada piano?
Entahlah. Saya pun tak tahu.
Saya mengambil jalan lain. Saya sebenarnya masih belum jumpa jalan.
Saya pening kepala.
Jadi saya pun membuat air milo.
Lalu berbaring secara relaks.
Perkara ini jika benar benar dikaji secara mendalam mungkin akan membantu manusia sedikit sebanyak.
Tapi entahlah. Adakah manusia benar benar mahu dibantu?
Sebenarnya dalam hal kritik sosial ada satu jawapan untuk semua projek projek sains sosial.
"Semua atas engko!"
Perkara ini pernah saya bahaskan dahulu ketika duduk duduk sahaja bersama rakan rakan. Kau boleh cuba racun pemikiran manusia dengan pelbagai cara dari printed material, digital, sculpture, painting, muzik, televisyen, bahan bacaan, dan macam macam lagi. Namun semua itu akan teracun bergantung atas mereka sendiri. Mereka boleh pilih untuk tidak ikut pun apa yang kau cuba advertisekan.
Panjang benda ni kalau nak diceritakan satu persatu.
Jadi saya mengambil inisiatif agar terus skip ke bahagian penutup.
Sekian.
Showing posts with label puitis. Show all posts
Showing posts with label puitis. Show all posts
Jun 4, 2016
Nov 24, 2012
Puisi: Petir Cinta (gua tak tahu tajuk sebenar, gua bedal)
Ini adalah tribute aku pada seorang sahabat. Dari dulu aku minta balik semua tulisan-tulisan dia waktu dia tulis dekat
tajuk puisi ni aku tak tahu. Tapi aku suka. Kau orang tak suka pergi meninggal sana.
Pabila dipanah petir cinta..
Tubuh bagai direnjat voltan berjuta nilainya..
Tubuh tidak seksa, tidak lecur..
Walhal arus tidak henti-henti menziarah aku dari segala arah..
Ya, nadi hampir berhenti..
Kerana tidak percaya wujudnya cinta sebegini agung..
"Wahai petir, panahlah aku jangan berhenti!"
oleh Ahpeng Mohamad
entri dia dalam blog ni: Pabila koma mindanya
yang lain-lain boleh terai dekat Puisi Pantas Pendek
p/s: Yang gua ni dah kenapa nak review orang. Dah takde kerja?
Peng, sori doh.. gua sangap nak publish. kakakaka. Kalau tak suka kau roger. nanti aku padam.
Jan 9, 2012
Nah
Gusti: Kau mahu apa?
Aku: Aku hendak sayap
Gusti: Nah.
Aku: Eh, kenapa aku tak boleh terbang ni, Ya Gusti?
Gusti: Bukankah kau minta sayap tadi?
Aku: Ya kalau gitu, aku mahu terbang.
Gusti: Nah.
Aku: Eh, kenapa aku tak boleh mendarat ni, Ya Gusti?
Gusti: Bukankah kau yang minta "Aku mahu terbang"?
Aku: Ya kalau gitu, aku mahu mendarat.
Gusti: Nah.
DUPPPP!!!
p/s: Gua tak fikir apa dah ni. Gua nak habis belajar cepat. Lepas tu nak berkelana ke negeri orang. Tak sudah-sudah pemandangan sama. Gua nak ke Tibet lagi dua tahun.
Aku: Aku hendak sayap
Gusti: Nah.
Aku: Eh, kenapa aku tak boleh terbang ni, Ya Gusti?
Gusti: Bukankah kau minta sayap tadi?
Aku: Ya kalau gitu, aku mahu terbang.
Gusti: Nah.
Aku: Eh, kenapa aku tak boleh mendarat ni, Ya Gusti?
Gusti: Bukankah kau yang minta "Aku mahu terbang"?
Aku: Ya kalau gitu, aku mahu mendarat.
Gusti: Nah.
DUPPPP!!!
-Di Rumah
1655
Jul 12, 2011
Puisi: Rahsia
Runtuhkan semua
Runtuhkan
Biar semua jadi jelata
wajah itu biar ke neraka
moga yang mati kembali bernyawa
Bukakan aku buku itu,
Biar tahu rahsia yang haru,
yang memang macam hempedu,
Baru mahu tahu malu.
Runtuhkan
Biar semua jadi jelata
wajah itu biar ke neraka
moga yang mati kembali bernyawa
Bukakan aku buku itu,
Biar tahu rahsia yang haru,
yang memang macam hempedu,
Baru mahu tahu malu.
