Showing posts with label Anak Malik. Show all posts
Showing posts with label Anak Malik. Show all posts

Jan 8, 2012

Anak Malik 2

Sambungan dari Anak Malik 


"Kau bukan tak tahu anak Malik tu, itu belum mak cerita pasal bapak dia muda-muda dulu", Mak Cik Lillian meyambung lagi. Dah mula la tu nak membebel. Tapi tuam tetap tuam. Cuma mulut la.


Johar diam saja. Sakit memang sakit. Tapi kalau nak dilayan sakit ni satu kerja pun tak terbuat.


Johar bingkas terus ke bilik.


Mak Cik Lillian terpana kejap, terkebil-kebil merhati anaknya menonong terus.


Johar dengan tak mandi lagi terus cabut seluar tadi main petang. Tinggal seluar katok. Lepas itu diam sekejap dekat kerusi. Bilik Johar bukan la hip sangat, setakat ada meja kerusi. Tilam. Katil tiada. Pada Johar tidur atas katil tak sedap.


Atas meja berselerak dengan kertas kajang yang penuh tulisan-tulisan. Johar minat betul menulis karangan jenis autobiografi kerana baru-baru ini Cikgu Zanariah ada beri tugasan. Tugasan dah siap, tapi Johar jadi macam ketagih. Dari tajuk 'Aku Sebatang Joran' sampai la 'Gua adalah sebuah kereta Kebal'. Semua nak ditulis dek Johar. 


Johar tengok Atlas Dunia yang ditampal memenuhi ruang dinding biliknya. Ada dua bulatan warna hitam dekat atlas. Satu bulatan di kawasan Jajahan Soviet dan satu lagi dekat Colombia. Johar perhati lama juga. Kemudian senyum sendiri. Ternampak sedikit gingsul bila Johar sengih.


*      *      *


DUBBBB!!!


Tertunduk Stiv. Memegang kawasan antara dada dan perut. Memang menyentak ke dalam.


Ini bukan hal main-main.


"Slalu abang kau ada boleh la kau buat pe'el, keh keh keh.. Sekarang buat la!", budak berambut pruntul yang memakai baju jenis singlet jarang itu bercakap. Di belakangnya ada lagi dua orang yang agak besar sedikit. Boleh jadi beza umur setahun dua dari yang bercakap tadi. Seorang dengan baju hawaii dan berseluar pendek dan yang seorang lagi.............




p/s: malas
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Dec 2, 2011

Anak Malik

"Aku cakap bapak aku, biar dia pukul kau semua! Bapak aku kuat!!", Geri memekik tersedu-sedu sambil jalan mengundur. Tangan menuding-nuding dari jauh muka kawan-kawan yang membulinya. Latip, Johar, sama Stiv.

Latip, Johar dengan Stiv tak ambil pusing langsung. Nak takut apa dengan Cik Malik. Malah mereka siap menari-nari walau diugut Geri. Menari yang celaka juga gaya.

Geri terus jalan mengundur sampai ke rumah.

Latip, Johar dan Stiv masih tak sudah-sudah menari. Hari sudah petang.

"Hoi!", Mak Cik Lillian teriak.

Tangan dah redi pegang cemeti. "Yang kau ni apahal misih berjoget-joget senja-senja buta ni?!!" Mak cik Lillian terus menempik tuju pada Johar. Johar anak lelakinya yang nombor empat. Yang satu sampai ketiga entah ke mana sekarang. Yang nombor satu, Ezekiel. Orang cakap hilang ketika berkelana. Yang nombor dua Joseph, mati. Yang nombor tiga pun mati. Mati pun tahu dari mulut Seman Khalil. Tabligh yang dah isim.

Dicetas sekali cemeti ke tanah. Bertempiar budak-budak kaki joget tadi.

Sampai tadi yang paling kuat menari, Stiv pun hilang batang hidung entah ke mana. Stiv ni pun bukan ada rumah. Homless.

Yang nari stail pogo tadi pulak, Latip, lagi tadi dah memang tak nampak masa Mak Cik Lillian bertempik. Dia punya terkejut boleh jadi berlari tunggang langgang. Besok bukan tak sekolah. Ada lagi kerja karangan belum siap, sibuk dia nak berjoget.

Siap paling sedap, si Johar boleh pulak ikut jalan ke rumah Geri. Dekat tiga rantai juga kalau kira dari rumahnya nak ke rumah Geri tu.

*      *      *

"Tu lah kau, yang kau pergi cari pasal dengan anak Malik tu dah kenapa?", ujar Mak Cik Lillian sambil menuam lebam pada pipi Johar.

"Kau bukan tak tahu anak Malik tu............................



p/s: gua ngantuk betul, kau sambung ah sendirik.



Ni iklan datang dari mana ni? Cis!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...