Pert Doherty
12/7/2011
SMKDM
Jun 28, 2011
Ya Besok
Usah kelat ya sayang
Kan besok kita ke angkasa
Virus ini kita tanam dalam-dalam
biar terus cerna di neraka
pun tak mengapa
Cuma tinggalkan hati-hati bogel untuk besok
Banyak sial job design gua minggu ni.. Syaiton
Kan besok kita ke angkasa
Virus ini kita tanam dalam-dalam
biar terus cerna di neraka
pun tak mengapa
Cuma tinggalkan hati-hati bogel untuk besok
| Gambar sebat dari Ldesign |
Pert Doherty
Rumah Sepah
0800am
29 hari bulan Juni tahun 2011Masihi
p/s: asalnya gua nak tulis pasal Bersih 2.0. tapi gua ingat ini lagi sho..
Banyak sial job design gua minggu ni.. Syaiton
Jun 20, 2011
Puisi: Murahan
'Puki' murahan,
Masih di situ ya?
Masih birah lagi ya?
Masih miang lagi ya?
Masih cari 'timun segar'?
Atau cari 'timun emas' yang sudah busuk?
Dasar murahan.
Puih!
p/s: puisi ke anjing laut ni?
Masih di situ ya?
Masih birah lagi ya?
Masih miang lagi ya?
Masih cari 'timun segar'?
Atau cari 'timun emas' yang sudah busuk?
Dasar murahan.
Puih!
Pert Doherty
POS KAWALAN SKKD
20/6/2011
p/s: puisi ke anjing laut ni?
Jun 18, 2011
Tugu (part 0.5)
lihat tugu 'indah'muGua tak tulis full. Nak full cari tempat lain.. Kah kah.
tegak berdiri
yang dipahat oleh
tangan asing
seperti mengalirnya
darahmu untuk orang lain
- Usman Awang
p/s: Lu pernah terfikir wujud lontong semangkuk (gua pakai tapawer aiskrim besar tu), harga dia RM1? Sampai sekarang gua tak dapat selidik macam mana mak cik tu niaga. Duit roling datang dari mana. Tapi yang penting memudahkan gua dan orang sekeliling. Terima Kasih Mak Cik Lontong "Telur Nak? Kacang Nak?" Yang Steady.
Bahagian
puisi,
puitis,
sedar la sikit
May 8, 2011
Ada
'Perempuan',
Akan ada saat dia perlukan engkau,
Tapi tika kau perlukan dia,
Ghaib.
'Lelaki',
Akan ada saat dia perlukan engkau,
.....
Akan ada saat dia perlukan engkau,
Tapi tika kau perlukan dia,
Ghaib.
'Lelaki',
Akan ada saat dia perlukan engkau,
Tapi tika kau perlukan dia,
Ghaib.
'Kawan',
Akan ada saat dia perlukan engkau,
Tapi tika kau perlukan dia,
Ghaib.
Tuhan,
....
tika kau perlukan dia,
tika kau perlukan dia,
.....
Sentiasa ada.
p/s: Maafkan aku Tuhan
.
Bahagian
puisi,
puitis,
sedar la sikit
Apr 5, 2011
Puisi: Terbang
Percik api yang sejuk terus terbang
Melintas pantas jalan yang jalang
Terus terbang dan terbang dan terbang
ke tempat yang senang-senang.
p/s: Perlukah gua terbang?
Melintas pantas jalan yang jalang
Terus terbang dan terbang dan terbang
ke tempat yang senang-senang.
Pert Doherty
2:15am
6 April 2011
PC Karim
![]() |
| Gambar dari Google. Diperkenal kepada gua oleh Hariz Yusuf diriwayatkan oleh Ahmad Haniff |
p/s: Perlukah gua terbang?
Feb 20, 2011
Puisi: Nancy
You were my little baby girl
And I knew all your fears
Such joy to hold you in my arms
And kiss away your tears
But now you're gone
There's only pain
And nothing I can do
And I don't want to live this life
If I can't live for you.
-John Simon Ritchie
Feb 13, 2011
Peluru Cinta Itu
Dalam aku kebogelan
Kau acukan ia ke dahiku
Klik!
Kau berang aku ketawa
Kan namanya Russian Roulette
Takkan kau tak tahu
Kan kau yang mulakan permainan
Dalam kau kebogelan
Aku batal acukan ia ke dahimu
Kau gembira
Kan senang begitu
Dalam aku kebogelan
Kau acukan ia lagi sekali ke dahiku
Aku senyum
Bang!!!
Terima kasih untuk peluru cinta itu..
Kan lebih senang jika begitu dari awalnya..
Kau acukan ia ke dahiku
Klik!
Kau berang aku ketawa
Kan namanya Russian Roulette
Takkan kau tak tahu
Kan kau yang mulakan permainan
Dalam kau kebogelan
Aku batal acukan ia ke dahimu
Kau gembira
Kan senang begitu
Dalam aku kebogelan
Kau acukan ia lagi sekali ke dahiku
Aku senyum
Bang!!!
Terima kasih untuk peluru cinta itu..
Kan lebih senang jika begitu dari awalnya..
![]() |
| Hearts at War An exhibition by Paul Louis Villani based on a fictitious character created, developed and modelled by the beautiful and multi talented Jessica Tremp The exhibition will also be featuring Michael Alesich |
12.15 pagi
Sambil gua menghabiskan sebatang Surya
Sep 24, 2010
Puisi: Sephia
Jika kau mau,
bisa aja,
Aku bawakan kembali kisah lama,
Di sini sungguh pikuk,
Aku mahu kembali sephia,
Biar yang itu-itu berkumandang semula.
Sambil aku kembali bersandar statik di bawah ru itu.
bisa aja,
Aku bawakan kembali kisah lama,
Di sini sungguh pikuk,
Aku mahu kembali sephia,
Biar yang itu-itu berkumandang semula.
Sambil aku kembali bersandar statik di bawah ru itu.
Pert Doherty
11.47 pagi
25 September 2010
Jul 8, 2010
Puisi: Cinta Yang Paling Klasik
Ya, ia yang di situ,
Aku tahu dan aku sayang,
hari ini aku masih sangat sayang,
Ya, aku masih tahu,
Dia masih di situ,
Aku juga masih sayang......
Sampai hari ini aku masih belum dapat menyentuhmu,
Biarpun kau masih di situ,
Aku tahu,
Kau juga cinta aku,
Jika kau tidak, tiadalah aku,
Tapi aku belum pernah lihat rupamu,
Biarpun kau sentiasa ada denganku.
Aku bernafas,
Kau menghidu,
Yang lihat aku,
Yang tengok engkau,
Bila-bila bila kau tak di situ,
Kau lihat sendiri hujungnya,
Indah buruk cantik durjana,
Jalankau bukan dengan aku,
Wisel cinta klasik sudah berbunyi.
Aku tahu dan aku sayang,
hari ini aku masih sangat sayang,
Ya, aku masih tahu,
Dia masih di situ,
Aku juga masih sayang......
Sampai hari ini aku masih belum dapat menyentuhmu,
Biarpun kau masih di situ,
Aku tahu,
Kau juga cinta aku,
Jika kau tidak, tiadalah aku,
Tapi aku belum pernah lihat rupamu,
Biarpun kau sentiasa ada denganku.
Aku bernafas,
Kau menghidu,
Yang lihat aku,
Yang tengok engkau,
Bila-bila bila kau tak di situ,
Kau lihat sendiri hujungnya,
Indah buruk cantik durjana,
Jalankau bukan dengan aku,
Wisel cinta klasik sudah berbunyi.
Pert Doherty
8/7/2010
10:43pm
May 31, 2010
Puisi: Kotak
Dia dah kata
Kau tak caya
Aku pun kata
Kau tak caya
Kotak berkata
Kau percaya
Aku berjaya
Kau mengata
Itulah dia
Aku malas nak kata
Kau tak caya
Aku pun kata
Kau tak caya
Kotak berkata
Kau percaya
Aku berjaya
Kau mengata
Itulah dia
Aku malas nak kata
oleh Pert Doherty
Apr 25, 2010
Bini Kedua adalah Perampas
"Biasa la, bini nombor dua memang sifatnya perampas. Walu baik macam mana sekali pon"
-Bapak aku
Itu kata-kata bapak aku la. Padahal bini dia satu je, mak aku. Teori mana ntah dia dapat. Tapi mungkin ada logik. terserah... Aku tak kata bapak aku betol, aku tak kata bapak aku salah.
(gambar ini tiada kena mengena dengan artikel)
God Save the Queen?
or
God Hate the Queen?
Bahagian
puitis,
tips dunia
Apr 6, 2010
Rokok Daun
"Gua ingat gua nak cari kerja la", fikiran melayang-layang memikirkan pekerjaan yang sesuai. Kadang kala terlintas nak jadi pegawai bank, boleh pegang banyak duit. Tak pun posmen, boleh baca surat cinta. Ada juga terfikir nak jadi pengurus kelab bola sepak murid tadika di Argentina.
"Baring dulu la, sambil tu main Facebook", terus angan-angan tadi hilang dari kepulan idea. Terus virus Facebook menerjah minda. Segalanya jadi seperti Firaun ditelan laut merah.
Tatkala perut sudah lapar, pergi ke dapur cari makanan. Ala biasa la rumah orang tua sendiri. Apedehal. Orang tua sendiri tak marah pun bila hari-hari kerjanya macam tu. Baring-baring, berangan, main Facebook.
Biasa la, darah muda. Kalau kena tegur melenting, takpun hempas pintu bilik. Ada gak yang mogok lapar. Buat muka. Berak dalam seluar. Tidur lebih 12 jam sehari. Selain itu, pergi main basikal sampai kampung sebelah pastu balik dah dekat nak maghrib.
Jan 9, 2010
May 16, 2009
Pabila Koma Mindanya...
"Daku Gemar Penulisan,Pemerhatian.."
Suka-Suka Metropolitan Bercahaya Pelangi Saya Sangka Dia Makhluk Indah Digigit Pacat dan Lintah Selamat malam Gugusan Bintang hATi2 kerana mungkin ia berbisa.. kita dijajah oleh penjajah yg menjajah sesuka serta sewenang2 nye.. Apakan daya jika hanya satu suara membantah dan binatang2 liar itu menidakkan ideologi yg benar ini Jalan2 d lorg gelap ku lihat gergasi besar melompat2.. musytari ungu berputar2 loya tekak pening minda.. Aku benci musytari ungu akibat pembaziran yg sia2.. lolipop murka kata "encik gula2 suka2 tanya ape hak dan apa salahnya' kotak besi bergerak2 menuju lembah objek logam maya.. pancaran cahaya xray menembusi tubuh saya.. peparu merayu berhenti diperhati.. kanak2 riang bayi menangis akibat encik puan bertikam sayu.. owh, zebra itu kuda dan paus itu ikan.. Roxy berjalan ke pasar membawa kertas hijau.. lalala.. dunia itu sampah, dunia itu indah.. gelombang2 air berkocak pantas? pedoman dan penangan.. bicara mengenai awan? resah? pastinya ya jika hati kelam, masih baru juga mentah Kita tenggelam dalam malam yg indah kami tidak menyoal siapa ia dan apa ia serta dari mana Pabila diri dipenuhi sampah2 lupa daratan dan dikuasai cacing2 ego yg berleluasa "ini bukan tempat kita" kata ahmad Ombak atau badai mengkin menerpa.. siulan "usah risau bimasakti kerana ada dia!" Malaya o Malaya Malaya o Malaya cecair biru kuning putih dan merah sudah ditemui Jadi kita usah takut pada apa2 dan cuba pertahankan nya komputer hilang kawalan dan tetikus berpusing2 ditembak angin deras hang tuah kini tiada, tetapi masih wujud pahlawan2 malaya berideologi baru serta ada wawasannya irama gema hati gembira tepuk tangan ke atas supaya satu dunia sedar ini satu kebanggaan yg asalnya dari kita saya,kamu,aku,dia,mereka,kita... kertas putih kini diisi warna warni kembali Pabila ditanya mengenai hati dan emosi? Adakah ia koma? Dua botol sudah memadai bagi melegakan kecundang hati ini Dinasour pupus bangun semula menimbulkan tanda tanya pada lipas adakah itu asal usulnya Dimarahi ibu akibat membuli tumbuhan Objek Penangkap Cahaya sangat menarik jika dikaji tapi dikhuatiri mata-mata tidak mengizinkan nya Rumus-rumus dan teori hasil ilustrasi mekanikal jiwa Salmah bohong semata-mata Gula-gua getah khayal dan lalai namun pahit jika berulang kali diluahkan "Tolong!" laung saya dan dia pada jambatan.. "Berbagai persoalan bermain di minda, berjuta andaian diilustrasikan,tapi apakah sebenarnya yang terjadi? Mulut deras berbicara Diri tanpa bukti Ianya memalukan serta mungkin menjatuhkan sesetengah individu ini Hanya satu kesilapan akibatnya hilang satu hubungan mungkin bertahun lamanya Punca cinta manusia sama dengan? Sebanyak mana kejadian telah membuktikan bahawa tiada teori untuk cinta kerana cinta bukan hanya hidup antara dua jantina Senapang patah penat bekerja Namun gerakan ini masih mara ke depan Tidak perlu strok memikirnya Metamorfosis hidup memang begitu Kerana kita berkongsi dengan ia-ia yang mindanya lembab untuk menghadam fakta2 umum litar hidup ini" Setiap yg wujud ada penamatnya Bulatan terhasil jika titik titik berkenaan disambungkan Usah lah sedih atas kehilangan, pemergian Hidup ini harus diteruskan Sejuta langkah berjaga2 yang diambil adalah tidak berguna jika itu ketetapan Maha Kuasa Akhbar dan Media sampah belaka malah memburukkan situasi Bagaimana jika tidak tenteram mereka di sana? Sekitar keluarga merana malu dan kecewa Ya, itu kerja kamu Menfitnah Menipu.. Umpama bulan tanpa orbitnya Berlegar-legar ada bahayanya Bencana mungkin menimpa pada bila-bila saat Keruan memikir masalah melanda sekitar kita Tatabahasa dan tatatusila dua bende berbeza nyata Pihak ini meminta-minta namun empunya jiwa engggan berusaha Trigonometri ini tidak jelas elemen nya.
Subscribe to:
Posts (Atom)









